Now Reading
K Fry Perkenal Menu Baharu Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks, Sentuhan Truffle & Cili Padi Dalam Satu Suapan

K Fry Perkenal Menu Baharu Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks, Sentuhan Truffle & Cili Padi Dalam Satu Suapan

Kalau anda nak tahu, set Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks dilengkapi bersama empat pilihan sos cicah bersama Salad Daun Bawang dan Lobak Putih Jeruk.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat peminat K Fry Urban Korean, rangkaian restoran ayam goreng Korea tempatan ini memperkenalkan menu terbaharu mereka iaitu, Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks.

Pada masa yang sama, K Fry turut menampilkan gaya penyajian dan hiasan hidangan yang diperbaharui untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang lebih segar, menarik untuk bergambar, dan menyeronokkan. Boleh la ambil gambar untuk post dekat media sosial dulu. 😀

Dikenali dengan sajian Korea asli yang menyajikan rasa “comfort food” dan disahkan Halal sepenuhnya, K Fry sentiasa menitikberatkan momen kebersamaan di meja makan.

Setiap hidangan dimasak segar menggunakan bahan berkualiti tinggi membuatkan setiap suapan lebih menyelerakan.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

K Fry Perkenal 2 Sos Cicah Baharu, Rasa Kick Pedas Cili & Juga Garlic Truffle

Kalau anda perasan, ramai di kalangan foodies yang menggemari ayam goreng mereka dicicah bersama sos. Oleh disebabkan itu, set menu baru ini dipadankan bersama empat sos yang boleh mengiurkan para pelanggan iaitu:

Sumber: Nur Hazwani/TRP
  • Garlic Parm Truffle Aioli (baharu): Berkrim, mewah dan harum dengan bawang putih panggang, dan sentuhan truffle.
  • Chilli Padi Aji Verde (baharu): Pedas menyengat dan menyegarkan dengan gabungan cili padi tempatan serta herba segar.
  • Spicy Yangnyeom : Rasa Korea asli yang manis, masin dan pedas dalam satu gigitan.
  • Honey Mustard: Lembut dan berkrim dengan gabungan rasa mustard dan kemanisan madu.

Selain sos-sos menyelerakan itu, set Jjuk Jjuk 4 Sauces Drumsticks ini turut disajikan bersama Salad Daun Bawang (Pa Muchim) dan Lobak Putih Jeruk (Chicken Mu).

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Verdict:

Kami dari TRP berpeluang untuk mencuba sendiri set baharu tersebut. Untuk info, lima ketul ayam paha yang disajikan berperisa original. Jadi jangan risau buat mereka yang tidak tahan pedas.

Chilli Padi Aji Verde pula mempunyai rasa kick daripada rasa limau dan juga ketumbar. Tidak terlampau pedas, dan sesuai dengan cita rasa orang Asia.

Bagi Garlic Parm Truffle Aioli, ia sedikit masin namun rasanya akan seimbang selepas dimakan bersama ayam goreng yang rangup itu.

Buat mereka yang menyukai rasa masam, mungkin anda akan suka Honey Mustard manakala buat pelanggan yang menggemari kick pedas manis, pilihan sos cicah terbaik adalah Spicy Yangnyeom.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Rating ⭐⭐⭐:

  • Chilli Padi Aji Verde: 8/10
  • Garlic Parm Truffle Aioli: 7/10
  • Honey Mustard: 6/10
  • Spicy Yangnyeom: 9/10

NOTA: Salad Daun Bawang (Pa Muchim) agak pedas dan rasa menyengat kerana ia diperbuat daripada serbuk cili.

Untuk info lanjut dan promosi terkini K Fry Urban Korean, anda boleh layari [DI SINI] atau di akaun media sosial Facebook atau Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd