Promo Merdeka 2025: Ini Kafe & Restoran Di Klang Valley Tawar Promosi & Menu Special
Antara premis makanan yang menawarkan promosi dan menu istimewa bersempena Bulan Kebangsaan ini adalah JIBRIL, 2046 Cafe, Inside Scoop, ZUS Coffee dan banyak lagi,
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seperti semua sedia maklum, berbaki kurang dari seminggu, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68!
Bagi meraikan hari tersebut, ramai di antara kita sudah mula ‘survey’ aktiviti-aktiviti boleh dilakukan termasuk menyaksikan perarakan Merdeka yang dilangsungkan pada setiap tahun.
Bukan itu sahaja, mungkin ada juga individu sedang mencari-cari premis F&B (Food and Beverage) yang memperkenalkan promosi, diskaun atau menu istimewa bertemakan Merdeka.
Promosi & Menu Baharu Sempena Merdeka Ini
Berikut kami kongsikan premis makanan yang menawarkan promosi dan menu menarik buat anda sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antaranya:
#1. Inside Scoop
Selalu membuat kelainan untuk mempelbagaikan perisa, Inside Scoop sekali lagi berkolaborasi dengan jenama tempatan bagi mengeluarkan ais krim-ais krim yang unik dalam koleksi ‘LOKAL LEGENDS’.
Berikut adalah antara kolaborasi bersama perisa ais krim baharu mereka:
- Twiggies Choc-A-Lot (Gardenia)
- Caramel Popcorn (GSC)
- Le-mond Lemon (Julie’s)
- Gula Melaka Chocolate (Beryl’s)
- Spanish Latté (ZUS Coffee)
- Choco Malt Kaw (Farm Fresh)
Setiap single scoop dari koleksi ‘LOKAL LEGENDS’ turut dihidangkan dengan sarung cawan rekaan khas buat setiap jenama tersebut sebagai cenderahati bagi bulan patriotik ini.
Perisa ‘LOKAL LEGENDS’ ini boleh didapati secara individu atau dalam ‘Lokal Legends Party Pack’ edisi terhad (RM68). Jangan lupa dapatkan perisa-perisa ini di semua cawangan Inside Scoop di seluruh negara dari 18 Ogos hingga 21 September 2025.
Baca Artikel Berkaitan: Inside Scoop Perkenal ‘LOKAL LEGENDS’ Sempena Hari Merdeka, Tawar 6 Perisa Tempatan
#2. ZUS Coffee
Jenama minuman kegemaran ramai, ZUS Coffee berkolaborasi bersama MR D.I.Y dengan memperkenalkan beberapa jenis minuman baharu dalam rangkaian ‘Do It Yourselflah!’
Antaranya:
- Green Tea-leleh
- Corn Frape Leleh
- Buttercreme Leleh
- Buttercreme Hazelnut Brownie
- Buttercreme Vanilla Brownie
- Spanish-Leleh
- Caramel Creme Spanish
- Spanish Brownie Creme
Anda juga berpeluang mendapatkan keychain MR.D.I.Y secara percuma dengan pembelian minuman handcrafted berharga RM25 ke atas.
Pembelian perlu dilakukan melalui aplikasi ZUS Coffee dengan pilihan ‘PICK UP’ sahaja bermula 18 Ogos hingga kehabisan stok.
#3. Kenny Rogers Roasters
Pada setiap tahun, Kenny Rogers Roasters pasti tidak akan terlepas dengan promosi Merdeka mereka. Untuk tahun ini, anda boleh mendapatkan pinggan kedua Kenny’s Quarter Meal dengan harga RM6.80 sahaja.
Namun promosi ini adalah terhad bagi 68 tebusan pinggan sahaja bagi setiap cawangan dan hanya tersedia pada 31 Ogos 2025.
#4. JIBRIL
Terkenal dengan set nasi bersama ayam butter yang beraroma, JIBRIL menawarkan set combo dengan harga RM31.80 sahaja. Set tersebut termasuklah dua menu ini:
- Spicy Aglio Olio with Chicken
- Salted Egg Butter Chicken
Buat peminat JIBRIL, anda boleh dapatkan set combo dengan harga berbaloi itu dari 25 Ogos hingga 16 September ini di mana-mana cawangan mereka.
JIBRIL Bangi
- Alamat: 26A, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
- Waktu operasi: 12PM-12AM (Setiap hari)
JIBRIL Publika
- Alamat: D3-G3-8, No. 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
- Waktu operasi: 12PM-11.30PM (Setiap hari)
JIBRIL Kelana Jaya
- Alamat: 49-G, Block D, 1, Jalan SS7/26, SS 7, 47301 Petaling Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 10PM-10PM
JIBRIL Setapak
- Alamat: 50-G, Platinum Walk, 2, Jalan Langkawi, Setapak, 53300 Kuala Lumpur
- Waktu operasi: 12PM-12AM (Setiap hari)
JIBRIL SS15
- Alamat: 25, Jalan SS 15/4b, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 12PM-12AM (Setiap hari)
Baca Artikel Berkaitan: Suka Makan Di JIBRIL? Ini Kisah Perjalanan Mereka Yang Ramai Tak Tahu
#5. LOOKOO
Kedai dessert, LOOKO membawakan promosi Merdeka menarik yang mana pelanggan hanya perlu memakai pakaian dengan tema warna kebangsaan iaitu merah, biru, kuning dan putih semasa berkunjung ke premis tersebut bagi mendapatkan donut mini secara percuma!
Untuk info, tawaran ini hanya boleh ditebus pada 31 Ogos nanti.
Anda juga berpeluang mendapatkan ais krim single scoop percuma sekiranya melaungkan, ‘Merdeka! Merdeka! Merdeka!’ di kaunter.
- Alamat: G13, The Grand Subang Jaya SS15, Jalan SS 15/8a, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 2PM-2AM (Setiap hari)
#6. SOLACE
Bagi menyambut kemerdekaan ke-68 pada tahun ini, SOLACE @ Bukit Bintang memperkenalkan beberapa menu moden dengan sentuhan klasik tempatan.
Antaranya:
- Golden Heritage Pizza: Hirisan pisang manis dilapisi dengan sapuan kaya di atas piza sourdough artisan.
- Pandan Butter Brulee French Toast: Roti bakar kaya mentega yang terkenal di kopitiam tetapi dengan twist moden.
- Merdeka Spanner: Krim sejuk pandan dilapisi bersama espresso & susu pisang dengan taburan gula Melaka parut.
- Alamat: 39, 39A & 41, Jalan Sahabat, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Waktu operasi: 8.30AM-5.30PM
#7. 2046 Cafe
Bersempena bulan kemerdekaan ini juga, 2046 Cafe mencipta kelainan dengan Nasi Lemak TNJ Cheesecake yang pasti buat deria rasa anda terkejut.
Diinspirasikan makanan warisan negara itu, cheesecake tersebut turut dihidangkan bersama ikan bilis rangup, kacang dan juga sedikit sambal.
Buat anda yang tertanya-tanya, kek dengan rupa bentuk keju sebenar itu berperisa santan berlemak.
- Alamat: 54, Jalan SS 23/11, Taman Sea, 47400 Petaling Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 10AM-6PM (Isnin & Rabu)/10AM-10PM (Khamis)/9.30AM-10PM (Jumaat-Ahad)
#8. Coffeeboy Club @ The Gasket Alley
Sambil meluangkan masa dengan rakan-rakan di Coffeeboy Club, anda juga boleh merasai tiga menu terhad yang dibawakan kafe tersebut iaitu:
- Cempedak Cheesecake bersama Creme Fraiche Chantilly Cream, honeycomb dan Walnut Streusel Crumble.
- Pandan Basque bersama Coconut Chantilly Cream, sirap gula melaka dan hirisan kelapa parut bakar
- Teh Tarik Tiramisu
Manisan yang tersedia pada 30 Ogos ini adalah terhad. Siapa cepat dia dapat!
- Alamat: Lot 15, Coffeeboy Club, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 7.30AM-7PM (Setiap hari)
#9. HALO @ The Gasket Alley
Agak berbeza dengan makanan signature mereka, HALO Doughnut akan menyediakan sarapan pagi yang unik iaitu Roti Canai Sourdough pada 31 Ogos ini jam 9.30AM-1.30PM atau sehingga kehabisan stok.
Jika terlepas pada hari tersebut, anda boleh kembali semula untuk merasai roti canai itu ketika Hari Malaysia, 16 September 2025.
Jangan risau, anda juga boleh pre-order roti canai itu [DI SINI].
- Alamat: Lot 15 -3B, The Gasket Alley, 13, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 9.30AM-5.30PM (Ahad-Khamis)/9.30-6PM (Jumaat-Sabtu)
#10. Cream & Culture
Jenama ais krim kefir pertama di Malaysia, Cream & Culture juga tidak terlepas untuk memberikan promosi hebat buat anda semua.
Bermula 26 Ogos hingga 31 Ogos ini, pelanggan boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% bagi ais krim cawan, kon atau pin.
Ini juga adalah masa terbaik untuk anda mencuba keenakan perisa tempatan kegemaran ramai seperti Pandan Gula Melaka, Durian Durian dan Coconut.
- Alamat: 22-1, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 12PM-10.30PM (Setiap hari)
#11. Ruma Fusion
Tidak terlepas dengan hype bulan kemerdekaan ini, kafe Ruma Fusion yang terletak Subang Jaya menampilkan beberapa menu baharu yang pasti membuat anda kenyang dan berselera.
Antaranya:
- Nasi Lemak Rosti
- Chicken Rendang Gyoza
- Cendol Panna Cotta
- Melaka Cloud Latte
Dengar sahaja nama menu pun dah tertarik kan? Untuk info, anda boleh dapatkan kesemua makanan dan minuman ini bermula 25 Ogos sehingga 16 September 2025.
- Alamat: 10, Edumetro, USJ 1, 47500 Subang Jaya, Selangor
- Waktu operasi: 10AM-8PM (Isnin & Rabu-Jumaat)/8AM-5PM (Sabtu-Ahad)
#12. Didi’s Cafe and Bakery
Bagi menyemarakkan semangat Merdeka dalam setiap individu, Didi’s Cafe and Bakery menawarkan diskaun 10% bagi setiap pembelian pastri di permis tersebut.
Syaratnya adalah anda perlu berpakaian bertemakan Hari Kebangsaan dan patriotik atau melaungkan ‘Merdeka!’ sebanyak tiga kali semasa memasuki kafe itu.
- Alamat: 69, Jalan Wangsa Delima 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
- Waktu operasi: 9AM-12AM (Selasa-Khamis)/9AM-1AM (Jumaat-Ahad)
Di bawah ini kami kongsikan juga 17 lagi promosi F&B anda boleh tebus. Jangan lupa ajak keluarga dan rakan-rakan untuk dapatkan tawaran istimewa ini!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.