Now Reading
Rendang Nyet Khairul Aming Jadi ‘Buruan’ Sampai Sanggup Battle Di TikTok Shop! [Review]

Rendang Nyet Khairul Aming Jadi ‘Buruan’ Sampai Sanggup Battle Di TikTok Shop! [Review]

Rendang Nyet telah diperkenalkan pada harga RM17.99 sepaket dengan berat 220g.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, pada Jumaat lalu (8 Ogos) Khairul Aming telahpun melancarkan penjualan produk ketiganya iaitu Rendang Nyet. 

Apa yang membuatkan orang ramai tak senang duduk adalah selepas KA mengumumkan lima (5) pembeli pertama yang membeli 5 pek Rendang Nyet Berapi akan memenangi percutian ke New Zealand bersama Khairul Aming.

Siapa tak nak? 😭

Tapi.. tahu-tahu sajalah macam mana nak battle dengan ribuan peminat KA. Bergantung kepada rezeki saja waktu itu.

Cipta Fenomena Baharu, Raih RM1.8 Juta Bawah 2 Minit!

Mungkin ramai yang tidak berjaya untuk mendapatkan walaupun satu pek Rendang Nyet pada malam itu. 

Mana tidaknya, produk tersebut dikatakan sold out sebanyak 100,000 unit dan berjaya meraih RM1.8 juta dalam masa 1 minit 18 saat sahaja.

Menurut laporan, sebelum mencapai angka keseluruhan— sebanyak RM1.2 juta jualan untuk pek kombo telah direkodkan hanya dalam tempoh 30 saat selepas jualan dibuka secara rasmi iaitu pada jam 9 malam di TikTok Live!

Paling tidak disangka, single pack (pek tunggal) telah terjual sebanyak 30,000 dalam masa 40 saat sahaja. 😱

Hanya yang terpantas sahaja dapat malam itu. Lain macam sungguh penangan KA setiap kali ada produk baharu dilancarkan.

Untuk info, Rendang Nyet telah diperkenalkan pada harga RM17.99 sepaket dengan berat 220g.

Rendang Nyet Khairul Aming [Review]

Sumber: TRP

Air tangan KA sentiasa menjadi. Itulah ungkapan yang boleh kami jelaskan selepas mendapat satu (1) pek tunggal yang diberikan kepada kami.

(Tidak, bukan sponsor ataupun membeli daripada scalper. Ada hamba Allah yang baik hulurkan satu pek atas dasar budi bicara. 🥹).

Rendang Nyet Khairul Aming sememangnya dimasak dengan penuh teliti. Ia merupakan produk ready-to-eat dan boleh dibawa ke mana-mana saja.

Kami memilih untuk menikmati Rendang Nyet bersama nasi putih dan juga telur goreng. Simple tapi puas hati.
(Sumber: TRP)

Bagi kami, Rendang ini seolah-olah dimasak oleh seorang nenek yang memiliki air tangan yang istimewa. Rasa kerisik sangat kuat, pedas pun mild sahaja (tapi kalau langsung tak tahan pedas, boleh rasa di hujung lidah dulu), dan rasa yang sangat seimbang. Makan dengan nasi putih atau roti pun boleh, tak perlu panaskan pun.

Rating: 9/10. Memang puas hati walaupun tak menang untuk ke New Zealand bersama KA.

Untuk info, Rendang Nyet Khairul Aming ialah rendang ayam yang menggunakan 50% chicken thigh dan 50% chicken breast. 18 bahan yang digunakan bersama dengan slow cooking method untuk menghasilkan rendang creamy, kick dan bau haruman rendang asli.

Dan paling best, shelf life produk ini adalah selama satu (1) tahun! Nak simpan untuk travel tahun depan sebelum masuk 12 bulan pun boleh. Tapi rasanya kalau dah ada stok, tak sampai sebulan pun boleh licin.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd