Now Reading
Sakana Japanese Dining Di Suria KLCC Perkenal Menu Baharu “Small Bites, Big Flavours”

Sakana Japanese Dining Di Suria KLCC Perkenal Menu Baharu “Small Bites, Big Flavours”

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terkenal dengan hidangan autentik dan menu yang inklusif, Sakana Japanese Dining di Suria KLCC kini mempersembahkan seleksi terbaharu mereka “Small Bites, Big Flavours”.

BACA JUGA: [Eksklusif] Sakana Japanese Dining KLCC Tawar Hidangan Jepun Mesra-Muslim

Ia merupakan sebuah menu diinspirasikan oleh kesederhanaan serta kekayaan rasa dalam masakan Jepun, namun diberi nafas segar dalam gaya kontemporari.

Foto: Sakana Japanese Dining

Dicipta khas untuk mereka yang mahukan hidangan ringkas tetapi padat dengan rasa, menu ini menampilkan pelbagai pilihan menyeimbangkan serta gabungan sofistikated dan sentuhan kreatif.

Foto: Sakana Japanese Dining

Small Bites, Big Flavours

  • Hand Rolls: Dibalut segar, hidangan ini boleh dinikmati dengan sebelah tangan — antara pilihan termasuk Fatty Tuna, Spicy Fatty Tuna, Unagi, Engawa bersama Mentaiko Mayo, Shrimp Tempura, Salmon Ikura Avocado, serta versi sayur-sayuran. Ideal untuk snek pantas tanpa kompromi dari segi rasa.
  • Onigiri: Segitiga nasi yang menjadi simbol comfort food rakyat Jepun, kini hadir dengan pelbagai isian menarik seperti Plain, Yaki (panggang), Kampachi, Tuna Mayo, Mentaiko, Karaage, Salmon Bakar, dan Ebi Tempura. Ringkas tapi menyelerakan.
  • Comfort Bowls: Buat pertama kalinya Omurice bersama Ebi Fry diperkenalkan. Nasi tomato dengan telur dadar gebu, dihidang bersama udang rangup dan kuah demi-glace buatan sendiri. Anda juga boleh mencuba Duck Ramen atau Spicy Duck Ramen yang menyatukan itik panggang lembut dalam sup umami.
  • Pencuci Mulut: Akhiri hidangan dengan parfait berlapis gaya Jepun seperti Matcha Red Bean Parfait yang lemak bertekstur, atau Strawberry Vanilla Parfait segar dan manis buah.
Foto: Sakana Japanese Dining

“Kami mahu cipta satu pengalaman makan yang ringkas tapi menarik, sajian kecil yang memberikan impak besar, hidangan yang rasa akrab tetapi ada sentuhan baharu,” ujar Chef Makoto Saito Sam selaku Pemilik Eksekutif Sakana Japanese Dining.

Chef Makoto Saito Sam selaku Pemilik Eksekutif Sakana Japanese Dining.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Untuk info, Chef Makoto telah dilantik sebagai Duta Muhibah Masakan Jepun oleh Kerajaan Jepun pada Disember 2024, Chef Makoto membawa lebih 20 tahun pengalaman dan pemahaman budaya ke dapurnya dan mengekalkan nilai tradisi sambil memperkenalkan pendekatan segar untuk generasi moden.

SAKANA JAPANESE DINING, KLCC

  • Suria KLCC, Petronas Twin Tower, G11, Ground Floor, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
  • Isnin hingga Jumaat (10AM – 10PM).
  • 03 2181 0211

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd