Now Reading
Selalu Ke Melaka Tapi Tak Tahu Nak Lepak Mana? Ini Tujuh Kafe Estetik Anda Boleh Serbu

Selalu Ke Melaka Tapi Tak Tahu Nak Lepak Mana? Ini Tujuh Kafe Estetik Anda Boleh Serbu

Biasanya kita akan melawat tempat bersejarah sahaja ketika di Melaka, selepas ini boleh kunjungi kafe unik pula.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berjalan-jalan ke negeri lain dilihat menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja semasa cuti persekolahan atau cuti umum, malah ramai juga mengembara ketika hujung minggu dalam tempoh masa yang singkat.

Kalau anda perasan, rata-rata daripada mereka akan mencari port makan di setiap negeri yang mereka kunjungi. Mana tidaknya, pasti anda mahu mencuba selera baharu pula apabila berada di tempat orang.

Pada ketika ini, semakin banyak restoran atau kafe yang menawarkan sajian makanan unik serta tempat estetik khas untuk ber-OOTD. Sangat sesuai untuk dikunjungi bersama rakan-rakan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cawangan CHAGEE Yang Estetik Di Malaysia, Boleh ‘Healing’ Sambil Minum Teh

Tujuh Kafe Wajib Singgah Apabila Berjalan Di Melaka

Jika anda berada di bandar Melaka, banyak sebenarnya kafe menarik dan minimalis yang tersembunyi di lorong-lorong kecil. Buat anda yang tidak tahu, di sini kami kongsikan antaranya:

#1. The Daily Fix

Terletak di belakang kedai cenderamata Next KK, di Jalan Hang Jebat (Jonker Street), kafe The Daily Fix ini mula dibuka pada tahun 2014 oleh pasangan Julian Yeo dan Sung Soo Teng, yang membawa inspirasi daripada pengalaman café-hopping di Australia.

Antara makanan tumpuan di kafe ini adalah Pandan Pancake with Gula Melaka & Grated Coconut dan Salted Gula Melaka Pancake.

  • Alamat: 55, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
  • Waktu operasi: 9.45AM – 5.30PM (Isnin-Jumaat)/8.45 AM – 5.30PM (Sabtu-Ahad)
#2. The Upper Cafe

The Upper Cafe adalah sebuah kedai makan yang menawarkan tempat yang selesa dan juga hiasan ala vintage. Antara hidangan tersedia termasuk aneka kopi, kek, manisan dan juga makanan barat (western).

Kos untuk 1 pax makan di sana pula adalah sekitar RM30-RM80.

  • Alamat: 52, Jalan Temenggong, Kampung Banda Kaba, 75000 Melaka
  • Waktu operasi: 12PM – 8.30PM (Khamis-Selasa)
#3. Eat At 18

Menjadikan kayu dan papan serta warna coklat sebagai tema kedai, kafe Eat at 18 adalah port makan buat mereka yang mencari tempat untuk bergambar.

Antara reviu pelanggan bagi lokasi ini adalah:

“Kafe kecil selesa dengan hidangan makanan dan minuman yang enak. Saya pesan coklat panas dan brownie badam coklat bersama ais krim. Walaupun saya bukan peminat kedua-duanya, tapi rasa dia memang sedap dan mengejutkan!” – Pelanggan.

  • Alamat: No 18 Jalan Hang Lekiu, Melaka
  • Waktu operasi: 9AM – 5PM (Khamis-Selasa)
#4. The Old Mark Cafe

Selain makanan dan minuman viral seperti tiramisu dan matcha, antara hidangan utama yang masih dicari ramai pada ketika ini adalah pancake souffle.

Pancake di The Old Mark Cafe dikatakan sangat ringan dan gebu sesuai buat anda yang mengidam manisan selepas menikmati makanan berat.

  • Alamat: 39, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka
  • Waktu operasi: 9PM – 7PM (Rabu-Isnin)
#5. 175 Gallery Cafe

Tampil dengan deko unik, hiasan dinding 175 Gallery Cafe dilengkapi dengan buku-buku lama. Ia sekaligus menyerlahkan gaya vintage kafe berkenaan.

Sebelum ini, ada juga sekumpulan anak muda yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka di situ. Buat anda yang merancang untuk melakukan perkara sama, 175 Gallery Cafe mungkin tempatnya.

  • Alamat: 175, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75250 Melaka
  • Waktu operasi: 12PM – 6.30PM (Khamis-Selasa)
#6. The Coffee Jar

The Coffee Jar ialah sebuah kedai kopi kecil tersembunyi yang terletak di lorong warisan Jalan Hang Jebat, Melaka. Mereka menyajikan pilihan kopi brew pelbagai buat pencinta kopi di luar sana.

  • Alamat: 40, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka
  • Waktu operasi: 8.30AM-6PM (Jumaat-Rabu)
#7. The Stolen Cup

The Stolen Cup adalah sebuah kafe kecil unik yang menyajikan kopi terbaik dan ais krim lembut yang memikat, terletak di tengah-tengah Jonker Street.

Tetapi perlu diingatkan bahawa mereka menerima pembayaran secara tunai sahaja. Buat golongan vegetarian, kafe ini turut menawarkan pilihan makanan yang anda boleh nikmati.

  • Alamat: 12, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
  • Waktu operasi: 9AM-5PM (Setiap hari)

Baca Artikel Berkaitan: Gua Juicery, Flaon & 4 Lagi Kafe Dengan Tema Gua Yang Best Sekitar KL & Selangor

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!

Baca Artikel Berkaitan: Tingkap Cafe Di PJ Old Town Jadi Lokasi Terbaik Untuk Anda Yang Suka Vibes Kampung!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd