Setelah Enam Tahun, Chan Rak BBQ & The Farm Jadi Tumpuan Baharu Di Subang Parade
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Subang Parade sejak kebelakangan ini telah menjadi lokasi hangat buat penduduk di Shah Alam, Subang Jaya, dan Petaling Jaya. Dengan adanya beberapa lokasi makanan terbaharu yang diperkenalkan, pelbagai pilihan menarik boleh didapati di sana.
Shopping mall ini pun legend, ya.
Chan Rak BBQ & The Farm Lokasi Makanan Baharu Untuk Seisi Keluarga
Buat yang mungkin tidak mengetahui, lokasi TGI Friday’s sebelum ini telahpun digantikan dengan restoran BBQ Thai iaitu Chan Rak BBQ dan The Farm.

(Foto: Siti Murni/TRP)
Direka khas untuk dinikmati bersama keluarga dan sahabat handai berhimpun, Chan Rak BBQ menyatukan makanan gaya jalanan Thailand bersama ruangan yang selesa.
Setelah enam tahun pembukaan cawangan pertama di The Sphere, The Farm telahpun melebarkan sayapnya ke Subang Parade. Berinspirasikan falsafah farm-to-table, restoran ini menyajikan hidangan sepanjang hari yang tidak asing lagi dengan juadah segar dan menyelerakan, disajikan dalam suasana berinspirasikan alam semula jadi di The Sphere dan Subang Parade.
Ruangan ini, yang terdahulunya menempatkan TGI Friday’s telah dibiarkan kosong selama enam tahun sebelum diambil alih oleh Chan Rak BBQ dan The Farm.
Chan Rak BBQ Sediakan Daging Halal
Untuk pelanggan muslim, jangan bimbang kerana daging yang disediakan di Chan Rak BBQ ini disahkan halal. Pilihan daging premium seperti wagyu, bahagian bahu kambing, dan Black Angus diimport dari Australia.

Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 30 variasi sos dan perasa yang dirumus khas buat para pelanggan. Anda juga boleh menguji tahap ketahanan pedas masing-masing dengan 20 tahap kepedasan disediakan dalam sup Tom Yam merah (Red Tom Yum).
Buat anda yang tidak menyukai sup Tom Yum, ada juga sup klasik, sup ayam dan sup cendawan. Oh! Kalau nak sup premium pun ada iaitu Tom Kha Gai (sup yang berasaskan santan), Beef Boat Noodle yang pekat, dan Gaeing Kati lemak berkrim (kari merah Thai, ayam, serai).
Di Chan Rak BBQ juga, anda dapat menikmati Thai Milk Tea tanpa had, aiskrim soft serve Thai Milk Tea homemade, Red Rubies versi DIY, serta stesen manisan.
Pendek kata, macam-macam ada di Chan Rak BBQ di Subang Parade ini. Kalau nak datang memang kena sediakan ‘perut’.
Harga Menu di Chan Rak BBQ, Subang Parade
Hari minggu
- Makan tengahari RM42+ (+RM24 untuk daging, + RM24 untuk makanan laut)
- Makan malam RM54+
Hujung minggu
- Makan tengahari (Jumaat – Ahad) RM46+
- Makan malam (Jumaat – Ahad) RM58+
Harga Promosi
- Set makan tengahari (Isnin – Jumaat) : RM32+
- Potongan 50% untuk kanak-kanak
- Potongan 30% untuk warga emas, 60 tahun dan ke atas
- Potongan 20% untuk pelajar
Kalau waktu birthday, anda boleh membawa tiga (3) orang rakan dan anda makan secara PERCUMA! Sah hanya dalam minggu hari lahir sahaja.
- Alamat: Chan Rak BBQ, G-03-07, Ground Floor, Subang Parade.
- Waktu Operasi: Setiap Hari | 10am – 10pm
The Farm, Subang Parade
Jika anda pernah singgah di Subang Parade baru-baru ini, pasti anda akan sedikit keliru dengan kedua-dua restoran ini. The Farm dan Chan Rak BBQ sebenarnya berada di dalam satu restoran yang sama.
Jika dilihat dari pintu luar di pusat membeli-belah Subang Parade ini, anda tidak akan nampak kewujudan Chan Rak BBQ. Memang kena masuk ke dalam parkir Subang Parade, baru nampak Chan Rak BBQ dari dalam.
Tapi kedua-dua restoran ini sememangnya berhubung antara satu sama lain dengan konsep yang berbeza.
The Farm mengekalkan elemen semula jadi dan rustik. Restoran ini juga dipenuhi dengan kehijauan dan suasana yang selesa serta dikelilingi tumbuh-tumbuhan.
Peralihan ruangan siling daripada kehangatan tona coklat-jingga Chan Rak BBQ kepada rona hijau zaitun yang menenangkan The Farm, ia mencerminkan identiti unik dalam masa yang sama mengekalkan kesinambungan yang serasi.
The Farm dan Chan Rak juga menyediakan ruangan peribadi untuk majlis tertutup dan acara khas, dilengkapi dengan pilihan secara bufet atau pilihan set menu disediakan.
Hidangan di The Farm, Subang Parade


The Farm menyediakan hidangan oven piza Itali dan piza gaya Neapolitan. Sajian eksklusif dengan sentuhan Thai autentik lain juga boleh didapati seperti:
- Sabai Sabai Cobb Salad
- Thai-Style Steak Frites
- Nasi Kelam Kabut (gabungan menarik nasi ulam dan nasi kerabu)
- Green Curry Duck Pasta
- Khao Soi Chicken Pizza
- Pandai-nya Chicken Burger
- Thai Oat Milk Tea Panna Cotta
Menu yang berasaskan telur juga bakal diperkenalkan tidak lama lagi.
- Alamat: The Farm, G-03-07, Ground Floor, Subang Parade.
- Waktu Operasi: Setiap Hari | 10am – 10pm
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.