Now Reading
Ini 11 Senarai Promosi Istimewa Hari Bapa 2025 Anda Boleh Rebut, Jangan Terlepas!

Ini 11 Senarai Promosi Istimewa Hari Bapa 2025 Anda Boleh Rebut, Jangan Terlepas!

Ayah-ayah pun nak dimanjakan juga, kan? 

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbaki kurang dua hari, kita sekali lagi akan menyambut hari khas buat para ayah di luar sana iaitu Hari Bapa Sedunia 2025.

Walaupun sebenarnya tiada hari yang khusus bagi menunjukkan penghargaan kita sebagai seorang anak, namun 15 Jun (Ahad) ini adalah peluang bagi membuatkan hari bapa anda lebih istimewa dan bermakna dengan membelanja sesuatu tidak kira barangan kegemaran mereka atau juadah menarik.

Kalau anda nak tahu, banyak premis makanan di Malaysia turut meraikan golongan bapa dengan menawarkan pelbagai promosi dan diskaun hebat.

Promosi Premis Makanan Khas Sempena Hari Bapa 2025

Berikut kami kongsikan promosi premis makanan yang boleh anda tebus bersempena dengan Hari Bapa Sedunia 2025. Antaranya:

#1. Chili’s Malaysia

Chili’s Malaysia mempromosikan dua menu mereka yang mempunyai perisa menggamit selera iaitu Big Beef Bacon BBQ Burger atau Seafood Trio.

Seafood Trio merupakan menu terbaharu daripada Chili’s yang berharga RM57.90. Set tersebut didatangi dengan tiga jenis lauk iaitu sotong, udang dan ikan dori yang disaluti tepung bersama tiga sos cicah.

Mulai 13 hingga 15 Jun pula, setiap individu yang bergelar seorang bapa boleh menebus minuman mocktail secara percuma apabila mengunjungi restoran itu.

#2. 4Fingers Malaysia

Sambil menikmati ayam goreng juicy di 4Fingers, anda juga boleh dapatkan minuman soda tin Calpis dan Cheesy Loaded Fries dengan pembelian mana-mana kombo istimewa Hari Bapa.

Terdapat dua set kombo yang boleh dipilih dengan harga RM36 sahaja iaitu:

Signature Combo:

      • 6 ketul Wingettes & Drumettes
      • 3 ketul Drumsticks
      • 6 ketul Boneless Chicken Bites
      • 1 Drumstick + 3 Wings

      Ricebox Combo:

      • Drumsticks
      • Wings
      • Boneless Chicken Bites
      • Tofu

      Promosi ini boleh didapati dengan pembelian secara dine-in, take away, atau menerusi laman web sehingga 22 Jun 2025.

        #3. Marrybrown

        Marrybrown tampil dengan promosi dua Lucky Plate berharga RM22 sahaja khas untuk abah-abah legend yang selalu jadi tulang belakang kita.

        Diskaun sebanyak hampir RM10 itu boleh didapatkan di cawangan-cawangan Marrybrown bermula 13 hingga 15 Jun.

        Dalam satu hidangan Lucky Plate, anda akan menerima dua ketul ayam goreng original atau pedas, mashed potato, salad dan juga roti goreng.

        #4. fennel & co.

        Kalau anda berada sekitar The Stories of Taman Tunku, Bukit Tunku pula jangan lupa untuk singgah ke restoran fennel & co. yang baru sahaja mula beroperasi pada 12 Mei lalu.

        fennel & co. juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan promosi istimewa bersempena Hari Bapa. Bagi setiap hujung minggu dari 1-30 Jun, setiap individu bergelar bapa boleh menebus hidangan pilihan kegemaran ramai iaitu Croque Monsieur.

        Foto: Croque Monsieur, fennel & co.

        NOTA: Promosi ini terhad makan secara dine-in sahaja.

        Langkah-langkanya adalah:

        1. Bawa bapa anda dan pesan sekurang-kurangnya satu hidangan di fennel & co.
        2. Ambil gambar ketika menikmati makanan dan tag mereka di Instagram.
        3. Tebus Croque Monsieur anda!

        Baca Artikel Berkaitan: The Stories of Taman Tunku Tampil Dengan Restoran Baharu, fennel & co. Tawar Variasi Menu Menyelerakan!

        #5. KyoChon 1991 Malaysia

        Kyochon 1991 mengajak para bapa di luar sana untuk cabar diri sendiri merasai ayam pedas legend mereka pada 14 dan 15 Jun.

        Set berharga RM38.90 ini tersedia dengan separuh ayam Red Pepper Chikin atau separuh ayam Shinhwa Chikin bersama dua minuman.

        Menu istimewa ini juga terhad untuk satu set sahaja bagi setiap meja. Jangan lupa dapatkannya secara dine-in atau take away bersama ayah anda!

        #6. Mokkys Pizza

        Kedai piza kegemaran ramai, Mokkys Pizza juga ada menyediakan kejutan buat golongan bapa yang banyak berbakti selama ini! Pada Ahad, 15 Jun jangan lupa bawa ayah anda singgah ke sana bagi mendapatkan pizza dan kopi percuma.

        Caranya mudah sahaja, and perlu menunjukkan hantaran yang disertakan di bawah ini pada cashier atau pekerja-pekerja di sana dan tebus satu slice pizza NY bersama Black atau White Coffee.

        Syarat bagi mendapatkan piza dan minuman secara percuma itu adalah anda perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit di mana-mana cawangan termasuklah:

        • Mokkys Pizza Bukit Tunku
        • Mokkys Pizza Subang Parade
        • Mokkys Pizza Setapak
        • Mokkys Pizza Bukit Jelutong
        #7. Thong Bowl

        Bagi penggemar mi di luar sana, ini masanya untuk mendapatkan semangkuk mi penuh perisa, Sliced Australian Beef Noodle bernilai RM25.90 di cawangan Thong Bowl pada 15 Jun ini.

        Langkah-langkah bagi menebus mi percuma adalah:

        1. Dine-in bersama ayah anda di mana-mana cawangan Thong Bowl.
        2. Ambil gambar bersama bapa tersayang di kedai Thong Bowl.
        3. Kemudian muat naik foto itu di Story Instagram dan tag @thongbowl. Psst, jangan lupa set akaun kepada ‘public’.
        4. Tunjuk foto yang sudah dimuat naik kepada staf di kaunter pembayaran.
        5. Selepas disahkan, nikmati Sliced Australian Beef Noodle anda.

        NOTA: Tawaran ini hanya terhad kepada 50 mangkuk terawal sahaja. Siapa cepat dia dapat!

        #8. TGI Fridays Malaysia

        Hanya sah pada 14 dan 15 Jun sahaja, TGI Fridays menawarkan diskaun 50% bagi setiap hidangan NY Striploin Steaks dengan pembelian satu menu utama lain khas buat para bapa! Dari RM92.90 jadi RM46.45 sahaja.

        Antara pilihan steak yang boleh dipesan adalah seperti berikut:

        • Fridays Signature Glazed NY Strip Steak
        • Peppercorn NY Strip Steak
        • Championship BBQ NY Strip Steak
        • Herb Butter NY Strip Steak
        #9. The Manhattan FISH MARKET

        Jom belanja ayah! The Manhattan FISH MARKET mengajak orang ramai untuk menghabiskan sekurang-kurangnya RM30 bagi mendapatkan hidangan Manhattan Fish ‘N Chips Dory atau Black Pepper Crispy Chicken secara percuma.

        Promosi ini akan berlangsung selama dua hari dari 14 hingga 15 Jun di setiap cawangan The Manhattan FISH MARKET.

        #10. Forest Floor @Damansara Utama

        Lepas puas isi perut dengan makanan berat, inilah masanya untuk mencari dessert pula. Kedai gelato Forest Floor yang terletak di Damansara Utama mahu belanja satu scoop gelato dengan pembelian satu scoop mana-mana perisa gelato.

        Promosi khas ini bermula 13 hingga 15 Jun. Syarat lain? Mudah sahaja, hanya perlu bawa bapa anda sekali ke sana.

        • Waktu operasi: 2PM-11PM
        • Alamat: 57, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya
        #11. House of Wheat Cafe

        Terkenal dengan menu-menu brunch, House of Wheat Cafe sudi memberi satu cawan kopi secara percuma kepada para bapa yang tidak pernah mengadu kepenatan bagi menampung seisi keluarga selama ini.

        Tertakluk pada 14 dan 15 Jun, kopi percuma itu ditawarkan dengan sebarang jenis pembelian di cawangan Cheras, dan Chow Kit.

        NOTA: Promosi sah untuk mereka yang membawa bapa dan dine-in sahaja!

        • Waktu operasi: 8.30AM-10PM
        • Alamat: 1-5, Menara Mutiara Central, Jalan Desa Aman 1, Taman Desa Aman, 56000 Cheras/15 & 17, Lorong Tiong Nam 2, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur

        Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

        Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

        © 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd