Now Reading
The Stories of Taman Tunku Tampil Dengan Restoran Baharu, fennel & co. Tawar Variasi Menu Menyelerakan!

The Stories of Taman Tunku Tampil Dengan Restoran Baharu, fennel & co. Tawar Variasi Menu Menyelerakan!

Restoran baharu fennel & co. yang terletak di Bukit Tunku itu menyajikan pelbagai makanan termasuklah masakan Melayu dan juga western.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mahu meluangkan masa bersama keluarga di mana-mana kedai makan, pasti banyak aspek yang diambil kira sebelum ke sana. Ini termasuklah jenis masakan yang ditawarkan. Maklumlah, setiap individu lain cita rasanya.

Sesuai buat anda yang mencari kepelbagaian menu, fennel & co. terletak di The Stories of Taman Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur adalah port yang dicari-cari.

Foto: fennel & co.
Sumber: Hazwani/TRP

Kalau anda nak tahu, restoran ini baru sahaja mula beroperasi 12 Mei lalu dengan vibe dan konsep seperti berada di rumah sendiri. Memang selesa.

Sumber: Hazwani TRP/fennel & co.

Senarai Menu Terbaharu fennel & co.

Semalam (5 Jun), kami juga berkesempatan untuk makan malam dan merasai sendiri menu-menu terbaharu yang dilancarkan fennel & co. Berikut kami sertakan menu-menu yang dihidangkan:

  • Biiig Breakfast (RM38)
  • Croque Madame (RM30)
  • Tomyam Prawns Spaghetti (RM36)
  • Maca-shuka shashuka our way (RM28)
  • Buttermilk, Oat-crumbes, Crispy, Fried Chicken (RM38)
  • Sausage, Sticky Onion Gravy & Garlic Mash (RM38)
  • Nasi Serai with Lamb Curry (RM46)
  • Nasi Serai with Assam Pedas Barramundi (RM42)
  • Chocolate Hazelnut Tart (RM17)
  • Raspberry Lychee Tart (RM19)
  • Burnt Cheesecake (RM17)
Foto: Menu terbaharu fennel & co.

Review TRP Semasa Menjamu Selera Di fennel & co.

Sarapan pagi:

Pertama sekali, kami dihidangkan dengan tiga jenis hidangan sarapan pagi iaitu Biiig Breakfast, Croque Madame dan Maca-shuka shashuka our way.

Buat mereka yang selalu mengambil hidangan berat pada waktu pagi, kami menyarankan anda memesan Biiig Breakfast kerana saiz hidangan yang begitu besar itu pasti akan membuatkan anda kenyang. Bagi pandangan kami, ia boleh dikongsi untuk 2-3 orang makan.

Sumber: Hazwani/TRP

Antara bahan yang digunakan dalam hidangan tersebut adalah sosej, telur dadar, cendawan, tomato, roti sourdough, red beans, dan hashbrown. Bagi kami, setiap elemen di dalam pinggan tersebut melengkapi antara satu sama lain.

Bagi Maca-shuka shashuka our way versi fennel & co. pula, apa yang menariknya adalah mereka turut meletakkan makaroni bakar di dalamnya. Cheese dan telur mata separuh masak yang dihidangkan sekali membuatkan ia rasa cukup berlemak. Memang kena dengan selera.

Sumber: Hazwani/TRP

Jika anda penggemar roti, Croque Madame adalah menu ‘wajib’! Terdapat cheese dan telur mata pada bahagian atas dan kepingan ayam di dalamnya. Ia juga dihidangkan bersama salad jika anda mahu membilas mulut dengan rasa yang segar.

Sumber: Hazwani/TRP

Rating:

  • Biiig Breakfast: 8/10
  • Croque Madame: 9/10
  • Maca-shuka shashuka our way: 9/10

Makan tengahari atau makan malam:

Kepada mereka yang datang ke fennel & co. untuk makan tengahari atau makan malam, di sini kami kongsikan pula menu-menu yang boleh anda cuba.

Nasi Serai with Lamb Curry dan Nasi Serai with Assam Pedas Barramundi menawarkan set nasi bersama lauk pauk hidangan Melayu yang klasik dan diminati rata-rata masyarakat Malaysia.

Sumber: Hazwani/TRP

Dalam hidangan tersebut mereka menyediakan nasi serai beraroma, ikan sikap masak asam pedas atau kari kambing, acar sayur, sambal belacan, telur sambal dan juga keropok ikan.

IMO, kami lebih menggemari lauk kari kambing kerana dagingnya yang juicy dan lembut ketika dipotong. Ia tidak terlalu pedas, jadi buat mereka yang tidak tahan pedas jangan risau. Hanya rasa ‘kick-kick manja’.

Sumber: Hazwani/TRP

Lain daripada lain, siakap bagi asam pedas itu digoreng terlebih dahulu hingga rangup di luarnya sebelum dicampur dengan kuah berkenaan. Jadi bagi mereka yang tidak suka tekstur ikan lembik, ini pilihan terbaik.

Sumber: Hazwani/TRP

Rating:

  • Nasi Serai with Lamb Curry: 8/10
  • Nasi Serai with Assam Pedas Barramundi: 7/10

Untuk anda yang nak tukar selera tanpa menyentuh hidangan nasi, boleh cuba hidangan lain seperti Tomyam Prawns Spaghetti, Sausage, Sticky Onion Gravy & Garlic Mash, atau Buttermilk, Oat-crumbes, Crispy, Fried Chicken.

Foto: Sticky Onion Gravy & Garlic Mash

Tomyam Prawns Spaghetti adalah hidangan kombinasi western dan masakan Asia yang pasti menambat cita rasa orang tempatan.

Foto: Tomyam Prawns Spaghetti

Kuah tomyam yang disalut bersama spaghetti adalah creamy dan berlemak. Udang segar yang disertakan sekali membuatkan hidangan itu lebih menyerlah. Menurut cef, ia adalah antara menu pilihan pelanggan lain.

NOTA: Ia sedikit pedas.🔥

Sumber: Hazwani/TRP

Bukan sahaja di restoran makanan segera, malah di fennel & co. juga anda boleh dapatkan ayam crispy yang penuh dengan perisa. Buttermilk, Oat-crumbes, Crispy, Fried Chicken diperap bersama buttermilk semalaman sebelum digoreng hingga rangup.

Foto: Buttermilk, Oat-crumbes, Crispy, Fried Chicken

Untuk hilangkan rasa masin, ayam ini lebih sesuai dimakan bersama tiga jenis sos resepi rahsia mereka iaitu harbanero, chili lime dan gochujang iaitu sos ala Korea. Chili lime kami beri skor 10/10. Memang sedap dan just nice. Tidak terlalu pedas, dan ada rasa masam daripada limau.

Sumber: Hazwani/TRP

Rating:

  • Tomyam Prawns Spaghetti: 9/10
  • Sausage, Sticky Onion Gravy & Garlic Mash: 6/10
  • Buttermilk, Oat-crumbes, Crispy, Fried Chicken: 9/10

Kami turut disajikan dengan tiga air menyegarkan iaitu Ginger Lemon Turmeric, Sour Boi & Co. dan Lemongrass Pandan Ginger.

Minuman ini lebih sesuai buat golongan dewasa atau individu lebih berusia kerana bau dan rasa bahan serta rempah yang digunakan. Tetapi apa yang pasti, minuman refreshing ini menghilangkan rasa-rasa muak di dalam mulut.

Sumber: Hazwani/TRP

Rating:

  • Ginger Lemon Turmeric: 7/10
  • Sour Boi & Co: 8/10
  • Lemongrass Pandan Ginger: 6/10

Tidak lengkaplah sesi makan-makan bersama insan tersayang tanpa pencuci mulut. Tiga menu dessert yang sememangnya membuatkan kami terliur adalah Chocolate Hazelnut Tart, Burnt Cheesecake dan Raspberry Lychee Tart.

Chocolate Hazelnut Tart itu rasa penuh berkrim dan pekat dengan coklat premium. Tart bersaiz sederhana itu juga tersedia dengan beberapa biji kacang hazelnut di atasnya. Jika anda sukakan manis, this is for you. 😍

Foto: Chocolate Hazelnut Tart

Raspberry Lychee Tart pula rasa masam-masam manis. Rasa semula jadi daripada raspberi dan laici sememangnya menaikkan lagi rasa manisan itu. Sesuai untuk ibu bapa anda yang sukakan rasa buah yang masam.

Yang terakhir adalah Burnt Cheesecake, lemak, berkrim dan sangat sedap! Kepada peminat kek keju, jangan terlepas untuk order ini jika berkesempatan mengunjungi fennel & co.

Sumber: Hazwani/TRP

Rating:

  • Chocolate Hazelnut Tart: 10/10
  • Raspberry Lychee Tart: 7/10
  • Burnt Cheesecake: 9/10

Antara menu lain yang anda boleh dapatkan di sana adalah Satay Chicken & Beef, French Toast a la fennel & co dan Pesto Sous Vide Chicken Penne.

Sumber: Hazwani/TRP

Selepas ni kalau berhasrat untuk ke sana, boleh la simpan artikel ini untuk rujukan!

  • Alamat: i2, Stories of Taman Tunku, Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: 8AM-10PM (setiap hari)

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web, atau akaun Instagram dan juga Facebook fennel & co.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd