Ini 5 Promosi & Menu Istimewa Sempena Hari Ibu 2025, Jangan Terlepas!
Pada 11 Mei 2025 ini, terdapat banyak premis makanan yang menawarkan promosi menarik bersempena Hari Ibu Sedunia sebagai contoh di Secret Recipe dengan keluaran kek perisan baharunya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Ibu, engkaulah ratu hatiku.”
Hari Ibu Sedunia 2025 akan tiba kurang dari tiga hari lagi. Buat golongan emak yang sudah susah payah membesar dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang, pasti anda mahu menggemberikan mereka pada hari istimewa tersebut.
Selain meluangkan masa bersama dan membawa ke tempat berjalan kesukaan mereka, terdapat cara lain yang confirm buat para ibu ini gembira serta tersenyum hingga ke telinga iaitu belanja makan!
Tidak kiralah ia mahal atau murah, yang penting niat anak-anak dan suami bagi menceriakan insan tercinta ini.
5 Promosi Khas Hari Ibu Sedunia 2025
Di sini kami kongsikan lima promosi premis makanan yang patut anda tebus bersempena dengan Hari Ibu Sedunia 2025. Antaranya:
#1. Secret Recipe
Secret Recipe meraikan Hari Ibu bersama kek perisa Caramel Crème Choc baharu. Gabungan coklat lembut, krim halus and karamel lembut bak sutera menjadikan kek serba mewah ini sesuai untuk dihidang buat ibu tersayang.
Caramel Crème Choc akan menambat selera anda dengan kek span dacquoise lembut, taburan coklat, serta ditambah dengan coklat susu, mousse karamel dan ganache.
Untuk info, kek ini dijual pada harga RM142 untuk sebiji kek dan RM13.50 bagi sepotong. Caramel Crème Choc kini boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia.
Sempena Hari Ibu, Secret Recipe juga akan menghadiahkan Baucer Wang Tunai sebanyak RM200 kepada 10 kisah yang paling menyentuh hati. Anda cuma perlu:
Langkah 1: Siarkan video atau foto bersama ibu anda dan sebiji kek Secret Recipe di Facebook, Instagram, atau TikTok
Langkah 2: Lengkapkan ayat dalam kapsyen anda: “My sweetest mom-ent with mom involved cake because…”
Langkah 3: Tag @SecretRecipeMY dengan #SecretRecipeMY #SweetestMOMent
Tempoh peraduan berlangsung dari 7-18 Mei 2025, dan pemenang-pemenang akan diumumkan pada 22 Mei 2025.
Bukan itu sahaja daripada 1 hingga 31 Mei ini, Secret Recipe menawarkan diskaun sebanyak RM10 bagi mana-mana pembelian sebiji kek dengan kod promosi iaitu LOVEMAMA.
Syaratnya anda perlu melakukan pembelian menerusi SRGO! dan pick up.
#2. Mardhiyyah Hotel & Suites
Mardhiyyah Hotel & Suites mula mengira detik Hari Ibu yang akan datang dengan bufet minum petang dan bilik penginapan. Tetamu boleh bersantai dan berehat di bilik mereka yang luas dengan suasana damai sambil menikmati kemudahan yang disediakan untuk mengeratkan hubungan.
Pakej ini tersedia untuk kemasukan 10 Mei dan 11 Mei 2025, di mana tetamu juga berpeluang menyertai secara ekslusif bufet minum petang istimewa Hari Ibu pada Ahad ini di Restoran Royale Songket.

Selain itu, jangan terlepas dengan kejutan percutian 2 hari 1 malam di Bilik Deluxe, yang ditawarkan pada harga RM390 sahaja. Pakej ini turut menampilkan bufet minuman petang istimewa dan sarapan pagi untuk dua orang.
Dapatkan bufet minum petang Hari Ibu dengan harga RM135 untuk dewasa, RM90 buat warga emas dan kanak-kanak. Malah terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti menghias kek dan bunga.


#3. Marrybrown
Seterusnya adalah daripada Marrybrown! Restoran ini menawarkan harga jimat iaitu dua Lucky Plate dengan harga RM22 sahaja. Sekadar info, harga sebenar bagi kedua-dua itu mencecah RM31.98.
Ia boleh didapati di semua cawangan seluruh negara sehingga 11 Mei ini. Sekali-sekala belanja ibu makan ayam goreng crispy pun syok juga.
#4. Texas Chicken
Bagi meraikan insan istimewa kita, Texas Chicken memberi lapan ketul nuget ayam crispy secara percuma dengan pembelian RM40 ke atas dalam satu resit. Tetapi tawaran istimewa ini hanya terhad selama dua hari sahaja iaitu pada 10 dan 11 Mei 2025.
Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Texas Chicken pada pukul 11.01AM dan ke atas.
#5. Kenny Rogers Roasters
Buat peminat Kenny Rogers Roasters, dua set Grilled Chicken Chop menanti anda dengan harga RM29.90 sahaja bagi kedua-duanya sekali. Promosi BUY 1 FREE 1 ini khas untuk ‘dine-in’ dari 7 Mei hingga 11 Mei 2025.
Perlu diingatkan juga promosi berkenaan tersedia di semua cawangan Kenny Rogers Roasters di Semenanjung Malaysia kecuali:
- PKNS, Shah Alam
- Angsana, Johor
- Kemaman, Terengganu
- Cameron Highlands
- Presint 15, Putrajaya
- Bahau, Negeri Sembilan
- Jasin, Melaka
Buat mereka yang tidak tahu nak beri apa buat mak, anda juga boleh membuat kejutan dengan belanja mereka enam biji mufin vanila popular dari Kenny Rogers Roasters dengan harga RM10 sahaja iaitu potongan harga lebih 50%.
Promosi ini khas pada 11 Mei 2025 sahaja.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â