Nobu KL Tampil Dengan Maguro Osusume, Mahu Kurangkan Sisa Tuna Premium
Menu Maguro Osusume mencerminkan komitmen Nobu KL untuk menyediakan makanan premium kepada pelanggan sambil mengurangkan sisa tuna yang terbuang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Khas pada Mei ini, Nobu Kuala Lumpur memperkenalkan Maguro Osusume, hidangan eksklusif selama sebulan khusus untuk kepelbagaian dunia tuna yang premium dan kaya.
Bukan sekadar pameran kulinari, menu ini meraikan kemewahan yang ‘beretika’ yang mana setiap bahagian tuna itu dihargai dengan sentuhan unik Nobu. Berasaskan kelestarian, menu Maguro Osusume mencerminkan komitmen Nobu KL untuk mengurangkan sisa tuna.
“Dalam mencipta menu ini, kami bukan sahaja mahu mempamerkan kepelbagaian dan keindahan maguro tetapi juga menceritakan kisah yang lebih mendalam tentang kelestarian dan penghormatan terhadap bahan-bahan yang kami gunakan,” kata Cef Eksekutif Nobu Kuala Lumpur, Chef Philip Leong.

Set Maguro Osusume Mula Tersedia Pada Bulan Mei Ini
Pelanggan boleh menantikan rasa yang seimbang dalam setiap hidangan. Ini termasuklah O-Toro Yuzu Anticucho, di mana perut tuna bermentega cair di dalam mulut anda. Ia digoreng secara perlahan-lahan dan dibalut dengan sos anticucho yuzu yang diilhamkan dari Peru, memberikan rasa smoky dengan setiap gigitan.
Tuna Collar Sweet Spicy Soy pula menawarkan pengalaman yang lebih menyelerakan, iaitu daging yang dipanggang dengan sempurna, lembut dan disalut bersama sos buatan sendiri.

Tuna Cheek Wasabi Salsa mempersembahkan keharmonian potongan pipi tuna yang lembut dan salsa yang menyegarkan.
Berikut kami sertakan menu lain dan harga bagi setiap hidangan ditawar dalam set Maguro Osusume:
Hidangan sejuk:
- Tuna Tasting: RM100
- O-Toro Yuzu Anticucho: RM180
- Toro Caviar Tacos: RM70

Hidangan panas:
- Tuna Bone Marrow Wasabi: RM140
- Tuna Collar Sweet Spicy Soy: RM250
- Tuna Cheek Wasabi Salsa: RM160
- Tuna Steak Teriyaki Sauce: RM220

Ini reviu ringkas kami selepas mencuba sendiri set Maguro Osusume ini:
- O-Toro Yuzu Anticucho: Bahagian perut tuna yang menyegarkan dengan sos yang berlemak. Hirisan halia di atasnya menghilangkan rasa hanyir ikan tersebut.
- Toro Caviar Tacos: Rasa masin caviar sangat sesuai digandingkan bersama kepingan tacos yang rangup. Satu suapan makanan ini membuatkan caviar itu terus pecah dan cair dalam mulut.
- Tuna Bone Marrow Wasabi: Hidangan yang sedikit ‘light’ yang mana terdapat juga caviar tersedia di atas tulang ikan tuna itu.
- Tuna Cheek Wasabi Salsa: Rasa pipi tuna yang begitu berlemak. Dengan beberapa gigitan, pasti anda akan rasa puas. Mempunyai rasa salai dan lebih lazat digandingkan dengan salsa wasabi yang segar.
- Tuna Collar Sweet Spicy Soy: ‘Highlight’ ketika makan malam itu yang mana tuna dimasak dengan kicap pedas yang manis. Bahagian tuna yang digunakan untuk menu ini pula mempunyai isi tebal dan lembut.
Sumbang Sebahagian Hasil Jualan Maguro Osusume Kepada Food Bank Malaysia
Sebagai sebahagian daripada misi Nobu KL untuk menggalakkan kelestarian, beberapa peratus hasil jualan Maguro Osusume akan didermakan kepada Food Bank Malaysia iaitu badan amal yang komited bagi menangani pembaziran dan kemiskinan makanan.
Nobu KL juga akan menganjurkan Lelongan Live Tuna Bluefin buat pertama kalinya di restoran itu pada hari Jumaat, 9 Mei jam 6 petang.
Para tetamu berpeluang membida potongan premium tuna Bluefin segar, dengan pilihan disediakan oleh pasukan Nobu KL atau untuk dibawa pulang.
Para pelanggan boleh membuat tempahan untuk pengalaman eksklusif ini [DI SINI].
- Alamat: L4A-05, Level 4A, Shoppes at Four Seasons Place, 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Waktu operasi: Setiap hari [11.45AM – 2PM/ 6PM- 10PM]
Baca Artikel Berkaitan: Nobu KL Rai Hari Wanita Sedunia, Perkenal Menu Eksklusif, Sakuya Omakase
Baca Artikel Berkaitan: Nobu KL Anjur Bengkel Buat Sushi & Teh Hijau Bersama Yayasan Chow Kit
Baca Artikel Berkaitan: Nobu Sambut Ulang Tahun Ke-30 Omakase Eksklusif Bermula 7 Hingga 13 Oktober Ini
Baca Artikel Berkaitan: Nobu KL Sambut Tahun Baru Cina 2024 Dengan Menu Khas Eksklusif
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



