Now Reading
Menu Baru Bask Bear Coffee Sempena Ramadan Ada Sentuhan Kari, Siap Ada Papadom! [Review]

Menu Baru Bask Bear Coffee Sempena Ramadan Ada Sentuhan Kari, Siap Ada Papadom! [Review]

Antara menu baru diperkenalkan oleh Bask Bear Coffee sempena Ramadan ini adalah Mentega Sari Kari Toastie.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali menjelang bulan puasa, sudah tentu ramai di kalangan masyarakat yang bersemangat memasak sendiri di rumah atau membeli pelbagai jenis juadah menarik sebagai contoh di bazar Ramadan.

Namun apabila sudah masuk minggu terakhir bulan Ramadan ini, pasti ada di antara anda yang sudah mula bosan memasak. Kadangkala bukan apa, otak pun dah tepu memikirkan resepi baharu.

Buat anda yang mahukan sedikit juadah berbuka puasa yang sedikit berlainan, anda boleh mencuba menu yang dilancarkan oleh Bask Bear Coffee iaitu siri Mentega Sari Kari✨🔥.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Baca Artikel Berkaitan: Bufet Moreh Me’nate Steak Hub RM25.90, Berbaloi Ke? [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Nak Berbuka Mana? Serai Saji ‘Warisan Dulang’ Special Untuk Ramadan Ini [Review]

Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Keluarkan Air Perisa Baharu Dalam Botol 1 Liter, Sesuai Diminum Ketika Lepak Moreh [Review]

Reviu Jujur Bask Bear Coffee Siri Mentega Sari Kari

Tidak melepaskan peluang ini, team TRP telah menerjah Bask Bear Coffee untuk mencuba sendiri menu-menu istimewa ini. Sama ada ia menepati selera kami atau sebaliknya.

Antara menu yang sempat kami cuba adalah seperti:

  • 🍛 Mentega Sari Kari Rice: RM14.90
  • 🥪 Mentega Sari Kari Toastie: RM12.90
  • 🌯 Mentega Sari Kari Rolti: RM10.90
  • 🥤 White Peach Fizz: RM7.90
  • 🥤 Grapefruit Yuzu Fizz: RM7.90

Reviu Mentega Sari Kari Rice:

Bermula dengan Mentega Sari Kari Rice, kami rasa ini adalah hidangan paling sesuai untuk dimakan semasa iftar. Mana tidaknya, selepas seharian berpuasa sudah tentu anda mahu mengalas perut dengan sesuatu yang berat.

Dalam menu ini, anda akan diberikan beberapa ketul ayam rangup tanpa tulang dengan kuah kari di atasnya, telur mata, salad, nasi putih bersama campuran rumpai laut, dan yang paling unik adalah ada juga papadom!

Part yang paling kami suka tentang hidangan ini adalah ayamnya begitu juicy dan sangat sesuai dipadankan dengan kari tersebut. Kari itu juga tidak pedas dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak. Papadom yang diletakkan sekali menambahkan lagi elemen rangup dalam makanan berkenaan.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Namun secara keseluruhan, hidangan ini agak mengeringkan kerana kuah kari yang diberikan adalah sedikit dan agak pekat untuk dimakan bersama dengan nasi dan ayam.

Bagi pendapat kami, rasa nasi putih bersama rumpai laut agak tidak kena apabila dimakan sekali dengan kari yang berlemak.

Reviu Sari Kari Toastie:

Seterusnya adalah Mentega Sari Kari Toastie, ia tersedia dengan dua pilihan patty iaitu ayam dan daging. Tetapi untuk kali ini, kami mencuba patty ayam sahaja.

Bagi pendapat kami, patty ayam mempunyai rasa savory yang cukup dan juga juicy. Tetapi ia agak kecil dan juga nipis. Sekali pandang toastie berkenaan, anda akan perasan patty tenggelam di dalam roti tersebut.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Toastie ini juga dilengkapi dengan kuah kari dan juga papadom. Jumlah kari yang dipadankan bersama roti ini adalah just nice dan tidak membuatkan ia cepat soggy.

Apa yang menarik perhatian tentang menu ini adalah rasa roti yang berlemak dengan sapuan mentega amat sesuai dipadankan dengan kuah kari yang pekat itu. Memang ‘umph!’

Reviu Mentega Sari Kari Rolti:

Tidak seperti yang kami sangkakan, balutan wrap Mentega Sari Kari Rolti tersebut rupanya-rupanya adalah Roti Paratha dan bukannya wrap yang selalu digunakan untuk makanan diet tu.

Untuk anda yang tak ada idea nak moreh apa, Mentega Sari Kari Rolti adalah pilihan terbaik antara ketiga-tiga menu makanan yang kami nyatakan kerana ia lebih ‘light’ dan tidak begitu muak.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Di dalam roti itu, terdapat juga beberapa ketulan ayam rangup yang disalut bersama kuah kari mentega dan salad. Salad yang diletakkan memainkan peranan bagi menghilangkan rasa yang terlampau berlemak dari kari itu.

Tidak begitu ‘wow’ tetapi masih kena dengan selera kami.

Reviu White Peach Fizz & Grapefruit Yuzu Fizz:

Yang terakhir adalah minuman yang disertakan dengan set-set makanan ini. Jika dibandingkan kedua-duanya, kami lebih menyukai White Peach Fizz. Tidak begitu manis dan mempunyai rasa peach, sama seperti namanya. Di dalamnya juga ada sedikit jeli peach seolah-seolah nata de coco.

Beralih kepada minuman kedua iaitu Grapefruit Yuzu Fizz (limau gedang), kami hanya mampu berkata, “Hmmm”.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Hirupan pertama anda akan rasa sedikit manis kemasaman, tetapi ada rasa pahit di hujungnya. Rasa pahit itu pula akan melekat pada tekak jika tidak dibilas dengan air kosong.

Bagaimanapun, kedua-dua minuman ini mempunyai soda dan menyegarkan kerana ‘base’ buah-buahan.


Rating ⭐⭐⭐:

  • Mentega Sari Kari Toastie: 8/10
  • Mentega Sari Kari Rolti: 7/10
  • Mentega Sari Kari Rice: 6/10
  • White Peach Fizz: 5/10
  • Grapefruit Yuzu Fizz: 4/10
  • Alamat: 541-G, Jalan Bandar Senawang 16, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan (atau mana-mana cawangan Bask Bear Coffee)
  • Waktu operasi: 7.30AM – 11PM (setiap hari)

Baca Artikel Berkaitan: Burger & Taco Tampil Dengan Menu Kombo Iftar Eksklusif [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Menu Cahaya Ramadan Di Seoul Garden Bawa Kelainan Dengan Japchae, Mantau & Banyak Lagi [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Bufet Ramadan Di Ganteng Night Market Bawa Konsep ‘Thai Street Food’, Hanya RM39.90! [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd