Bufet Ramadan Di Ganteng Night Market Bawa Konsep ‘Thai Street Food’, Hanya RM39.90! [Review]
Bufet Ramadan ‘Ganteng Night Market’ dengan lapan menu hidangan Thailand ini tersedia di Ayam Gepuk Ganteng cawangan Meru di Ipoh, Perak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi peminat makanan Thailand, apatah yang sering berkunjung ke negara jiran itu, pasti merindui ‘street food’ yang banyak didapati di sana.
Namun ada berita baik buat mereka yang berada di Ipoh! Korang boleh memenuhi ‘craving’ dengan berkunjung ke satu restoran yang membawa konsep ‘Thai street food’ sempena Ramadan ini.
Ayam Gepuk Ganteng Tawar 8 Menu Thailand Sempena Ramadan
Pada Ramadan kali ini, team TRP berkesempatan untuk berkunjung ke ‘Ganteng Night Market’ yang dibawakan khas oleh Ayam Gepuk Ganteng di Meru, Ipoh.
Untuk info, harga yang ditawarkan adalah antara termurah bagi bufet berbuka puasa di sekitar Ipoh iaitu RM39.90 bagi dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak 4 tahun ke atas.
Terdapat lapan pilihan menu makanan Thailand iaitu:
- Boat Noodle
- Kerabu Maggi
- Pad Thai
- Nasi Khao Mok
- Tomyam Poktek
- Pulut Mangga
- Ayam Bakar Thai
- Yong Tau Foo
Selain itu, ada juga makanan berlauk seperti daging dendeng, gulai kawah, lala masak cili dan kangkung belacan. Namun lauk mungkin berubah setiap hari. Bagi peminat ayam gepuk, korang masih dapat enjoy hidangan itu di bufet ini!
Bagi minuman dan pencuci mulut pula, terdapat pelbagai aneka pilihan termasuk:
- Bingka labu manis
- Kek batik Horlicks
- Butter cake orange
- ABC
- Cendol
- Thai green tea
- Mangga susu

Kami Telah Mencuba Kesemua Menu Hidangan Thai
Memandangkan ini adalah bufet berkonsep Thai street food, sudah tentu kami tidak melepaskan peluang untuk mencuba kesemua makanan Siam yang dihidangkan.
Seperti boat noodle yang dijual di kedai, Boat Noodle di sini juga dihidangkan dalam portion yang sedikit. Tapi korang boleh minta extra mangkuk ya kalau nak makan banyak!
Kuah bagi hidangan ini memang sedap dengan rasanya yang masam-masam pedas. Kalau nak adjust rasa boleh juga tambah limau dan serbuk cili. Tapi Boat Noodle ni tak ada daging atau ayamlah, cuma bebola sahaja.
Mula-mula ternampak Pad Thai yang dihidangkan, memang dilihat agak hambar kerana warnanya yang pudar dan kurang menarik. Tapi bila cuba buat kali pertama, mesti korang nak lagi!
Rasanya memang sedap. Boleh dikatakan saing-saing yang kami pernah cuba di Thailand. Taburan kacang tumbuk di atasnya menambahkan lagi tekstur hidangan itu.

Tak wajib la kalau tak makan Kerabu Maggi kalau dah ke Thai street food! Hidangan ini amat sesuai bagi korang yang sukakan makanan masam dan pedas berapiii🔥
Tapi sama macam boat noodle tadi, kerabu maggi yang dihidangkan cuma ada bebola tanpa seafood. Rasa pun kurang konsisten kerana ada kerabu maggi yang terlebih berminyak dan lebih pedas.
Satu lagi menu masakan Thailand yang dihidangkan di sana ialah Tomyam Poktek. Tapi bukan sahaja kuahnya yang nampak agak ceroi, rasanya juga kurang ‘kick’. Hanya lebih kepada rasa masam dan kurang pedas.

Satu lagi hidangan Thailand yang amat dikenali ramai mestilah Nasi Khao Mok atau dikenali juga sebagai Nasi Briyani Thailand yang berwarna kuning.
Rasa nasinya sedap dan lembut, tetapi mungkin lebih kepada rasa nasi ayam style Melayu berbanding hidangan itu sendiri.
Selain itu, terdapat juga Ayam Bakar Thai yang dibakar secara ‘live’. Namun rasanya yang agak manis mungkin kurang digemari untuk orang yang tak sukakan rasa sedemikian dalam hidangan savori.
Tapi bagi kami ayamnya masih terasa sedap dengan bau ‘smoky’ dan paling penting masak sepenuhnya serta kekal ‘juicy’.
Di samping itu ada juga Yong Tau Foo namun rasanya biasa sahaja macam mana-mana hidangan tersebut yang dijual. Senang kata tak ada apa yang special.
Bagi pencuci mulut pula, mestilah ada Pulut Mangga 🥭 yang sinonim dengan Thailand. Dihidangkan dalam gelas yang comel, ia mempunyai santan yang cukup berlemak dan tidak terlalu manis.
Pulutnya juga dimasak dengan sempurna dan terasa lembut. Cuma ada antara kami yang dapat potongan mangga agak masam. Tapi ia masih favorite kami!

Rating:
- Pulut Mangga: 9.5/10 ⭐⭐⭐
- Pad Thai: 9/10
- Boat Noodle: 8/10
- Kerabu Maggi: 8/10
- Nasi Khao Mok: 7/10
- Ayam Bakar Thai: 6/10
- Yong Tau Foo: 5/10
- Tomyam Poktek: 4/10
Rating ini cumalah berdasarkan kepada pengalaman kami dan mungkin berbeza untuk korang mengikut citarasa masing-masing ya.
EXTRA: Kami juga menggemari minuman Thai Green Tea yang tidak terlalu manis walaupun dicampur dengan aiskrim!
Pelbagai Lauk-Pauk Melayu Juga Tersedia
Kalau korang datang ke sini dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang kurang sukakan makanan Thailand, nasi berlauk di sini juga tidak kurang sedapnya.
Lauk-lauk yang kami sempat cuba semuanya sedap dan cukup terasa rempahnya. Paling penting kena ambil sambal ganteng kalau korang suka pedas. Memang ngam!
Satu lagi favorite kami ialah enoki goreng tepung yang rangup! Ratah itu sahaja pun sudah cukup sedap.
Bagi kuih pula kami sempat cuba beberapa jenis. Bingka ubi manis memang lembut dan sedap rasanya, seperti yang dibuat oleh orang dulu-dulu. Kek batik horlicks pun sedap cuma bagi kami ia terlalu manis dan jadi cepat muak.
Nota kaki: Surau juga ada disediakan.
Alamat: Ayam Gepuk Ganteng, 70 Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak.
Nombor untuk tempahan: 018-243 4403 (WhatsApp)
Baca Artikel Berkaitan: Bufet Moreh Me’nate Steak Hub RM25.90, Berbaloi Ke? [Review]
Baca Artikel Berkaitan: Texas Chicken Keluarkan Menu Baharu Sempena Ramadan, Tapi Betul Ke ‘Berapi’? [Review]
Baca Artikel Berkaitan: The Chicken Rice Shop Perkenal Hikayat Ayam Zamrud Sempena Ramadan & Raya, Sedap Ke? [Reviu]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.