ZUS Coffee Keluarkan Air Perisa Baharu Dalam Botol 1 Liter, Sesuai Diminum Ketika Lepak Moreh [Review]
Siri ‘Sembang Sembang Dengan ZUS’ daripada ZUS Coffee menawarkan empat perisa baharu dalam botol 1 liter, antaranya adalah ‘White Peach Oolong Lemonade’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semasa bulan puasa, antara dugaan buat segelintir para Muslim adalah minuman sejuk dan segar kerana berasa dahaga. Kadangkala, apabila lalu sahaja di bazar Ramadan, mata ni memang tak boleh nak lepas daripada memerhati air-air balang yang dijual.
Sambil memikirkan ahli keluarga di rumah, kebiasaannya pelanggan akan membeli minuman dengan isi padu yang banyak, sesuai untuk berbuka puasa.
ZUS Coffee Tampil Dengan 4 Perisa Minuman Baharu Istimewa Ramadan Ini
Kalau anda nak tahu, ZUS Coffee juga telah mengeluarkan minuman perisa baharu dalam botol 1 liter bersempena bulan istimewa ini. Minuman dengan saiz yang besar ini memang dikhaskan untuk iftar dan juga moreh.
Minuman perisa baharu yang ditawarkan untuk siri ‘Sembang Sembang Dengan ZUS’ ini adalah:
- 🍋 Limau-nade Black Tea: RM17.90
- 🍑 White Peach Oolong Lemonade: RM24.90
- 🫐 White Peach Oolong Berryade: RM24.90
- 🍵 Matcha Latté: RM33.90

Kami juga bersempatan membeli dan mencuba sendiri dua minuman perisa baharu berkenaan iaitu Limau-nade Black Tea dan juga White Peach Oolong Berryade. Apabila ‘pick-up’ sahaja minuman tersebut daripada kedai, botol-botol itu diberikan dalam keadaan ia tidak sejuk.
Kalau pembeli lebih suka minuman yang sejuk, anda perlu masukkan dulu botol minuman itu ke dalam peti sejuk sementara menunggu waktu berbuka.
Untuk rasa Limau-nade Black Tea, ia tidaklah begitu istimewa dan rasanya seperti teh limau yang anda boleh buat sendiri di rumah. Tahap kemasaman limau juga tidak begitu terasa. Hanya ada ‘a hint’ limau sahaja dan kurang manis.

Mengikut cita rasa sendiri, kami lebih menyukai White Peach Oolong Berryade kerana memang jelas terasa seperti namanya iaitu peach dan juga beri. Mungkin sedikit manis, tetapi jika anda lebihkan ais, pasti kena dengan selera.
Bagi pendapat kami, seliter minuman ZUS Coffee ini sesuai diminum untuk 3-4 orang.
Rating ⭐⭐⭐:
- White Peach Oolong Berryade: 7/10
- Limau-nade Black Tea: 5/10

Kami Dapat Diskaun 15% Untuk Pembelian 2 Botol
Jika mahu lebih jimat, jangan lupa beli dua botol minuman dengan menggunakan kod baucar ‘SEMBANGBUKA’ bagi mendapatkan potongan 15% untuk sebotol minuman tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Bufet Moreh Me’nate Steak Hub RM25.90, Berbaloi Ke? [Review]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Nak Berbuka Mana? Serai Saji ‘Warisan Dulang’ Special Untuk Ramadan Ini [Review]
Baca Artikel Berkaitan: Menu Cahaya Ramadan Di Seoul Garden Bawa Kelainan Dengan Japchae, Mantau & Banyak Lagi [Review]
Secret Menu Dari ZUS Coffee Guna Limau-nade Black Tea 1L
Kalau mahukan sedikit kelainan, anda juga boleh mencuba resepi rahsia yang dikongsikan team ZUS sendiri di akaun Instagram mereka. Nampak mengiurkan, jadi kami pun FOMO (Fear of Missing Out) untuk ‘try-test’ sendiri resepi itu!
Nama resepi minuman ini adalah Iced Limau-nade Longan ✨.
Bahan-bahan:
- Limau-nade Black Tea
- Ais
- Limau kasturi
- Asam boi
- Laici tin (sebenarnya ZUS campurkan sekali dengan longan, tetapi kami ‘derhaka resepi’ dan guna apa sahaja yang ada di rumah).

Cara penyediaan:
- Masukkan sejumlah ais ke dalam jag air.
- Tuangkan sebotol air Limau-nade Black Tea.
- Masukkan beberapa biji lychee tin (ikut kesesuaian).
- Campurkan beberapa biji asam boi (4-5 biji).
- Perahkan beberapa biji limau kasturi (agak- agak mengikut tahap toleransi anda untuk rasa masam).
- Kacaukan air itu dan siap untuk dihidang, mudah je!
Verdict: Sangat better dari rasa original Limau-nade Black Tea itu sendiri. Perahan limau kasturi dan asam boi menaikkan lagi rasa masam minuman tersebut.
Laici pula menambahkan lagi rasa manis. Memang balance. Pastikan anda menikmati minuman tersebut semasa ia sejuk untuk rasa yang lagi ‘umph!’ Sesuai juga untuk dihidangkan semasa berbuka puasa kerana rasa yang menyegarkan dan boleh menghilangkan haus.
Rating secret menu ZUS: 8/10
Baca Artikel Berkaitan: Monét In The City Jadi Hotspot Di LRT Ampang Park, Moreh Dibuka Hingga 2 Pagi
Baca Artikel Berkaitan: The Chicken Rice Shop Perkenal Hikayat Ayam Zamrud Sempena Ramadan & Raya, Sedap Ke? [Reviu]
Baca Artikel Berkaitan: Texas Chicken Keluarkan Menu Baharu Sempena Ramadan, Tapi Betul Ke ‘Berapi’? [Review]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â