Monét In The City Jadi Hotspot Di LRT Ampang Park, Moreh Dibuka Hingga 2 Pagi
Waktu operasi Monét In The City pada bulan Ramadan pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja adalah 8:30PM – 2:30AM.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dua minggu Ramadan sudah berlalu dan pada ketika ini memang banyak lokasi moreh yang diserbu ramai. Contohnya, Monét In The City.
Kafe ini terletak di LRT Ampang Park, berhadapan dengan The Linc, Kuala Lumpur. Kalau pernah nampak, ia terletak betul-betul berhadapan dengan stesen menunggu bas. Kecil, tapi bila kena ‘serbu’ dek pelanggan— sampaikan kaunter pun hilang dari penglihatan.
Monét In The City Buka Hingga 2:30AM Pada Hujung Minggu
Monét adalah lokasi paling tepat untuk kaki kopi dapatkan “caffeine fix for the day”. Tapi bulan puasa ini, susah sikitlah. Kena tunggu selepas waktu berbuka dan selesai solat sunat Tarawih untuk dapatkan secawan kopi.
Jadi Monét In The City telah menukar waktu operasi bulan Ramadan mereka kepada 8:30PM hingga 2:30AM pada setiap Jumaat hingga Ahad (hujung minggu).
Manakala pada hari Selasa hingga Khamis pula mereka akan beroperasi pada 7:30AM hingga 2:30PM. Habis waktu lunch, mereka tutup.

Pro tip: Kalau korang ada plan nak datang Monét In The City waktu moreh, kami sarankan untuk bawa sendiri kerusi ‘healing’ ataupun tikar kalau nak bersantai di tengah-tengah ibu kota. Lain macam lokasi ‘healing’ waktu moreh. 🤭
Monét In The City Tawar Menu Moreh Yang Pelbagai
Tahun ini, kafe ini menawarkan “Ramadan Specials” yang terdiri daripada beberapa pilihan menu seperti:
- 🥤Blueberry Matcha Latte (RM18)
- 🥤Blueberry Houjicha Pie (RM18)
- 🥤Onde-onde Latte (RM18)
- 🥤Strawberry Chocolate Latte (RM17)
- 🥤Fizzy Guava Espresso (RM16)
Dan yang paling dinantikan adalah: Monét in-house Tiramisu (RM21). Kalau nak cuba, boleh datang Monét In The City— tak perlu beratur, boleh terus beli ready stock sebab memang akan tersedia kalau korang walk-in.

TRP cuba dua minuman di Monét In The City
Disebabkan kami ‘FOMO’ (Fear of Missing Out) dengan posting-posting orang ramai di Instagram Stories (IGS) menunjukkan mereka bertandang ke kafe ini untuk moreh sampai tengah malam— siap bawa kerusi sendiri!
Team kami dengan semangatnya melakukan perjalanan dari Shah Alam hingga ke Jalan Tun Razak semata-mata untuk merasai sendiri “vibe” moreh di Monét In The City.
Kami memesan satu (1) hot latte dan satu (1) Blueberry Hojicha Latte seperti yang disyorkan oleh staf mereka (sedap, katanya). Okay kita cuba.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Verdict? 🤔
Hot Latte macam ada rasa yang tak “ummph” sangat sebab team kami memang kaki kopi yang hari-hari wajib minum satu Espresso dan juga satu Hot Latte untuk melengkapkan hari.
Tapi, licin juga diminumnya. Cuma mungkin biji kopi yang digunakan tidak memberikan rasa yang ‘kick’ buat peminum. (Rating: 7/10)
Blueberry Hojicha Latte pula rasa tidak terlalu manis. Tapi rasa blueberry tu sedikit ‘overpower’ hojicha (for me). Cinnamon powder yang diletakkan atas minuman ini sememangnya menjadi “paid actor”. Memang ngam. 💯 (Rating: 7.5/10)
Monét In-house Tiramisu

Oh! Kali ini kami juga berpeluang untuk ‘secured’ satu tub Tiramisu Monet. Nampak dalam chiller masih banyak dan jam menunjukkan pukul 9:30pm- mungkin belum ramai yang serbu sebab masih menunaikan solat sunat Tarawih.
Untuk Tiramisu, 8/9! Masih mantap.
Monét In The City

(Sumber: Afiq Ashman)
Kekal dengan konsep untuk membuatkan pelanggan rasa selesa dengan mereka, Monét di Ampang Park ini tampil dengan konsep kedai unik di mana ruangan membuat kopi juga terbuka untuk para pelanggan.
“Kami nak buat pelanggan di Monét Ampang Park rasa mereka seperti dalam komuniti yang sama dengan kami. Barista kami pun boleh berborak dengan mereka sambil membuat pesanan kopi. Kalau ada pelanggan kami yang nak cuba buat kopi mereka sendiri pun tiada masalah,” jelas Afiq Ashman selaku Founder Monét.
Dengan latihan secukupnya kepada setiap staf, Monét sentiasa terbuka untuk menjadi lokasi para pelanggan mempelajari perkara baharu.
Mana tahu tiba-tiba nak part-time di Monét? ☕
Monét
- Jalan J9 Melawati
- Ampang Park
- Jalan Imbi (BAKAL DIBUKA)
Atau, follow IG rasmi Monét.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.