Texas Chicken Keluarkan Menu Baharu Sempena Ramadan, Tapi Betul Ke ‘Berapi’? [Review]
Pada Ramadan kali ini, Texas Chicken telah memperkenalkan tiga menu baharu iaitu Ayam Limau Berapi, Tender Ayam Berapi dan Biskut Kurma.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ayam goreng merupakan salah satu hidangan yang boleh dikatakan digemari oleh ramai orang tidak mengenal umur.
Terdapat pelbagai restoran makanan segera, malah gerai tepi jalan, yang menjual ayam goreng.
Namun sesetengah mereka akan tampil membawa kelainan apabila menjelang musim perayaan, tidak terkecuali juga bulan Ramadan.
Texas Chicken Perkenal 3 Menu Baharu Sempena Ramadan
Team TRP pada minggu ini telah berkesempatan untuk mencuba menu baharu yang dikeluarkan oleh Texas Chicken bersempena bulan Ramadan.
Terdapat tiga menu yang diperkenalkan iaitu:
- Ayam Limau Berapi 🍋🟩🌶️
- Tender Limau Berapi 🍋🟩🌶️
- Biskut Kurma 🫓
Kami telah memesan set Kombo Ayam Limau Berapi yang didatangkan dengan dua ketul ayam, Biskut Kurma, satu hidangan sampingan dan air minuman dengan harga RM23.50.
Selain itu, kami turut memesan satu set Tender Limau Berapi (4 ketul) yang berharga RM17.60.

Ketika kami berkunjung ke cawangan Texas Chicken di Mid Valley Megamall untuk berbuka puasa, memang ramai orang di sana. Tapi tak ada seorang pun yang cuba menu baharu ni, mungkin rasa risau tak kena selera kot? 🤭
Sos Limau Berapi Terasa Masam, Manis & Pedas (sikit…)
Ayam dan Tender Limau Berapi ini bukanlah dimasak menggunakan perapan atau salutan tepung lain, tetapi hanya ditaburkan dengan sos limau.
Seperti ayam goreng biasa Texas Chicken, Ayam Limau Berapi ini masih kekal juicy. Walaupun dah ditabur dengan sos limau, kulitnya masih rangup! Tapi mungkin kalau dibiarkan lama ia akan menjadi ‘soggy’.

Rasa sos tu boleh dikatakan macam sos cili thai yang ditambah bahan-bahan lain macam limau dan kami rasa ada juga sedikit ketumbar.
Tapi bagi kami, nama ‘limau berapi’ tu macam tidak berapa tepat sebab rasa pedasnya ‘mild’ sahaja. Tak sampai terbakar lidah.
Rasa sos yang masam, pedas dan sedikit manis itu mungkin kurang digemari oleh peminat makanan pedas. Kami juga rasa sos akan lebih ‘ngam’ kalau letak lagi banyak ketumbar dan lebih pedas.

Biskut Kurma Jadi Kegemaran Kami!
Bagi kami, apa yang lebih menonjol dalam menu Ramadan Texas Chicken ialah Biskut Kurma! Mula-mula risau juga melihat biskutnya yang gelap, takut terhangit. Tapi gigitan pertama membuktikan sebaliknya.
Rasanya yang tidak terlalu manis menjadikan ia hidangan yang sesuai untuk dijamah bagi berbuka puasa. Siap ada ketulan kurma lagi.
Ia mempunyai rasa kurma yang cukup tetapi tidaklah terlalu ‘overpowering’ sehingga menghilangkan rasa asal Biskut Madu Mentega itu sepenuhnya.
Kami rasa menarik juga Texas Chicken perkenalkan menu ini berbanding hanya menghidangkan buah kurma dalam set Ramadan seperti kebanyakan restoran lain.

Verdict?
Kedua-dua Ayam dan Tender Limau Berapi memang mengingatkan kami dengan masakan Thailand. Tapi jika makan terlalu banyak ia akan terasa agak muak.
Kami juga sedikit kecewa kerana mengharapkan rasa pedas yang benar-benar berapi seperti namanya 🙁
Tapi bagi Biskut Kurma, memang kami nak repeat lagi! ⭐
Korang memang patut try Biskut Kurma tu! Biskut Kurma boleh dibeli secara berasingan pada harga bermula RM2.70 sebiji.
Kalau korang taknak cuba Ayam Limau Berapi, boleh juga beli set ayam biasa di dan hanya tambah 50 sen untuk tukarkan Biskut Madu Mentega kepada Biskut Kurma.

Boleh Dapat Sampul Duit Raya Edisi Terhad
Sebagai info, sempena Ramadan ini korang berpeluang menerima lima keping sampul duit raya edisi terhad dengan pembelian satu set Kombo Ayam Limau Berapi atau dengan pembayaran minimun RM35 dalam satu resit.
Tempahan boleh dilakukan secara dalam talian [DI SINI]. Sebarang pertanyaan sila kemukakan pada Texas Chicken menerusi laman web atau Instagram.
Baca Artikel Berkaitan: Bufet Moreh Me’nate Steak Hub RM25.90, Berbaloi Ke? [Review]
Baca Artikel Berkaitan: Nirwana Caterer & Deco Tawar Bufet Ramadan Ala Kenduri Kahwin, Saji Lauk Kampung & Menu Istimewa [Review]
Baca Artikel Berkaitan: Burger & Taco Tampil Dengan Menu Kombo Iftar Eksklusif [Review]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



