Now Reading
Bufet Moreh Me’nate Steak Hub RM25.90, Berbaloi Ke? [Review]

Bufet Moreh Me’nate Steak Hub RM25.90, Berbaloi Ke? [Review]

Bufet Moreh Santai dari Me’nate Steak Hub ini tersedia di semua cawangan kecuali di Sunway Putra Mall dan The Curve.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila menjelangnya bulan Ramadan, sudah tentu ramai di antara kita mula ‘survey’ pakej istimewa yang ditawarkan di premis makanan. Bukan itu sahaja, banyak juga hotel serta restoran yang menyajikan bufet iftar dengan harga berpatutan.

Selalunya, anda dengar bufet berbuka puasa. Tetapi kalau anda nak tahu, ada juga lokasi yang menghidangkan bufet moreh khusus buat mereka yang mahu mengalas perut selepas selesai mengerjakan solat tarawih.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Nak Berbuka Mana? Serai Saji ‘Warisan Dulang’ Special Untuk Ramadan Ini [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Menu Cahaya Ramadan Di Seoul Garden Bawa Kelainan Dengan Japchae, Mantau & Banyak Lagi [Review]

Baru-baru ini, team TRP telah mengunjungi restoran Me’nate Steak Hub🔥untuk reviu sendiri juadah-juadah yang disediakan buat para pelanggan. Sama ada restoran ini mempunyai kelainan daripada bufet moreh yang lain.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Me’Nate Steak Hub Tawar Banyak Juadah Dengan Harga RM25.90 Sahaja

Sekadar info, harga bufet moreh bagi 1 pax dewasa adalah sebanyak RM25.90 manakala untuk kanak-kanak adalah RM12.90.

Menurut staf di sana, mereka mempunyai dua set menu berlainan. Menu pula akan ditukar selang setiap hari. Antara makanan dan minuman yang disajikan sewaktu kami bermoreh di situ adalah:

  • Assorted Nyoya (aneka kuih muih)
  • Assorted Cut Cake (potongan kek)
  • Miniature Fruit Jelly
  • Miniature Creme Caramel
  • Potongan buah
  • Colek-colek
  • Miniature Pizza (peperoni dan cheese)
  • Pani Puri Spiced Minced Chicken
  • Garlic Toast
  • Cream of Mushroom Soup
  • Chicken Pinwheel Shawarma
  • Macaroni Carbonara
  • Nyonya Kari Mee
  • Croque Masseur
  • Steamed Chocolate Cake
  • Serawa Durian with Mini Fried Mantao
  • Teh tarik panas
  • Ais jagung
Sumber: Nur Hazwani/TRP
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Apabila dengar sahaja Me’nate Steak Hub, mungkin ada di antara anda yang mengharapkan mereka menyajikan juadah daging. Bagaimanapun moreh ini tidak termasuk dengan hidangan daging.

Pun begitu, anda boleh memesan hidangan steak secara ala-carte untuk dijamah bersama bufet moreh ini.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara Makanan Yang Sempat Kami Rasa

Untuk Miniature Creme Caramel, teksturnya adalah sangat lembut dan tidak muak apabila dimakan. Sesuai buat anda yang tidak sukakan makanan yang terlampau manis. Gula perang pun just nice dan tidak pahit.

Beralih kepada menu seterusnya iaitu Assorted Cut Cake, perisa kek yang paling kami suka adalah Red Velvet diikuti dengan kek keladi dan lemon. Namun ia tidak begitu moist, tetapi lebih kepada sponge kek biasa yang anda boleh dapatkan di tempat lain.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Colek-colek yang dihidangkan sangat sedap dan kena dengan selera kami. Tetapi ia lebih enak jika anda gabungkan dengan sos special mereka yang mempunyai ketumbar dan sedikit cili. Tidaklah begitu pedas, tapi jangan ambil macam kuah banjir pula ya.

Tidak ada yang begitu ‘wow’ untuk Miniature Pizza kerana ia sama seperti piza-piza lain yang anda selalu makan. Tetapi yang bagusnya, piza ini dipotong dengan saiz kecil. Jadi mudah untuk anda ‘sumbat’ makanan lain di sana.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Hidangan sampingan lain yang berasaskan roti menjadi salah satu ‘star’ semasa moreh tersebut iaitu Chicken Pinwheel Shawarma dan Croque Masseur. Shawarma itu mempunyai isi ayam yang juicy di bahagian dalamnya, salad dan sedikit calitan sos dipercayai cheese di atas balutan. Gabungan rasa memang sebati.

Manakala Croque Masseur adalah sejenis roti yang mempunyai daging ayam di bahagian dalam dan cheese bakar pada atasnya. Lebih menambat hati apabila ia turut disediakan dengan sos cicah cendawan. Nak makan 2-3 keping pun tak muak.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Kami juga sempat merasa Nyonya Kari Mee, namun ia sedikit menghampakan. Rasa bahan-bahan lain seperti bawang sudah ada, tapi rasa kari yang sedikit hilang.

Senang cerita tidak begitu kick. Kuahnya pula agak pekat daripada kebiasaan membuatkan hidangan mi itu sukar untuk dihabiskan dalam sekali makan. Kuah berkenaan dalam masa sama cepat meresap ke dalam mi.

Yang terakhir iaitu Macaroni Carbonara. Hidangan ini disertakan sekali dengan hirisan cendawan butang. Kepada mereka yang tidak suka cendawan, mungkin anda kurang gemar dengan hidangan ini.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Rating ⭐⭐⭐:

  • Croque Masseur: 9/10
  • Miniature Creme Caramel: 8/10
  • Colek-colek: 8/10
  • Chicken Pinwheel Shawarma: 7/10
  • Assorted Cut Cake: 6/10
  • Miniature Pizza: 5/10
  • Macaroni Carbonara: 5/10
  • Nyonya Kari Mee: 2/10 (hmmm)

NOTA KAKI: Semasa sesi moreh ini, pihak Me’nate Steak Hub juga tampil dengan Live Pasta Cooking di mana anda boleh lihat cef masak pasta di depan mata.

Namun anda perlu tiba di sana jam 9.30 kerana show itu hanya dilakukan sekali sahaja berkemungkinan mengikut jumlah pelanggan yang ada pada hari tersebut. Jangan datang lambat!

  • Alamat: 157, Jalan S2 B15, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan atau di cawangan lain (kecuali Sunway Putra Mall dan The Curve).
  • Waktu operasi bufet moreh: 9.30PM – 12AM

Baca Artikel Berkaitan: Birkin International Hotel Saji Bufet Ramadan Ala Masakan Kampung, Siap Ada Durian ‘Free-flow

Baca Artikel Berkaitan: Nirwana Caterer & Deco Tawar Bufet Ramadan Ala Kenduri Kahwin, Saji Lauk Kampung & Menu Istimewa [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Burger & Taco Tampil Dengan Menu Kombo Iftar Eksklusif [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd