Now Reading
Burger & Taco Tampil Dengan Menu Kombo Iftar Eksklusif [Review]

Burger & Taco Tampil Dengan Menu Kombo Iftar Eksklusif [Review]

Kombo Iftar Burger & Taco ini hanya tersedia untuk dine-in, bermula dari jam 5 petang hingga waktu tutup sepanjang bulan Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bulan Ramadan 2025 sudahpun memasuki minggu ke-2. Pejam celik, pejam celik— cepat sungguh masa berlalu. Dan Ramadan tahun ini tidak dinafikan, begitu pantas.

Malah, menu berbuka puasa pun semakin banyak ditawarkan di setiap kedai makan. Sampai tak tahu nak makan apa. 🫤

Burger & Taco Tawar Kombo Iftar Eksklusif

Pada bulan Ramadan ini, Burger & Taco menawarkan Kombo Iftar terhad direka khas untuk memberikan hidangan Iftar yang memuaskan dan penuh rasa untuk dinikmati bersama keluarga dan yang tersayang.

Dengan dua pilihan kombo tersedia, pelanggan kini boleh menikmati hidangan yang besar sambil berjimat sehingga RM17!

#1: Kombo Iftar 1 (2 – 3 pax) RM63.90
• 2 Burger
• 2 Taco
• Kentang Goreng
• 3 Minuman Pilihan

#2: Kombo Iftar 2 (3 – 4 pax) RM88.90
• Burrito
• 2 Taco
• 1 Burger
• Onion Rings
• Kentang Goreng
• Quesadilla
• 4 Minuman Pilihan

Burger & Taco menyediakan kombo-kombo ini untuk menjadikan pengalaman iftar lebih lazat dan mudah untuk pelanggan mereka. Dah tak perlu nak pening-pening fikir nak order apa, pilih je kombo yang ada.

Kalau tak cukup, boleh add-on atau tambah kombo yang lebih kecil. Kan boleh makan sampai moreh dan sahur. Jimat pun jimat. ☺️

Oh! Kombo Iftar ini hanya tersedia untuk dine-in, bermula dari jam 5 petang hingga waktu tutup sepanjang bulan Ramadan.


TRP dah cuba, nak tahu review ikhlas kami?

Pihak Burger & Taco telah menghantarkan kepada kami pilihan menu yang ada iaitu Kombo 2 (3-4 pax).

Oleh kerana kekangan masa, kami tidak boleh menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Burger & Taco— jadi team mereka dengan bermurah hati telah menghantarkan makanan untuk iftar kami.

Apa yang kami cuba?

  • Beef Burger: “Match Made In Heaven”
  • Chicken Burger: Volcano
Chicken Burger: Volcano
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Beef Burger: “Match Made In Heaven”
(Sumber: Siti Murni/TRP)

The Taste Test.

Kedua-dua burger ini sememangnya sangat juicy. Meskipun ia dihantar daripada cawangan Burger & Taco di Pavilion Bukit Jalil sehingga ke Bukit Jelutong, Shah Alam— kedua-duanya masih kelihatan “presentable” dan seolah-olah seperti dihidangkan ketika dine-in.

Apa yang lebih menarik, daging yang digunakan adalah 100% diimport daripada New Zealand dan Australia. Patutlah rasa dia padu semacam. Makan satu pun dah kenyang teramat. Yang penting, menu yang dihidangkan memang FRESH.

Untuk menu Taco pula, oleh disebabkan kami tidak dine-in di restoran, ia diletakkan secara berasingan untuk mengelakkan hidangan ini menjadi lemau (soggy). Tapi bila makan walaupun sudah dua jam, masih crunchy dan sedap. Serius.

Mungkin itu rahsia / tips untuk tapau menu Taco. Asingkan dulu semua inti-inti di dalamnya itu.

Oh! Dan yang menjadi ‘highlight’ sekali tentunya Quesadilla! Tex-Mex yang cheesy tetapi dengan rasa yang sangat seimbang. Tak muak sangat, tapi kalau makan terlalu banyak mungkin akan membuatkan rasa jelak dan tak boleh habis.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Overall, kami suka setiap hidangan yang dalam Kombo 2 Burger & Taco. Mungkin nak lebih “ummmph” kalau makan di sana. Korang kena cuba sendiri! Memang worth every penny. 🫡

Burger & Taco

📍Pavilion Bukit Jalil: 10AM – 10PM
📍Tamarind Square Cyberjaya: 12PM – 9PM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd