Now Reading
Tak Tahu Nak Berbuka Mana? Serai Saji ‘Warisan Dulang’ Special Untuk Ramadan Ini [Review]

Tak Tahu Nak Berbuka Mana? Serai Saji ‘Warisan Dulang’ Special Untuk Ramadan Ini [Review]

Warisan Dulang tersebut turut dihidangkan bersama Nasi Terengganu Telur, Ayam Masak Merah Diraja dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sudah tiba musim Ramadan, pasti ramai di kalangan kita akan ‘hunting’ tempat-tempat makan menarik untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain.

Buat mereka yang tidak ada idea, kami baru-baru ini telah membuat reviu berbuka puasa di restoran Serai terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Untuk pembuka selera, Serai menyajikan pelbagai makanan yang boleh menambat hati pelanggannya seperti:

  • Daging gril dan sate ayam bersama sos kacang
  • Fries keledek

Keseluruhannya, kami sangat sukakan fries itu kerana ia rangup dan cukup dengan perisa. Tambah pula bila dimakan dengan sos sambal di sebelahnya. Nampak macam pedas, tetapi tidak dan ia juga sesuai buat kanak-kanak.

Daging gril dan sate ayam itu juga sangat lembut. Sama seperti sambal tersebut, sos kacang ini turut mempuyai sentuhan pedas ‘manja’ dan tidak begitu kick.

Beralih pula kepada hidangan utama, kami berkesempatan merasai pelbagai jenis hidangan seperti:

  • Sotong salted egg
  • Chicken Mango
  • Siakap steam limau
  • Udang kari massaman
  • Terung rangup
  • Kailan soy sauce
  • Nasi Jasmin
Sumber: Nur Hazwani/TRP
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Bagi pendapat kami, antara menu utama yang mencuri perhatian adalah udang kari massaman. Tidak pedas sama sekali, dan kuahnya cukup pekat. Memang sesuai di makan dengan nasi beraroma itu. Senang cerita, semuanya cukup rasa.

Difahamkan, hidangan terung goreng rangup itu juga adalah kegemaran pelanggan-pelanggan setia di sana.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Minuman pun tiada kurangnya. Untuk mereka yang tidak berapa suka manis, teh ais serai ni memang patut anda cuba. Rasanya tidaklah begitu pelik, lebih kepada rasa resfreshing dan juga ada hint masam di akhirnya.

Memang sesuai nak bilas mulut dengan minuman tersebut selepas menjamah hidangan-hidangan yang agak berat.

Bagi pencuci mulut pula, anda boleh dapatkan kuih muih seperti kuih seri muka, kuih koci dan juga durian pancake. Apabila jamah durian pancake itu, memang ia terus cair di mulut. Ala-ala durian crepe tetapi lebih pekat isinya.

Mungkin seorang satu atau dua ulas pun sudah mencukupi. Kalau terlebih mungkin rasa sedikit muak.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Dulang Warisan

Bersempena dengan Ramadan ini, Serai juga menawarkan hidangan istimewa mereka yang dipanggil sebagai Dulang Warisan. Memang besar betul ya.

Walaupun ia adalah untuk 2 pax, tetapi kami berpendapat ia sesuai dan ‘just nice’ untuk tiga orang makan. Apa yang anda akan dapat dalam dulang tersebut adalah:

  • Nasi Terengganu Telur
  • Kerutup Lamb Shank
  • Ayam Masak Merah Diraja
  • Udang Tepung Madu
  • Deep Fried Tauhu with Siamese Sauce dan Kerabu Mangga
Sumber: Fernando/TRP

Buat peminat lamb shank, Dulang Warisan ini pasti menambat hati anda. Ianya sangat juicy dan lembut. Tidak liat langsung. Udangnya pula rangup dan segar.

Ulam kerabu mangga yang segar itu pula bantu menghilangkan rasa muak daripada lemak kambing. Jadi semua rasanya balance sahaja dalam mulut.

Harga bagi satu set hidangan tersebut adalah RM138. Berbaloi ke? Ya sangat berbaloi dengan harganya.

  • Alamat: Lot 7.01.04, 168, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur (Tingkat 7, Dining Loft)
  • Waktu operasi: Setiap hari (11am- 10pm)

Bukan sahaja Dulang Warisan, Serai Group turut memperkenalkan empat lagi menu sempena Ramadan dan juga menu istimewa khas untuk hujung minggu di Jibby East Grill.

Untuk membuat tempahan awal, anda boleh hubungi 010-4225 516 atau 012-6360 361 atau menghantar pesanan mesej di laman Instagram mereka [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Chinta by Chinoz Bawa Set Hidangan Ramadan Dengan Menu Klasik Di Jalan Kemuja, Bangsar!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kisah Di Sebalik Perniagaan Serai Group, Cawangan Pertama Di UK Dihadiri Tunku Azizah

Baca Artikel Berkaitan: Menu Cahaya Ramadan Di Seoul Garden Bawa Kelainan Dengan Japchae, Mantau & Banyak Lagi [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd