Now Reading
Menu Cahaya Ramadan Di Seoul Garden Bawa Kelainan Dengan Japchae, Mantau & Banyak Lagi [Review]

Menu Cahaya Ramadan Di Seoul Garden Bawa Kelainan Dengan Japchae, Mantau & Banyak Lagi [Review]

Bersempena bulan Ramadan, Seoul Garden memperkenalkan menu Cahaya Ramadan dengan hidangan bermusim ‘limited time’ bagi menggantikan menu bufet biasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat peminat makanan ‘grill’ dan ‘hotpot’ Korea, Seoul Garden pasti menjadi salah satu restoran yang wajib dikunjungi, tidak terkecuali juga ketika bulan berpuasa.

Pada Rabu (26 Februari) lalu, team TRP berkesempatan memenuhi jemputan bagi merasai sendiri menu ikonik di Seoul Garden di samping memperkenalkan menu Ramadan-Raya.

Seoul Garden Kongsi Cadangan Masa Memanggang Setiap Protein

Bagi mereka yang biasa ke Seoul Garden, mesti tahu terdapat tiga tier yang ditawarkan iaitu Basic, Premium dan Superior dengan item berbeza.

Ketika kunjungan ke sana tempoh hari, kami boleh memilih daripada menu Superior yang merangkumi pelbagai protein termasuk:

  • Sliced Beef Striploin
  • Sliced Beef Short Plate
  • Sliced Lamb Leg
  • Beef Short Ribs
  • Whole Squid
  • Tiger Prawn
  • Salmon Slices

Kami telah mencuba kesemua jenis protein tersebut dan semuanya terasa segar. Makanan laut pun tak berbau dan sedap apabila dipanggang mengikut masa yang dicadangkan dalam risalah Seoul Garden, tak ‘overcooked’.

Dengan hirisan daging dan kambing yang nipis, korang hanya perlu memasaknya sekejap sahaja. Ada juga yang diperap bersama teriyaki atau kopi, tapi kami memilih yang kosong sahaja untuk rasa yang ‘pure’.

Kalau korang penggemar salmon mentah, cukup sekadar memasaknya selama 1 minit 30 saat pada setiap bahagian. Rasanya tak jauh beza dengan fresh salmon!

Selain itu, terdapat juga hidangan sampingan yang disediakan seperti Mac n Cheese, ayam goreng, dori ‘sweet and sour’, malah kepala salmon goreng pun ada!

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Sayur-Sayuran Di Seoul Garden Semuanya Segar

Bagi penggemar sayur-sayuran, kunjungan ke Seoul Garden pasti tidak mengecewakan. Dari salad, leek, cendawan, lobak putih dan capsicum semuanya segar belaka. Tak ada satu pun sayuran yang kelihatan layu ketika kami ke sana.

Dalam restoren berkonsep Korea ini, mestilah ada kimchi juga. Rasanya tidak terlalu masam mahupun pedas, dan ‘kena’ dengan tekak rakyat Malaysia.

Sayur kobis dalam kimchi itu yang rangup juga memberi tekstur yang menarik jika dimakan bersama hidangan lain.

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Sup Ginseng Abalone & Milky Seafood Terasa Unik!

Di Seoul Garden, terdapat empat jenis sup yang ditawarkan bagi hotpot. Kami telah memilih sup Ginseng Abalone dan Milky Seafood sebab macam lebih unik dan lain dari yang lain berbanding sup Kimchi dan Chicken.

Hirupan pertama Milky Seafood memang menyelerakan! Tak terasa hanyir langsung. Bila ditambahkan ayam dan sayur-sayuran di dalam sup itu lagi sedap rasanya. Kalau korang bukan peminat makanan laut pun mesti akan suka sup ni.

Bagi sup Ginseng Abalone pula, bila sebut je ginseng mesti korang bayangkan rasa yang kelat kan?

Tapi sup ginseng yang dihidangkan di Seoul Garden ini ‘light’ je dan tak terlalu kuat rasa herbanya. Rasanya pula memang lebih ‘sihat’ berbanding sup lain.

Terdapat juga bebola dan tauhu yang boleh ditambah ke dalam sup. (Sumber gambar: Sharifah/ TRP)

Boleh DIY Sos Ikut Cita Rasa Sendiri Di Seoul Garden

Bila makan hotpot dan grill, tak lengkaplah kalau tak cicah dengan sos kan? Ada macam-macam sos yang korang boleh pilih di Seoul Garden macam Korean Chili Sauce, Green Sauce dan Sesame Mayo.

Tapi kami telah buat DIY Sauce sendiri seperti yang dicadangkan. Hanya perlu campurkan bawang putih cincang, cili cincang, sesame mayo, chili oil dan kacang hancur. ‘Adjust’ je kuantiti setiap bahan ikut citarasa korang.

Rasa sos DIY ni creamy dan pedas. Memang sedap bila dimakan bersama protein yang dipanggang tadi. Orang kata, dapat potong rasa jelak tu. Terliur pula bila teringat semula 🤤

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Makan Gaya Orang Korea: Bungkus Protein Bersama Kimchi Di Dalam Salad

Kami juga sempat cuba makan grill dengan gaya orang Korea. Alang-alang kat ‘Seoul’ kan, kenalah cuba. Makanan yang telah dipanggang dibalut di dalam salad sebelum ditambah kimchi, mi dan sos.

Memang kombinasi yang sempurna bila makanan panas-panas dicampur pula dengan kimchi dan salad yang fresh dan sejuk.

Satu lagi benda yang best, Seoul Garden pun ada menu keju parut tau. Masa panggang daging atau kambing, boleh taburkan keju di atasnya. Terus jadi cheese leleh macam makan burger!

Sumber gambar: Sharifah/ TRP

Seoul Garden Perkenalkan Menu Baharu Sempena Ramadan

Kini, Seoul Garden telah memperkenalkan menu Cahaya Ramadan dengan hidangan bermusim ‘limited time’ bagi menggantikan menu bufet biasa sepanjang bulan Ramadan.

Sedap betul kalau tengok senarai hidangan yang ditawarkan antaranya:

  • Ayam Masak Merah
  • Kari Kepala Salmon/ Kari Ayam
  • Ayam Goreng (Soy Garlic/ Honey Butter/ Korean/ Berempah)
  • Tauhu Sumbat
  • Mee Goreng
  • Japchae
  • Mantau Goreng
  • Nasi Goreng Korea
  • Buttermilk Ayam/ Kepah
  • Bandung/ Sirap Selasih

Selain itu, ada juga pelbagai puding dan buah-buahan yang sesuai dijamu bagi berbuka puasa.

Harga bagi bufet Ramadan ini berbeza bagi setiap cawangan dan bergantung kepada tier yang dipilih. Tapi apapun memang berbaloi makan di Seoul Garden dengan hidangan ‘unlimited’ yang korang boleh pilih.

Nak berbuka dengan Seoul Garden pun tak perlu risau tentang bab solat sebab rata-ratanya terletak di dalam pusat beli-belah yang pasti ada menyediakan surau. Dan yang paling penting, ada sijil halal JAKIM ya.

Untuk menempah, boleh klik [DI SINI]. Bagi pertanyaan lanjut, boleh terus ke laman web, Instagram atau Facebook Seoul Garden.

Baca Artikel Berkaitan: Restoran 17 Hills Perkenal ‘Humble Ramadan Buffet’, Khas Buat Anda Yang Suka Menu Simple

Baca Artikel Berkaitan: Chinta by Chinoz Bawa Set Hidangan Ramadan Dengan Menu Klasik Di Jalan Kemuja, Bangsar!

Baca Artikel Berkaitan: The RuMa Hotel Perkenal Bufet Ramadan 2025 Dengan Sentuhan Rasa Tradisi Istimewa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd