Now Reading
Marrybrown Rai Ramadan Dengan Menu Istimewa ‘Riang Ramadan Raya’

Marrybrown Rai Ramadan Dengan Menu Istimewa ‘Riang Ramadan Raya’

Citarasa yang dekat di hati, kini di Marrybrown.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Marrybrown teruja untuk menyambut bulan Ramadan dengan mengembalikan menu istimewa ’Riang Ramadan Raya’ yang akan tersedia di seluruh negara untuk tempoh terhad.

Marrybrown Perkenal Sambal Ayam Penyet Istimewa!

Untuk Ramadan kali ini, Marrybrown menampilkan pelbagai hidangan khas sempena meraikan Ramadan dengan Sambal Ayam Penyet istimewa sebagai tarikan hidangan utama.

“Di bulan Ramadan, ramai yang menginginkan hidangan pedas dan berperisa untuk juadah berbuka. Kami telah mencipta Sambal Ayam Penyet istimewa ini untuk memenuhi cita rasa tersebut selain menghidangkan makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan bagi mereka yang berpuasa,” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.

Untuk penggemar makanan pedas, item menu ’Riang Ramadan Raya’ yang menyelerakan ini boleh dijadikan pilihan:

  • Kombo Nasi Ayam Penyet: Menampilkan ayam goreng Marrybrown® dengan Sambal Ayam Penyet, dilengkapi dengan Kriuk-kriuk dan tempe, dihidangkan dengan Fanta® Strawberi (saiz biasa).
  • Kombo Ayam Penyet Burger: Menampilkan Ayam Penyet Marrybrown® dan roti burger lembut dan gebu berwarna coklat/hijau, dihidangkan dengan Fanta® Strawberi (saiz biasa).
  • Pai Strawberi Kastard: Pastri lazat dengan kerak keemasan dengan isi strawberi dan kastard.
  • Ayam Penyet Box Meal: Hidangan lengkap yang menampilkan Burger Ayam Penyet, 1-pc Ayam Penyet, Kentang Goreng (saiz biasa), dan Fanta® Strawberi (saiz biasa).
  • MB Meriah Bucket: Menampilkan Ayam Goreng MB® dalam set 6, 9 atau 12 ketul, dilengkapi dengan Pai Stawberi Kastard, Cheesy Wedges, dan Fanta® Strawberi.

Pra-Pesanan Untuk Dine-In di Marrybrown

Untuk Ramadan ini, Marrybrown® memperkenalkan ‘Buka Puasa di Marrybrown’, perkhidmatan tempahan pra-pesanan. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan mengelakkan kesesakan waktu puncak dan merancang sesi berbuka dengan lebih mudah dan efisien.

“Sebagai jenama tempatan yang telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia selama bertahun-tahun berkomitmen untuk terus menyampaikan hidangan ‘Memang Best’ yang dapat menyatukan masyarakat.

“Dengan menu Riang Ramadan Raya dan perkhidmatan pra-tempahan ini, kami berharap dapat mempermudahkan urusan berbuka puasa bagi komuniti Islam di negara ini,” tambah Daniel Chan. 

Marrybrown kini menyajikan lebih 600 lokasi di 16 buah negara sambil mengekalkan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan, dan nilai tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna. 

[Marrybrown Riang Ramadan Raya]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd