Now Reading
Restoran 17 Hills Perkenal ‘Humble Ramadan Buffet’, Khas Buat Anda Yang Suka Menu Simple

Restoran 17 Hills Perkenal ‘Humble Ramadan Buffet’, Khas Buat Anda Yang Suka Menu Simple

17 Hills Restaurant adalah sebuah restoran yang disahkan halal, menggabungkan masakan Itali dan Barat terbaik dengan pengaruh Asia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan kedatangan bulan Ramadan, kegembiraan untuk berbuka puasa sudah dapat dirasai. Semestinya ahli keluarga dan sahabat handai akan berkumpul untuk menyambut bulan penuh berkat ini, sambil merancang hidangan iftar bersama orang tersayang.

Khas Buat Anda Yang Ingin Menu Ramadan Sederhana

Bagi mereka yang ingin menghindari bufet mewah dan mungkin agak mahal serta lebih gemar hidangan sederhana namun tetap menyelerakan, Restoran 17 Hills di Petaling Jaya dengan sukacitanya memperkenalkan ‘Humble Ramadhan Buffet’ atau Bufet Ramadan Sederhana yang dinamakan bersesuaian menunya.

Sumber: 17 Hills.

Dengan harga serendah RM68 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (kanak-kanak di bawah 5 tahun makan percuma), restoran ini menjanjikan menu bufet yang berbaloi dan ‘sederhana’.

Terdapat juga promosi istimewa early bird untuk tempahan yang dibuat sebelum 2 Mac pada harga RM55 setiap dewasa dengan kanak-kanak di bawah 12 tahun pada harga RM25 setiap kanak-kanak.

Namun, tempahan ‘early bird’ ini perlu dibuat sebelum 2 Mac 2025.

Tempahan yang dibuat selepas 2 Mac 2025 akan dikenakan harga biasa sebanyak RM68 net setiap dewasa, dan RM35 setiap kanak-kanak.

“Kami akan mengubah menu secara berkala, tetapi setiap hari akan memaparkan 10 hidangan berbeza tidak termasuk nasi putih dan beberapa kuih-muih,” kata Raja Iskandar Raja Muktharuddin, pemilik bersama restoran tersebut.

Menu Menu Ramadan Buffet oleh 17 Hills:

#1. Western.

  • Spaghetti Bolognese 
  • Seafood Aglio Olio 
  • Grilled Lamb Shoulder
  • Chicken Wing 
  • Pizza Daviola
  • Baked Potatoes
  • Sautee Vegetable

#2. Lokal.

  • Nasi Putih
  • Daging Masak Hitam
  • Sup Tulang 
  • Ayam Masak Merah
  • Masak Lemak Daging Salai
  • Rendang Ayam
  • Ulam – Ulaman
Untuk menu pencuci mulut, 17 Hills menawarkan Bubur Pulut Hitam dan juga aneka kuih-muih yang boleh dipilih.

Dan buat anda yang ingin menunaikan solat fardu Maghrib, jangan risau sebab 17 Hills ada menyediakan ruangan solat buat para pelanggan.


17 Hills, Petaling Jaya

17 Hills Restaurant adalah sebuah restoran yang disahkan halal, menggabungkan masakan Itali dan Barat terbaik dengan pengaruh Asia. Restoran ini menawarkan pengalaman makan unik dengan hidangan sesuai untuk pelbagai selera, dari daging panggang hingga pasta, dan hidangan nasi seperti nasi goreng kambing yang terkenal. 

Makanan mereka disediakan dengan bahan-bahan segar, dan menu direka untuk memenuhi keinginan penggemar makanan lazat dan berkonsep gourmet. Suasana di 17 Hills agak santai- menggabungkan hiasan moden dengan elemen tradisional.

  • Lokasi: 22, Jalan 17/54, Seksyen 17, Petaling Jaya Selangor.
  • Waktu Operasi: 12pm hingga 10pm.
  • Hari: Selasa hingga Ahad (Tutup Isnin).

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd