Now Reading
The RuMa Hotel Perkenal Bufet Ramadan 2025 Dengan Sentuhan Rasa Tradisi Istimewa

The RuMa Hotel Perkenal Bufet Ramadan 2025 Dengan Sentuhan Rasa Tradisi Istimewa

Raikan bulan Ramadan penuh makna ini dengan momen bersama yang tercinta, makanan tradisi yang istimewa, dan hidangan yang penuh keunikan cita rasa asli Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kuala Lumpur, 15 Januari 2025 – Bersempena dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, The Ruma Hotel and Residences ingin menjemput anda semua merasai bufet istimewa baharu, Sajian Warisan.

Bukan sekadar sajian bufet biasa, bufet ini menitikberatkan sensasi masakan tradisional Malaysia dengan sentuhan baru.

Tersedia seawal 3 hingga 27 Mac 2025, ruang tenang SANTAI Pool & Lounge akan diubah menjadi ruang santapan yang memikat hati, hadir dengan hidangan tradisional yang asli diinspirasikan daripada resepi turun temurun.

Sajian Warisan juga bukan hanya sekadar juadah berbuka, ia juga merupakan satu penghormatan terhadap legasi dan warisan kulinari Malaysia. Dengan kecekapan pasukan kulinari The RuMa yang sangat berbakat, penyediaan bufet berkonsepkan gabungan hidangan klasik yang sukar ditemui ini dijamin rapi dan teliti.

Sensasi Hidangan Istimewa Disediakan Oleh Chef Handal

Pelbagai jenis hidangan tradisional hanya akan disediakan oleh cef berpengalaman. Chef Suhaimi, seorang yang pakar dalam menyediakan laksa, juga berpengalaman menyediakan lima jenis laksa dijamin dapat memenuhi selera Semenanjung hingga Sabah Sarawak.

Tidak lupa pada warga pantai timur, dibawa khas kepada anda, Chef Affiq. Seorang yang mahir dalam pembikinan Nasi Air Kelantan, satu hidangan tradisional yang susah didapati di mana-mana. Dijamin memberi rasa yang dapat mengimbau kembali kenangan di kampung halaman bersama-sama keluarga.

Setiap hidangan akan diberikan cita rasa moden, namun sentuhan rasa klasik dan asli akan dikekalkan. Sensasi berbuka puasa yang dapat mengamit kenangan dan memberikan satu pengalaman unik yang baharu dalam kulinari Malaysia pasti buat anda semua teruja.

Sumber: The RuMa Hotel And Residences

Tarikan Istimewa Sajian Warisan Di The RuMa Hotel

  • Stesen Laksa – Rasai kekayaan cita rasa laksa di Malaysia dengan lima variasi yang berbeza.
  • Nasi Air Kelantan – Dihidangkan dalam periuk tanah liat, kaya dengan rasa yang tersendiri.
  • Stesen Kawah – Nikmati hidangan kegemaran yang dimasak perlahan seperti Gulai Kawah dan Patin Tempoyak, disediakan dalam periuk kawah tradisional.
  • Stesen Langsung – Hidangan klasik yang disediakan segar seperti satay, ikan bakar, roti john, murtabak, pasembur, ABC, dan cendol.

Bufet ini tersedia di kawasan bersuasana tenang di Santai Pool & Lounge, sebuah ‘oasis’ di tengah bandar Kuala Lumpur.

Sumber: The RuMa Hotel And Residences

Bufet Sajian Warisan akan berlangsung dari 3 hingga 27 Mac, setiap hari dari 6:30 petang hingga 10:00 malam pada harga RM238 nett seorang. Tempahan awal yang dibuat antara 17 Januari hingga 7 Mac layak menerima diskaun 20% menerusi promosi ‘Early Bird’.

Kepada pelanggan yang inginkan privasi ketika sesi berbuka puasa, The RuMa turut menyediakan hidangan berkonsep semi-buffet dan hidang-style di Bilik I dan Bilik II, ruang yang lebih sesuai untuk suasana tertutup.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan mengenai Bufet Sajian Warisan, sila WhatsApp atau hubungi +603 2778 0614.

Bagi anda yang inginkan majlis berbuka puasa di Bilik I dan II, sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel ke rumasales@theruma.com.

Pengalaman Berbuka & Percutian Mewah di The RuMa Hotel

Pakej ini termasuk:

  • Bufet Sajian Warisan untuk dua orang.
  • Pilihan sarapan di ATAS atau sahur dalam bilik.
  • Minibar percuma, ditambah semula untuk penginapan dua malam atau lebih.
  • Akses 24 jam ke pusat kecergasan, Wi-Fi terbaik, tempat letak kereta percuma, dan panggilan tempatan percuma.
Sumber: The RuMa Hotel And Residences
Sumber: The RuMa Hotel And Residences

[The RuMa Hotel Kuala Lumpur]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd