Kenny Rogers Roasters Perkenal ‘All You Can Eat Buffet’ Dengan Harga RM29.90 Sahaja!
Murah, oi!


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi. Lokasi untuk tarawih, berbuka, dan moreh pun sudah menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, semangat untuk memasuki bulan puasa ini sememangnya lain daripada yang lain.
Tapi jangan overspent dalam hal makanan.
Ambil masa ini untuk mengumpul segala pahala yang boleh, dan berpada-pada ketika berbuka puasa untuk mengawal nafsu dan juga boleh mengawal perbelanjaan juga dalam masa yang sama.
Orang putih kata, “Kill two birds with one stone”.

Kalau Nak Save Duit, Boleh Buka Puasa di Kenny Rogers Roasters (KRR) Sebab…
Kenny Rogers Roasters (KRR) baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan kempen Ramadan iaitu Kenny Rogers Roasters Makan Kaw-Kaw (All You Can Eat Buffet pada RM29.90 bermula 24 Februari sehingga 31 Mac 2025 sahaja.
Makanan yang bakal dihidangkan sangat banyak. Macam bufet sebenar, dan boleh tambah banyak kali. Tapi ikut kapasiti perut masing-masing.
Jangan dah kenyang, sumbat lagi.
Kenny Rogers ROASTERS Makan Kaw-Kaw: All You Can Eat Buffet
Anda boleh menikmati isian semula (refill) tanpa had untuk ayam panggang, hidangan sampingan, mufin, dan minuman Rosy Selasih selama 60 minit dengan hanya RM29.90 seorang! 🍗
Oh! Perlu diingatkan juga, tawaran khas ini hanya untuk pelanggan makan di restoran, dan tidak boleh dikongsi. Masa 60 minit bermula sebaik sahaja hidangan pertama sampai ke meja. Contoh kalau korang sampai 8pm dan makanan sampai 8:10pm, masa akan mula dikira bermula 8:10pm sehingga 9:10pm.
Sebarang isian semula selepas tempoh ini akan dikenakan harga biasa.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
NOTA KAKI: Isian semula hanya diberikan selepas hidangan sebelumnya habis bagi mengurangkan pembaziran makanan.
Worth It, atau Tidak?
Team TRP baru-baru ini telah pergi sendiri untuk menikmati hidangan Kenny Rogers Roasters Makan Kaw-Kaw ini bertempat di One Utama, Petaling Jaya. Tapi memang terkejut juga penuh satu meja dengan makanan. Disebabkan team kami hanya berdua, jadinya dua (2) hidangan utama diberikan dan juga kesemua sides.
Muffin favourite korang pun ada, jangan risau!

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Tapi honestly, bagi kami dalam masa 60 minit itu memang perut tak akan boleh sumbat banyak sangat. Dah habis satu hidangan utama dan sides, nak tambah lagi pun kena fikir 100 kali. (Ok, itu over).
Tapi kalau betul-betul tengah lapar, mungkin lain ceritanya.
Apa pun, jangan paksa dan sumbat juga makanan dalam perut walaupun dah kenyang okay. Lain jadinya nanti.

Jadi, kalau anda berminat nak cuba, tunggu 24 Februari ini okay!
Untuk maklumat lanjut boleh klik terus Instagram @KRRMalaysia, Facebook @KennyRogersROASTERSMalaysia, dan TikTok @KRRMalaysia.
Jom makan puas-puas! 😋
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.