Sushiro Buka Cawangan Pertama Di Malaysia Bertempat Di Suria KLCC, Jom!
Restoran Sushiro pertama di Malaysia bertempat di Suria KLCC ini menjadi cawangan ke-200 buat restoran terkenal Jepun itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun dikelilingi dengan hidangan seperti Nasi Lemak, Nasi Kandar, Lontong dan Roti Canai, tetapi ia tidak menjadi penghalang buat rakyat Malaysia untuk mencuba makanan unik dari negara lain.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Ibu Berpantang Tak Boleh Makan Sushi? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Penjual Sushi Sedekah Pesanan Makanan, Pulangkan Duit Semula Sebab Terlewat Delivery
Bagi mereka yang suka sangat dengan hidangan sushi, ada satu berita gembira untuk anda semua!
Nak tahu tak, restoran sushi yang cukup popular di Jepun iaitu Sushiro kini bakal membuka cawangan pertama mereka di Malaysia yang bertempat di Suria KLCC.
Sushiro Di KLCC Jadi Cawangan Ke-200 Mereka Di Seluruh Dunia
Sebagai info, Sushiro merupakan restoran sushi yang menjadi juara di Jepun bagi kategori penjualan sushi di Jepun.
Diasaskan pada tahun 1984, Sushiro kini mempunyai 800 cawangan seluruh Asia termasuklah 655 lokasi di Jepun sendiri. Malah, cawangan di Suria KLCC juga telah menjadi cawangan ke-200 mereka.

Untuk anda yang belum pernah menjamu selera di mana-mana cawangan Sushiro, restoran ini menyajikan lebih 100 jenis sushi termasuklah Nigiri, Gunkan dan Sashimi yang dihidangkan secara ‘fresh’.
Pengarah Urusan Sushiro Malaysia Sdn Bhd, Takumi Osafune berkata, “FOOD & LIFE COMPANIES LTD. (F&LC), syarikat Jepun yang memegang jenama Sushiro, dijangka melepasi 200 lokasi antarabangsa menjelang Februari 2025. Kedai ke-200 di Malaysia ini menandakan kejayaan penting dalam pengembangan syarikat.
“Bermula dengan kedai ini, kami berhasrat untuk membina Sushiro sebagai jenama terkenal di Malaysia. Kami tidak sabar untuk menyajikan penggemar sushi dengan rasa asli Jepun yang cukup berkualiti di tengah-tengah suasana yang selesa dan menarik.”

Teknologi Yang Menarik Di Sushiro
Selain menghidangkan menu mereka yang cukup menyelerakan, Sushiro turut menampilkan teknologi yang menarik di setiap cawangan mereka.
Antaranya setiap meja di Sushiro akan didatangkan dengan tablet elektronik bagi memudahkan para pelanggan membuat pesanan di hujung jari sahaja.
Bukan itu sahaja, setiap pinggan yang menyajikan hidangan sushi ini mempunyai cip litar bersepadu atau ‘integrated circuit (IC) chip’ yang berada di bawah pinggan.

Dengan cip IC ini, pekerja yang menyiapkan sushi di bahagian dapur dapat menyemak hidangan yang popular dan menjadi ‘rebutan’ ramai pelanggan.
Jadi, mereka hanya akan menyediakan menu tersebut dengan lebih kerap manakala item yang kurang mendapat sambutan, tidak akan disediakan dengan lebih banyak.
Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.
Antara Menu Yang Menarik Di Sushiro

Team TRP berpeluang untuk mencuba sendiri pelbagai hidangan di cawangan pertama Sushiro bertempat di Suria KLCC pada hari ini (4 Februari).
Memang rambang mata kami melihat semua hidangan yang disediakan. Kalau anda seorang penggemar sushi tegar, memang Sushiro adalah tempat yang paling sesuai untuk balik dengan perut kekenyangan.
Antara hidangan sushi yang kami cuba adalah :
- Jumbo Salmon Belly
- Fresh Salmon with Cream Cheese
- Aburi Salmon Belly with Basil Cheese
- Ootoro
- Yakiniku Beef Salmon
- Jambo Scallop


Biasanya kalau makan di kedai Jepun, jarang nak jumpa kedai yang ada ‘dessert’ sedap-sedap kan?
Tetapi di Sushiro, ada banyak menu pencuci mulut yang kami beri 5 bintang.
Antaranya:
- House Specialty Pudding
- Hokkaido Mille Crepes Melba
- Catalana Ice Brulee
- Condensed Milk Strawberry Parfait

Jadi kepada yang mahu mencuba sendiri pelbagai hidangan di Sushiro, jangan lupa datang ke sana okey? Yay, dah tak perlu pergi ke Jepun lagi dah!
Baca Artikel Berkaitan: Nobu KL Anjur Bengkel Buat Sushi & Teh Hijau Bersama Yayasan Chow Kit
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Makan Sushi Lepas Bersalin, Tindakan Wanita Ini Bikin Ramai Angkat Kening
Baca Artikel Berkaitan: Isu Lipas Pada Ruangan ‘Display’, Empire Sushi Mohon Maaf & Buat Deep Cleaning
- Lokasi: Lot LC-C06, Level Concourse, Suria KLCC.
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10 pagi hingga 10 malam.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â