Now Reading
Grumpy Bagels Jadi Hotspot Di Jalan Imbi Kuala Lumpur, Ditubuhkan Oleh Bekas Krew Kabin

Grumpy Bagels Jadi Hotspot Di Jalan Imbi Kuala Lumpur, Ditubuhkan Oleh Bekas Krew Kabin

Lebih menarik, nama Grumpy Bagels ini tercipta daripada watak ‘grumpy’ suami kepada pemilik restoran ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini, pelbagai jenis makanan yang boleh diterokai. Kalau betul-betul blank sangat tak tahu nak cuba makanan jenis apa, boleh terus buka Instagram ataupun TikTok – pasti akan dapat idea.

Betapa mudahnya teknologi yang wujud pada ketika ini.

Grumpy Bagel Jadi Hotspot di Imbi

Grumpy Bagels telah mula membuka tirai pada April 2024 dan terletak di sebuah banglo lama di Jalan Imbi yang dah diubah jadi tempat lepak yang sangat dreamy!

Grumpy Bagels ini memang penuh vibe. Dari perabot kayu walnut, lantai klasik lama, kabinet old-school, pokok palma di bahagian dalam – tambah lagi dengan lagu-lagu vintage chill memberikan vibe seperti Paul Anka dan Patsy Montana.

Nak makan sambil enjoy, ini tempatnya. 🫶

Kisah Di Sebalik Kewujudan Grumpy Bagels

Pengasas Grumpy Bagels dikenali sebagai Claire, 30, telah mendapat idea untuk menubuhkan kedai bagel ini ketika masih bekerja dan sering bercuti di luar negara.

“Masa saya jadi pramugari dulu, setiap kali dapat jadual untuk flight ke US, benda pertama yang saya cari mesti bagel,” kata Claire kepada FMT.

Untuk info, Claire bersara pada 2021 dan mula rindu dengan bagel yang pernah dinikmatinya di luar negara.

Nama Grumpy Bagels sebenarnya tercetus secara tidak sengaja ketika Claire dan suami sedang dalam perbincangan untuk menentukan konsep kafe ini. Walaupun nama dia nampak “grumpy 😏” – kafe ini sebenarnya membawa mood ceria dan memiliki charm tersendiri.

TRPEats Cuba Grumpy Bagels di Jalan Imbi, WP Kuala Lumpur.

Tahun 2025 ini, misi team TRP adalah untuk mencari lokasi-lokasi makan viral dan sering menjadi buah mulut orang ramai di TikTok, Instagram, Facebook, X dan sebagainya.

Kalau tak cuba, tak tahu.

Kadangkala, restoran dan kafe yang cantik tidak dapat mengukur tahap kesedapan dan rating servis yang diberikan oleh staf. Ada juga kedai ramai, tetapi servis out. Dan sebaliknya. So untuk tahu lebih lanjut, memang kena cuba sendiri.

Baru-baru ini, pada hari Ahad yang begitu cerah dan cuaca sangat baik, team TRP membuat keputusan untuk mencuba bagel di Grumpy Bagels di Jalan Imbi. Memulakan perjalanan dari Bukit Jelutong, Shah Alam pada jam 10:30am, kami tiba di hadapan restoran ini pada jam 11:38am (Ya, satu jam walaupun pada hari Ahad 😒).

Kalau korang bawa kereta dan ingin parkir di dalam kompaun rumah Grumpy Bagels ini, anda perlu membayar RM5 (boleh guna debit ataupun tunai). Dan terus menuju ke staf untuk memberitahu berapa pax dan untuk bungkus (take-away) ataupun makan di sana (dine-in). Anda akan diminta meletakkan nombor telefon dan apabila giliran anda, mesej akan dihantar menerusi WhatsApp.

Grumpy Bagel menggunakan sistem SMS ini untuk memaklumkan kepada pelanggan jika meja sudah tersedia buat mereka yang memilih untuk dine-in. (Sumber: Siti Murni/TRP)

Jadi, lepas letak nombor telefon, PLEASE PEGANG TELEFON MASING-MASING.

Kalau terlepas, kirim salam.

Sambil-sambil menunggu, korang boleh masuk untuk beli Bagel juga (take-away).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Dan selepas hampir 40 minit, meja kami tersedia dan boleh masuk ke dalam untuk dine-in. Tapi perlu diingatkan, pelanggan hanya boleh menikmati makanan di sana dalam masa satu jam sahaja. Ya, jangan lama melepak borak sampai petang.

Kami Cuba Menu Utama di Grumpy Bagels

Antara menu yang kami cuba adalah di bawah pilihan ‘Bagel Sandwiches’ iaitu B.B.C Bagel (RM32), Smoked Duck Aglio Olio (RM32), dan dua minuman iaitu White Coffee (RM14) dan juga Matcha Hot (RM15).

Kalau berkaitan dengan harga, sememangnya agak ‘keras’.

Tapi bab rasa, masing-masing memiliki cita rasa berlainan.

Menu Grumpy Bagels.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

The Taste Test.

Sedap atau tidak, itu subjektif. Ini review ikhlas dari kami.

#1. B.B.C Bagel – 7/10

Sumber: Siti Murni/TRP

Toasted bagel untuk menu ini dihidangkan bersama kombinasi lazat smoked chicken ham streaky, hash brown yang rangup di luar dan lembut di dalam, telur hancur yang gebu, serta keju double cheddar yang meleleh sempurna.

Tak dinafikan, setiap bahan yang ada dalam menu ini melengkapkan rasa antara satu sama lain. Tapi kalau korang jenis ‘small eater’, tolonglah share dengan sesiapa. Nak habiskan separuh pun ambil masa yang lama.

#2. Smoked Duck Aglio Olio – 4/10

Sumber: Siti Murni/TRP

Aglio Olio sememangnya makanan paling simple dan pantas untuk dibuat. Tapi di Grumpy Bagels, dia ‘twist’ sikit hidangan ini dengan meletakkan beberapa keping smoked duck untuk dinikmati bersama.

Sumber: Siti Murni/TRP

Duck, sedap.

Tapi untuk pasta bagi tekak kami (again, sangat subjektif), menu ini boleh diperbaiki lagi. Rasa tawar memang mengatasi segalanya. TBH, kecewa sikit tapi tak mengapa. Mungkin ada orang lain lebih menyukai masakan Aglio Olio seperti ini.

Oh! Tapi jangan lupa untuk pesan Hot Latte & Matcha Latte, ini mantap. Rasa kopi dan susu tidak terlalu keras, sesuai untuk dinikmati bersama bagel.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd