Now Reading
Nak Jimat Duit? Ini Menu Kurang Dari RM10 Yang Anda Boleh Dapat Dari Subway

Nak Jimat Duit? Ini Menu Kurang Dari RM10 Yang Anda Boleh Dapat Dari Subway

Dengan harga RM9.95, anda boleh mendapatkan roti Subway bersaiz enam inci dengan menu berbeza setiap hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini, boleh dikatakan keadaan ekonomi di Malaysia semakin mencabar dengan peningkatan harga barangan. Situasi ini membuatkan sesetengah individu memilih untuk membuat lebih daripada satu kerja.

Selain itu, mereka juga akan mengubah gaya hidup dengan cuba mengurangkan kos makanan. Ada yang bawa bekal ataupun mencari hidangan yang tidak terlalu mahal.

Bagi anda yang sedang menghadapi situasi seperti ini, kami ada satu cadangan yang boleh digunakan sebagai langkah untuk mengurangkan kos hidangan seharian.

Ini Tips Untuk Dapatkan Menu Kurang Dari RM10 Di Subway

Sumber: Facebook Subway Malaysia

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@SyedAkramin), seorang pekerja Subway berkongsi bagaimana orang ramai boleh mendapatkan hidangan roti bersaiz enam inci di kedai tersebut dengan harga kurang dari RM10.

Caranya adalah memilih menu utama dari pilihan ‘Sub Of The Day’.

Untuk info, setiap menu tersebut adalah berbeza setiap hari. Jadi kalau nak beli hari-hari pun tak adalah bosan sangat asyik makan menu sama.

Pilihan menu ‘Sub Of The Day’ yang ditawarkan di Subway adalah:

  • Isnin: Chicken Teriyaki
  • Selasa: Roasted Chicken
  • Rabu: Chicken Slice
  • Khamis: Tuna
  • Jumaat: Egg Mayo
  • Sabtu: Seafood Sensation
  • Ahad: BBQ Chicken
Sumber: Facebook Subway Malaysia

Bagi anda yang belum pernah mencuba makanan dari Subway dan tertanya-tanya macam mana nak membuat pesanan, berikut adalah cara-caranya:

  1. Pilih roti anda.
    • Parmesan Oregano
    • Italian
    • Honey Oat
    • Wheat
    • Hearty Italian
  2. Pilih menu utama mengikut ‘Sub Of The Day’.
  3. Pilih sayur-sayuran anda (Kalau tak nak sayur langsung pun tak apa).
    • Lettuce
    • Tomato
    • Timun
    • Jeruk
    • Bawang
    • Cili Jalapeno
  4. Pilih sos
    • Chipotle Southwest
    • Mayonis
    • Honey Mustard
    • Sweet Onion
    • BBQ
    • Sos cili
    • Spicy Mayo
    • Sos tomato
    • Thousand Island

Bagi roti Subway dengan pilihan menu ‘Sub Of The Day’ ini yang berharga RM9.95, anda boleh menambah air bersaiz 16 oz dengan harga RM1.90 sahaja. Lagi jimat kan?

Sumber: Facebook Subway Malaysia

Kalau anda tak rasa nak minum air manis tetapi mahu pencuci mulut, boleh juga ambil soft cookies seperti White Chocolate, Chocolate, Double Chocolate dan Omelette Raisin.

Promosi ini terhad kepada beberapa kuantiti ya. Jadi siapa cepat dia dapat!

Pilihan Menu Subway Cerminkan Karakter Anda

Sebagai rakyat Malaysia, antara pilihan yang kerap kali perlu dibuat tidak kira usia adalah “nak makan di mana?”.

Antara pilihan rakyat Malaysia bagi menyelesaikan masalah “nak makan di mana” adalah Subway kerana terdapat 39,000 kombinasi dari pelbagai jenis menu, sayuran segar dan sos.

Sumber: Facebook Subway Malaysia

Tahu tak? Sebenarnya pilihan menu Subway anda boleh mencerminkan karakter anda yang tersendiri seperti berikut:

  • Meatball Marinara
    • Seorang yang baik hati, disenangi ramai dan menggemari ‘comfort food’.
  • Tuna
    •  Individu yang kurang gemar mengambil risiko dan  lebih memilih untuk melakukan sesuatu yang sama berulang kali kerana sudah mengetahui ia bersesuaian dengan cara anda.
  • B.M.T
    • Mempunyai pelbagai jenis personaliti bergantung kepada suasana, sering memikirkan liku-liku dalam kehidupan dan sentiasa mendorong individu di sekeliling untuk mencuba yang terbaik.
  • Steak & Cheese
    • Seorang yang klasik, dianggap sebagai mak atau ayah dalam kalangan rakan-rakan, menawan dan akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak individu yang anda kenali.
  • Seafood Sensation
    • Berani dan sukakan cabaran.

Mungkin inilah harinya untuk anda mencuba hidangan dari Subway. Jom beli untuk lunch!

Baca Artikel Berkaitan: Pilihan Menu Subway Boleh Cerminkan Karakter Anda Yang Tersendiri, Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Subway Perkenal Menu ‘Mala Sub’ Rai Tahun Baru Cina Tahun Ini. Not Bad Juga! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Subway ‘Upgrade’ Menu Italian B.M.T. Kali Ini Lebih Padu! [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd