Now Reading
Melancong Ke Hong Kong? Ini 9 Restoran Halal & Mesra Muslim Yang Boleh Anda Cuba

Melancong Ke Hong Kong? Ini 9 Restoran Halal & Mesra Muslim Yang Boleh Anda Cuba

Antara restoran yang mempunyai sijil pengesahan halal di Hong Kong adalah seperti Bombay Dreams yang menawarkan masakan India.

makanan halal di hk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang semua tahu, sesetengah daripada golongan pelancong menitik beratkan penginapan atau lokasi tarikan di sesebuah negara. Tetapi ramai juga yang mementingkan isu makanan halal.

Mana tidaknya, apabila sudah berkunjung ke sesebuah negara sudah pasti kita mahu mencuba makanan tempatan. Namun yang menjadi permasalahan adalah apabila golongan Muslim susah untuk mencari kedai makan yang toyyiban.

Baru-baru ini, team TRP telah mengunjungi Hong Kong anjuran Hong Kong Tourism Board (HKTB) untuk ‘SEA Muslim Media Fam Trip’. Dalam lawatan sepanjang 4 hari 3 malam ini, pelbagai restoran dan kedai makanan halal telah kami kunjungi.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Lokasi Menarik Untuk Anda Yang Kali Pertama Ke Hong Kong


9 Restoran Halal & Muslim-friendly Anda Patut Cuba Di Hong Kong

Di sini kami kongsikan beberapa restoran halal dan muslim-friendly yang anda boleh cuba sewaktu melancong di Hong Kong. Antaranya:

#1. Cafe A, Hotel Alexandra Hong Kong

Yang pertama adalah di Cafe A, Hotel Alexandra. Di sana, pihak hotel menyediakan satu ruangan khusus untuk makanan dan minuman halal buat pelanggan Muslim. Selain bufet halal, anda juga boleh rasai sendiri hidangan sarapan pagi yang pelbagai.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara makanan yang dihidangkan untuk bufet sarapan adalah seperti:

  • Pastri dan roti
  • Roti canai
  • Salad buah
  • Nasi goreng
  • Sosej dan nuget
  • Dimsum

Senang cerita, memang bermacam-macam pilihan yang anda boleh cuba. Sambil menikmati juadah tersebut, anda juga boleh ambil peluang untuk melihat seni bina dan sentuhan moden di kafe itu.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Menurut pihak Hotel Alexandra, mereka telah menghiasi tempat penginapan dan kafe itu dengan sentuhan gaya ‘Victorian’. Mereka juga dalam masa sama boleh menyediakan senarai restoran makanan halal di sekeliling hotel.

  • Alamat: 32 City Garden Rd, North Point, Hong Kong

Status: Halal

#2. Pasteako

Seterusnya adalah Pasteako. Di restoran ini, anda boleh mencuba pelbagai makanan western yang menarik.

Lain daripada lain, restoran ini menawarkan pengalaman unik kepada pelanggannya yang mana anda boleh memilih jenis pisau antara nombor 1-8 bagi memotong steak anda. Tahap ketajaman bagi setiap pisau adalah sama, yang lainnya adalah reka bentuknya tersendiri.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara menu yang anda boleh cuba adalah seperti:

  • Pilihan pasta (Pappardelle/ Spaghetti/ Conchiglie/ Mezzi Rigatoni/ Lumache) dengan gabungan sos pilihan (Truffle/ Quattro Formaggi/ Romesco/ Puttanesca/ Pomodoro/ Spicy Arrabbiata)
  • Pilihan daging (Striplion/ Rib Eye/ M5 Australian Full Blood Wagyu Rib Eye)
  • Homemade Tiramisu
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Buat mereka yang tidak tahan pedas, anda boleh cuba mana-mana pasta dengan gabungan sos Spicy Arrabiata. Nama sahaja ‘spicy’ tetapi kami yakin ia ‘kena’ dengan selera rakyat Malaysia. Dah alang-alang sampai sana, jangan lupa cuba tiramisu mereka. Memang sedap!

Untuk info restoran ini dibuka pada setiap hari. Waktu operasi pula adalah seperti berikut:

  • Isnin: 12 pm-3 pm/5 pm-10.30 pm
  • Selasa: 12 pm-3 pm/5 pm-10.30 pm
  • Rabu: 12 pm-3 pm/5 pm-10.30 pm
  • Khamis: 12 pm-3 pm/5 pm-10.30 pm
  • Jumaat: 12 pm-3 pm/5 pm-11 pm
  • Sabtu: 12 pm – 11 pm
  • Ahad: 12 pm – 11 pm
  • Alamat: Block B, G/F, Hollywood, PMQ, 35 Aberdeen Street HG01-05, Central, Hong Kong

Status: Halal

#3. MAMTOM

Kalau anda sudah rasa bosan dengan masakan Cina, anda boleh berkunjung ke MAMTOM yang terletak di tengah-tengah pusat tumpuan pelancong iaitu di Tsim Sha Tsui.

Di MAMTOM, mereka menyediakan pelbagai jenis masakan Vietnam yang unik dan klasik. Kami sendiri berpeluang merasai sendiri menu yang pelbagai di sana, secara keseluruhannya memang sedap.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Jumlah hidangannya juga adalah besar. Kami sarankan untuk anda pergi ke sana dengan kumpulan yang ramai. Antara makanan yang kami cuba adalah:

  • Green papaya
  • Pomelo salad
  • Bo la lot
  • Octopus & Okra
  • Beef Skewers
  • Beef Pho
  • Beef bones soup
  • Khao Soi
  • Durian Sundae
  • Passion fruit white chocolate
Sumber: Nur Hazwani/TRP

MAMTOM juga menyediakan tempat duduk di kawasan luar yang mana anda makan sambil menikmati pemandangan Victoria Harbour.

Ia dibuka pada setiap hari bermula jam 12 pm – 2 am kecuali hari Ahad yang hanya akan beroperasi sehingga 1 am.

  • Alamat: Wing On Plaza, Unit Nos 1 To 6, 45 & 46, G/F, 62 Mody Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Status: Halal

#4. Islamic Centre Canteen

Sesuai dengan namanya, Islamic Center Canteen menyediakan pelbagai makanan halal untuk pengunjung Muslim. Bukan sahaja sedap, malah set menu ditawarkan juga adalah berpatutan.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara pilihan menu makanan yang tersedia adalah:

  • Set dimsum
  • Fish Soup with Pickled Vegetables
  • Chicken Thick Soup with Sweet Corn
  • Curry Beef
  • Steamed Fish in Soya Sauce
  • Spicy Shrimp with Peanuts
  • Stir Fried Fish Fillet with Broccoli
  • Pan Fried Mutton with Beijing Onion
  • Steamed Chicken with Ginger Sauce
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Kalau anda nak tahu, restoran ini terletak di tingkat 5 Masjid Ammar, Hong Kong. Bukan itu sahaja, ruangan solat bagi jemaah lelaki dan perempuan juga disediakan dalam bangunan yang sama.

  • Alamat: 5/F, Masjid Ammar dan Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Salvation Amy Street, Wan Chai

Status: Halal

#5. Bombay Dreams

Pada malam terakhir di Hong Kong, kami telah mencuba masakan India di Bombay Dreams. Kalau anda adalah rakyat Malaysia yang sudah terbiasa dengan masakan sebegini, pasti anda akan menggemari setiap hidangan yang ditawarkan di restoran itu.

Restoran ini juga sesuai buat mereka yang menginginkan vibe ala-ala ‘fine dining’ di Hong Kong.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara makanan yang kami berpeluang cuba adalah:

  • Vegetable Samosa
  • Bombay Chillgoza Prawns
  • Raunak E-Seekh (Kambing)
  • Tandoori Murgh Tikka (Ayam)
  • Goan Fish Curry
  • Palak Paneer
  • Saffron Pulao
  • Garlic Naan
  • Laccha Paratha
  • Naan
  • Jamun-E-Gul
  • Kesar Kulfi
  • Mango Lassi
  • Masala Tea
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Bombay Dreams dibuka pada setiap hari untuk dua sesi iaitu dari jam 12-3 pm dan 6-11 pm.

  • Alamat: 1/F, Winning Centre, 46 Wyndham Street, Central

Status: Halal

#6. Tahitian Terrace, Hong Kong Disneyland

Buat mereka yang singgah ke Hong Kong Disneyland, jangan risau! Di sana juga terdapat satu restoran yang menyediakan makanan Asia Tenggara yang dikenali sebagai Tahitian Terrace.

Sambil-sambil berseronok menikmati ‘Disney World’ bolehlah singgah ke restoran ini untuk alas perut. Sekali makan, mesti kenyang kerana ‘portion’ bagi setiap hidangan adalah besar.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Antara makanan yang ditawarkan kepada para pengunjung adalah seperti:

  • Butter Chicken with Coconut Rice
  • Beef Rendang with Coconut Rice
  • Black Lentil with Biryani Paratha
  • Seafood Laksa
  • Chicken Laksa
  • Grilled Chicken Steak with Rice and Gravy
Sumber: Nur Hazwani/TRP
  • Alamat: Hong Kong Disneyland, Lantau Island, Hong Kong

Status: Halal

#7. Ebeneezer’s Kebabs & Pizzeria

Ebeneezer’s Kebabs & Pizzeria adalah restoran masakan India yang terletak berdekatan dengan Cable Car Ngong Ping 360 di Ngong Ping. Setelah anda enjoy melihat pemandangan alam sekitar dari atas kereta kabel, anda bolehlah singgah ke restoran ini.

Makanan berat, snek ringan, semuanya ada! Antara menu makanan mereka adalah:

  • Fish N’ Chips
  • Butter Naan
  • Chicken Tikka
  • Turkey Based Ham & Cheese
  • Real Beef Kebab
  • Greek Salad in Pita
  • Paneer Biryani with Salad
  • Chicken Vindaloo
  • Roast Lamb
  • Dal Makhani
  • Chana Masala
Sumber: Nur Hazwani/TRP
Sumber: Foodpanda

Ia dibuka jam 10 am-10 pm pada setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala jam 10 am-11 pm pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

  • Alamat: Shop A, G/F, Block 2, Hung Hom Gardens Block 2, 3 Tsing Chau St, Hung Hom, Hong Kong

Status: Halal

#8. Café Ocean

Buat mereka yang berkunjung ke Marine World, Ocean Park anda juga boleh mencuba satu kedai makan halal di sana yang dipanggil sebagai Café Ocean.

Apa yang lebih menarik adalah anda boleh menikmati hidangan dipesan sambil melihat pemandangan laut yang indah di sana!

Sumber: Ocean Park Hong Kong

Di kafe ini, pelanggan ditawarkan dengan pelbagai masakan Asia Tenggara. Antaranya:

  • Hainanese Chicken Rice
  • Malaysian Laksa with King Prawn
  • Chicken Satay Skewer
  • Vegetables Spring Rolls
  • Beef Rendang served with Steamed Rice
  • Alamat: Ocean Park Marine World, Hong Kong

Status: Halal

#9. Restoran Po Lin Monastery, Lantau Island

Khas buat mereka yang vegetarian, restoran ini adalah untuk anda. Restoran vegetarian Cina ini bertempat di dalam Ngong Ping Village iaitu berdekatan dengan ‘The Big Buddha’.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Setiap makanan disajikan adalah sesuai buat mereka yang tidak sukakan hidangan pedas. Bukan itu sahaja, anda juga akan disajikan dengan teh herba unik daripada kedai makan itu.

Antara hidangan yang anda boleh cuba di kedai makan ini adalah:

  • Double Boiled Soup
  • Deep Fried Premium Spring Rolls
  • Dried Tofu Skin in Lemon Sauce
  • Braised Shitake Mushrooms with Seasonal Vegetables
  • Buddha’s Delight
  • Vegetarian Taro Peach
  • Braised Fried Tofu
Sumber: Nur Hazwani/TRP

Ia dibuka pada setiap hari bermula jam 11.30 am hingga 5 pm. Namun berbanding kedai lain yang mempunyai sijil halal, kedai ini pula boleh dikategorikan sebagai mesra Muslim.

  • Alamat: Ngong Ping, Hong Kong

Status: Muslim-friendly


Manisan Imperial Patisserie Sesuai Sebagai Cenderahati

Buat penggemar manisan pula, kami ingin berkongsi mengenai satu kedai pastri yang dikenali sebagai Imperial Patisserie yang terletak dalam bangunan Central Market. Di sana anda boleh dapatkan pastri, kuih-muih, biskut yang halal.

Kami sendiri sudah merasai sendiri ‘tester’ yang diberikan oleh cef dan kakitangan mereka. Secara keseluruhannya memang sedap, dan sesuai untuk dijadikan sebagai cenderamata untuk dibawa pulang.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Ia dibuka pada setiap hari jam 11 am hingga 8 pm.

Antara manisan dan kuih yang anda boleh dapatkan adalah seperti:

  • Crispy Honeycomb Eggrolls
  • Almond/Chilli/Five Grains/Coconut/ Hazelnut/Earl Grey Palmiers
  • Crispy Cookies
  • Puffs
  • Sesame Tonggwoji
  • Alamat: Shop 103, 1/F, Central Market, 93 Queen’s Road Central, Central

Status: Halal

Foto: Palmiers di Imperial Patisserie

Sekadar info, setiap restoran dan kedai yang berstatus halal seperti dinyatakan di atas mempunyai pengesahan halal yang dikeluarkan oleh ‘Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund, Hong Kong’.


Tips Cari Makanan Halal Di China

Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Latifah Huang menerusi akaun TikToknya telah berkongsi beberapa tips mudah untuk mencari makanan dan restoran halal di China.

Caranya adalah dengan mencari tanda ‘Qing Zhen’ yang kebiasaannya dipamerkan dengan papan tanda berwarna hijau. Menurut Latifah, ungkapan Qing Zhen bermaksud halal.

Sumber: TikTok (Latifah Huang)

Tambah wanita itu lagi, rata-rata makanan halal dijual di sana adalah sedap dan terdiri daripada pelbagai pilihan. Untuk lebih mudah, muat turun sahaja aplikasi ‘Da Zhong Dian Ping’ dan cari Qing Zhen Chai.

Dengan cara ini, aplikasi tersebut akan membantu anda menyenaraikan setiap restoran halal sekitar China bersama dengan alamat dan peta untuk ke sana.

@latifahhuang 回复 @Kim Saadan中村優輝 Cari halal food senang je kat China😊Ini tips⬆️ #fyp #malaysia #foryoupage #halal #viral_video #foryou ♬ 原创音乐 – Latifah Huang

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd