Now Reading
The RuMa Hotel & Residences Tawar Set Makan Malam Sempena Tahun Baharu Di ATAS [Review]

The RuMa Hotel & Residences Tawar Set Makan Malam Sempena Tahun Baharu Di ATAS [Review]

Antara menu yang dihidangkan dalam 6-course set makan malam khas sempena tahun baharu di ATAS adalah Scallop Ceviche dan Wagyu Beef Tartare.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam tempoh kurang dari dua bulan, kita bakal menyambut tahun baharu 2025. Pejam celik dah nak hujung tahun dah kan?

Kebiasaannya, ramai yang akan pergi bercuti ketika bulan-bulan terakhir ini kerana mahu menghabiskan cuti, ditambah pula dengan musim cuti persekolahan.

Tidak kurang juga ketika Sambutan Tahun Baharu, pasti ramai yang sudah membuat rancangan untuk meraikan di beberapa lokasi pilihan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.


The RuMa Hotel & Residences Hidangkan Set Makan Malam Sempena Tahun Baharu

Kepada anda yang belum ada apa-apa ‘plan’ pada 31 Disember 2024, The RuMa Hotel & Residences menawarkan set hidangan makan malam di ATAS.

‘New Year Set Menu’ ini akan menjadikan pengalaman tahun baharu 2025 lebih diingati melalui pengalaman kulinari yang cukup elegan dengan hidangan premium seperti kekapis (scallop), daging wagyu, lobster dan kambing Australia.

Set ini akan didatangkan dengan enam pilihan hidangan yang eksklusif ditawarkan untuk makan malam pada 31 Disember 2024.

Bagi pelanggan yang mahu menikmati hidangan yang tidak terlalu banyak, ada juga set makan tengah hari dengan empat jenis makanan atau five-course menu untuk hari-hari tertentu menjelang Sambutan Tahun Baharu.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Team TRP Berpeluang Nikmati ‘New Year Set Menu’ Di ATAS

Baru-baru ini, team TRP telah dijemput ke restoran utama di The RuMa Hotel and Residences iaitu ATAS untuk menikmati sendiri set hidangan 6-course yang ditawarkan khas pada satu malam sahaja pada 31 Disember 2024.

Ataraa enam menu yang dihidangkan adalah:

  • Scallop Ceviche
  • Wagyu Beef Tartare
  • Coral Lobster Ravioli
  • Duo of Fish
  • Australian Lamb Noisette
  • ATAS Chocolate Tart

Nak tahu ‘review’ dari kami? Teruskan bacaan anda di bawah.

#1. Scallop Ceviche
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Menu pertama yang dihidangkan ini cukup ‘refreshing’ apabila rasa masam daripada Citrus Pearls mula pecah di dalam mulut. Tetapi jangan risau kerana rasa masam itu kemudiannya diseimbangkan apabila anda memakannya bersama Passion Fruit Vinaigrette.

Tidak dilupakan adalah hidangan utamanya iaitu scallop. Ia cukup lembut dan mencair sungguh dalam mulut.

Rate: 8/10

#2. Wagyu Beef Tartare
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Hidangan seterusnya iaitu Wagyu Beef Tartare ini akan membuatkan ruang meja makan berbunyi ‘krup krap’ kerana ia perlu dimakan bersama kepingan tauhu kosong yang cukup rangup.

Kerangupan itu akan membuatkan anda lebih terpukau apabila dinikmati dengan daging wagyu yang digaul bersama telur kuning dan sos Anchovy Aioli.

Rate: 9/10

#3. Coral Lobster Ravioli
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Hidangan ravioli ini bersama inti Coral Lobster ini juga merupakan salah satu menu kegemaran kami lebih-lebih lagi apabila ia turut dihidangkan dengan sos Bisque berwarna oren dan Basil Oil yang berwarna hijau.

Tesktur ravioli dan intinya itu juga lembut dan membuatkan kami mudah untuk dinikmati keenakan yang masih diingati sampai ke hari ini.

Rate: 9/10

#4. Duo of Fish
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Bagi penggemar makanan laut, pastinya anda akan suka dengan menu Duo of Fish ini kerana ia menggabungkan dua jenis ikan dalam satu hidangan iaitu Atlantic Cod dan Ocean Trout.

Pada mulanya kami menggaru kepala juga kerana tidak dapat melihat perbezaan ikan tersebut. Rupa-rupanya satu daripada dua jenis ikan berkenaan telah ditutupi dengan sos Avruga Beurre Blanc berwarna putih.

Menu ini juga disediakan bersama Brocolli Rice untuk dimakan bersama ikan-ikan berkenaan.

Bagi kami antara dua jenis ikan ini, Ocean Trout yang berwarna putih itu lebih lembut serta mencair di mulut berbanding Atlantic Cod.

Namun, menu ini perlu dimakan bersama Brocolli Rice untuk membuatkan rasanya lebih lengkap kerana bagi pendapat kami, jika ikan tersebut dimakan berasingan, ia agak masin sedikit.

Rate: 7/10

#5. Australian Lamb Noisette
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Untuk hidangan ini pula, ia antara hidangan yang agak ‘berat’ kerana menggunakan Australian Lamb. Bagi pendapat kami, ia agak sukar untuk dikunyah kerana agak ‘chewy’.

Tetapi dari segi rasa secara keseluruhannya, kesemuanya cukup seimbang apabila dimakan bersama Aged Pumpkin serta sos Morel Jus.

Rate: 6/10

#6. ATAS Chocolate Tart
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Keunikan yang terdapat dalam hidangan ATAS Chocolate Tart sebagai pencuci mulut ini adalah ia diperbuat menggunakan produk coklat tempatan daripada Kelantan dan juga jenama Beryl’s.

Selain itu, ia turut dihidangkan bersama Cherry Sorbet yang agak masam.

Rate: 7/10


Kepada anda yang mahu membuat tempahan sempena Tahun Baharu di ATAS, boleh klik [DI SINI].

  • Lokasi: The RuMa Hotel & Residences, Level Mezzanine, 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi:
    • Sarapan: Setiap hari pada jam 6:30am – 10:30am
    • Makan tengah hari: Selasa hingga Ahad pada jam 12pm – 4:30pm
    • Makan malam: Selasa hingga Ahad pada jam 6pm – 10pm
  • Kod pemakaian: Smart casual

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd