Now Reading
Rasa Nak Makan Ayam Goreng ‘Crunchy?’ Ini 5 Kedai Lokal Yang Anda Boleh Cuba

Rasa Nak Makan Ayam Goreng ‘Crunchy?’ Ini 5 Kedai Lokal Yang Anda Boleh Cuba

Terdapat banyak kedai jenama tempatan di Malaysia yang menjual ayam goreng dengan pelbagai pilihan menu dan sos menarik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali tanya nak makan apa, mesti ramai yang tak tahu dan akan berfikir lama kan? Tak kisahlah ditanya kepada golongan muda atau tua, soalan ini memang susah betul untuk dapat jawapannya.

Kalau korang tak tahu nak makan apa dan terbuka untuk mencuba kedai berbeza, kami ada cadangan!

Apa kata korang ‘explore’ menu ayam goreng dari jenama tempatan pula. Selamanya ini kalau sebut menu ini mesti ramai yang terfikir sebuah jenama terkenal itu kan?


5 Kedai Lokal Yang Terkenal Dengan Menu Ayam Goreng Sekitar KL & Selangor

Ada banyak sebenarnya kedai lokal yang menjual menu ayam goreng rangup di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Yang paling best, premis mereka mempunyai hiasan dalaman yang ‘hipster’ dan sesuai untuk anak-anak muda lepak dengan rakan-rakan.

Antaranya:

#1. Tricky Chicken

Kepada korang yang teringin nak makan ‘fast food’ dengan hidangan ayam goreng bersos, Tricky Chicken di Damansara Utama adalah antara tempat yang korang boleh cuba.

Bila masuk ke dalam premis mereka, ia seolah-olah berada di sebuah kedai makan di Amerika Syarikat. Memang ‘vibe’ betul!

Antara menu goreng yang popular di Tricky Chicken ini adalah:

  • Ayam goreng Sambal
  • Ayam Goreng Magic Snack
  • Ayam Goreng Hot Coconut Milk
  • Ayam Goreng Honey Butter
  • Ayam Goreng Snowing Cheese

Minuman mereka pun boleh tahan menarik dan unik juga. Antaranya:

  • Red Tea with Sprite
  • Sour Lemon Plum with Cola
  • Watermelon Yakult with Sprite
  • Lokasi: 16, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 11:30am sehingga 10pm.
#2. Pretty Hot Chicken

Satu lagi kedai ‘hipster’ yang menjual hidangan ayam goreng iaitu Pretty Hot Chicken yang terletak di Setapak.

Mereka yang sukakan makanan yang pedas memang wajib kena cuba hidangan di sini kerana terdapat empat jenis tahap kepedasan yang boleh dipilih iaitu:

  • Ori
  • Pretty’s Hot
  • Extra Hot (Caj tambahan RM1)
  • Hell-Hot (Caj tambahan RM2)

Berdasarkan carian kami, menu dan harganya hampir sama dengan rangkaian ‘fast food’ terkenal yang lain.

Kalau korang peminat ‘fries’, boleh juga cuba hidangan ini yang mempunyai pelbagai pilihan sos seperti:

  • Cajun
  • Cheese
  • Cream Onion
  • Honey
  • Sambal

Selain ayam goreng, Pretty’s Hot Chicken juga mempunyai set hidangan nasi lemak dan burger.

  • Lokasi: Shop 3, Pusat Perniagaan Palet, 2, Jalan 3/23a, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 11am sehingga 10pm.
#3. Muiz Hot Chicken

Sebenarnya jenama Muiz Hot Chicken ini berasal dari Johor dan mempunyai pelbagai premis di sana.

Tetapi bagi warga Lembah Klang yang nak rasa juga, tak perlu pun pergi sampai ke Johor kerana mereka sudah mempunyai banyak cawangan kiosk di Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara menu yang ‘best selling’ di Muiz Hot Chicken ini adalah ayam goreng original dan dengan pilihan sos seperti:

  • Korean Spicy
  • Korean Cheese
  • Cheese

Nak makan burger, bubur atau nasi lemak dengan ayam goreng pun ada di sini.

Walaupun ia merupakan jenama tempatan, tetapi poster pemasaran mereka dilihat hampir setanding dengan jenama makanan segera yang terkenal.

#4. Hot Bird

Difahamkan, Hot Bird ini adalah restoran yang ‘Muslim-friendly’ dan merupakan premis pertama menyajikan ayam goreng gaya Nashville di Malaysia.

Sebagai info, ayam goreng gaya Nashville itu dikenali dengan rasa pedas yang pelbagai dan ia cukup popular di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Untuk korang yang sukakan makanan yang pedas, Hot Bird mempunyai pelbagai tahap kepedasan untuk dipilih selain variasi sos seperti Cool Ranch, Tangy Buffalo, Garlic Mayo dan banyak lagi.

  • Lokasi: 25, Jalan SS 15/4, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00pm sehingga 9:30pm.
#5. Fowlboys

Ada satu lagi kedai makan yang terkenal dengan hidangan ayam goreng mereka iaitu Fowlboys.

Premis yang dimiliki oleh individu beragama Islam iaitu Shafiq dan Johann ini juga juga popular dengan hidangan burger, waffle serta minuman milkshake mereka.

Kepada korang yang suka ber-OOTD pula, Fowlboys juga memberikan anda pelbagai spot yang Instagramable untuk bergambar.

  • Lokasi: 38, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00pm hingga 3:30pm dan 6:00pm hingga 9:30pm.

Apa tunggu lagi? Jom ayam goreng ‘hunting’! Semua nampak macam sedap ya.

Kena pergi ramai-ramai baru best, dapat rasa pelbagai jenis menu berbeza.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kedai Yang Jual Cinnamon Roll Sekitar KL & Selangor

Baca Artikel Berkaitan: Yellow Brick Road, Monét Serta 7 Lagi Lokasi Sekitar KL & Selangor Untuk Penuhi Keinginan Tiramisu Anda

Baca Artikel Berkaitan: ‘Nasi Kerabu’ Dalam Pizza, Mokky’s Perkenal Menu Baru Dengan Rasa Tradisi Sempena Bulan Kebangsaan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd