Now Reading
Shake Shack Perkenal Menu Baru Dengan Sentuhan Bawang Goreng, Terhad Hingga Disember Je!

Shake Shack Perkenal Menu Baru Dengan Sentuhan Bawang Goreng, Terhad Hingga Disember Je!

Menu ShackMeister serta minuman Cookies & Cream Shake itu diperkenalkan oleh Shake Shack pada hari ini (3 Oktober) di cawangan sulung The Exchange TRX.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kepada penggemar hidangan burger, premis Shake Shack adalah salah satu kedai yang anda boleh cuba bagi menikmati hidangan barat ini.

Bagi anda yang pertama kali datang ke sana dan tak tahu pilih menu yang mana satu, apa kata anda cuba hidangan terbaharu mereka iaitu ShackMeister yang baru sahaja dilancarkan pada hari ini (3 Oktober).

Sebagai info, Burger ShackMeister ini pertama kali diperkenalkan di ‘2014 Food Network South Beach Wine & Food Festival’s Burger Bash’ dan mendapat pengiktirafan sebagai ‘Best Burger’.

Mesti anda nak tahu apa yang istimewa tentang menu terbaharu itu kan?

Sumber: Farahin Fadzil

Menu ShackMeister Jadi Keunikan Baharu Di Shake Shack

Shake Shack telah melancarkan menu ShackMeister bersama Cookies & Cream Shake di cawangan sulung mereka di The Exchange TRX.

ShackMeister menampilkan burger keju daging lembu yang dibuat 100% semulajadi serta dihiasi dengan sentuhan bawang merah yang digoreng rangup dan diapit dengan roti.

Gabungan bahan-bahan premium dengan sentuhan nostalgia ini membuatkan anda akan menikmati burger terbaharu itu dengan penuh keseronokan.

Sumber: Farahin Fadzil

Selain burger, menu bawang merah rangup dan sos keju ini juga disediakan dengan pilihan ShackMeister Sausage dan ShackMeister Fries.

Sama seperti menu lain, hidangan terbaharu ini adalah bebas daripada daging khinzir dan alkohol.

Team TRP juga telah berpeluang untuk merasai hidangan ShackMeister Fries dan bagi pendapat kami, hidangan ini lebih ‘kick’ apabila dimakan bersama dengan bawang goreng rangup.

Namun, ia agak jelak jika dimakan secara berterusan kerana sos keju yang diletakkan.

Sumber: Farahin Fadzil

Cookies & Cream Shake Tampil Sebagai Minuman Terbaharu

Setiap kali selepas makan, mesti anda akan mencari pencuci mulut kan? Jangan risau kerana Shack Shake juga telah memperkenalkan minuman Cookies & Cream Shake.

Sumber: Farahin Fadzil

Dengan kastard vanila serta biskut hancur dan krim putar, ia menjadikan menu ini sangat berlemak dan pastinya anda akan berasa lebih kekenyangan.

Kami turut berkesempatan untuk merasai minuman ini dan merasakan ia adalah satu pencuci mulut yang mempunyai rasa manis yang tidak terlalu pekat.

Kalau minum ini sahaja, boleh sudah kenyang!

Sumber: Farahin Fadzil

Shake Shack Di Malaysia

Sebagai info, Shake Shack telah membuka cawangan pertama mereka bertempat di The Exchange TRX pada 10 April 2024 dan menerima sambutan yang cukup menggalakkan.

Sumber: Farahi Fadzil

Antara menu yang popular di kedai makan ini adalah:

  • Beef Burger: RM19.00
  • Chicken Shack:  RM22.00
  • Hot Chicken: RM25.00
  • ‘Shroom Burger (Veggie): RM27.00
  • SmokeShack: RM28.00

Selain itu, minuman Bunga Raya Shake mereka turut mendapat perhatian ramai apabila ia telah diolah berdasarkan menu tempatan.

Jadi kepada anda nak tahu macam mana rasa hidangan di Shake Shack, bolehlah ajak kawan-kawan atau ahli keluarga berkunjung ke TRX.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd