Nobu Sambut Ulang Tahun Ke-30 Omakase Eksklusif Bermula 7 Hingga 13 Oktober Ini
The Nobu 30-Year Anniversary Omakase ini berharga RM680++ setiap seorang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersempena dengan ulang tahun ke-30, Nobu kini memperkenalkan 30-Year-Anniversary Omakase eksklusif, sebuah pengalaman makan direka dengan teliti untuk menghormati perjalanan kulinari Nobu yang menggabungkan rasa Jepun dan Peru yang terkenal di seluruh dunia.
Ditawarkan Di Kesemua Cawangan Nobu Seluruh Dunia.
Untuk pengetahuan anda, menu eksklusif ini bakal tersedia di semua cawangan Nobu bermula 7 hingga 13 Oktober 2024. Dan paling menarik, omakase ini menawarkan peluang unik untuk merasai gabungan hidangan klasik dan ciptaan moden Nobu yang inovatif, disusun dengan penuh semangat dan ketelitian.
Bukan itu sahaja, menu ini mencerminkan sejarah ikonik Nobu sambil merangkul masa depan gastronomi mewah, menampilkan seni masakan yang menjadikan Nobu sebagai ‘pemimpin dunia’ dalam seni masakan kontemporari.
“Kami sangat teruja untuk meraikan pencapaian luar biasa ini di Restoran dan Hotel Nobu di seluruh dunia.
“Dalam mereka bentuk menu-menu ini, kami ingin menghormati perjalanan kami, dedikasi pasukan kami, dan sokongan luar biasa yang telah diterima daripada para tetamu selama 30 tahun ini.
“Banyak daripada hidangan ini berasaskan kepada ciptaan awal saya, jadi ia sangat dekat di hati saya,” jelas Chef Nobu Matsuhisa.
Menu Omakase Nobu.
#1. Yontenmori.
Sebuah persembahan yang menampilkan empat hidangan klasik Nobu yang paling digemari:
- Toro Tartare dengan Kaviar, hidangan mewah yang cair di mulut dengan keseimbangan sempurna antara kekayaan dan kesegaran.
- Yellowtail Jalapeño: Hirisan ikan segar yang halus dan rasa pedas yang tepat dari jalapeño dan citrus.
- Salmon Tataki dengan Karashi Sumiso: Memberikan rasa krim dengan sedikit tendangan mustard, serta Seabass Tiradito, perpaduan sempurna antara teknik Jepun dan sentuhan Peru.
#2. Nori Taco Dihidangkan Dengan Kaviar.
Seterusnya, para tetamu akan menikmati sentuhan inovatif Nobu dengan ciptaan moden, Nori Taco dengan Kaviar. Hidangan ini memaparkan keupayaan Nobu untuk menggabungkan elemen santai dengan bahan mewah, menggabungkan tekstur rangup nori dengan kemewahan kaviar.
#3. Black Cod Butter Lettuce & King Crab Amazu Ponzu.
Tetamu juga akan disajikan dengan hidangan klasik Black Cod Butter Lettuce dan King Crab dengan Amazu Ponzu yang seimbang sempurna dari segi rasa dan tekstur.
#4. Pencuci Mulut.
Untuk melengkapkan lagi pengalaman menikmati Nobu Omakase ini, anda juga berpeluang menikmati pelbagai pencuci mulut, termasuk Strawberry Cheesecake, Milk Chocolate dan Sesame Cream, serta Mochido iaitu gabungan mochi dan donat tradisional.
TBH; Mochido tu serius sedap dan unik! *chef’s kiss
Setiap pencuci mulut direka dengan teliti untuk menutup omakase ini dengan sesuatu hidangan yang manis. Ia dalam masa yang sama menjadi objektif Nobu sendiri untuk meninggalkan kesan mendalam tentang keupayaan Nobu menggabungkan kreativiti dengan tradisi.
30-Year-Anniversary Omakase Nobu
Sebagai tanda Nobu Kuala Lumpur memperingati pencapaian luar biasa ini, 30-Year-Anniversary Omakase mengajak para pelanggan setia mahupun pelanggan baru Nobu untuk merasai sendiri sejarah dan cita rasa Nobu.
Ini bukan sekadar hidangan, tetapi sebuah perjalanan melalui tiga dekad kecemerlangan kulinari.
The Nobu 30-Year Anniversary Omakase ini berharga RM680++ setiap seorang.
Semua harga adalah dalam MYR (Ringgit Malaysia) dan tertakluk kepada Caj Perkhidmatan 10% dan SST 6%.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi 0323800028, Whatsapp 019 389 5085 atau e-mail ke nobuklreservations@noburestaurants.com.
NOTA KAKI: Pelanggan juga boleh memberitahu kepada staf Nobu KL jika anda mempunyai sebarang sekatan makanan sebelum memesan mana-mana menu.
BACA JUGA: Pengurus Besar Nobu KL Kongsi Kisah Perjalanannya Dari ‘Zero to Hero’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.