Grand Hyatt Kuala Lumpur Tawar ‘Kek Nasi Ayam’ JPteres. Konsep Unik & Menarik Untuk High-Tea!
Kek Nasi Ayam ini boleh didapati di JPteres, Grand Hyatt Kuala Lumpur dengan harga RM128!
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Grand Hyatt Kuala Lumpur baru sahaja mengumumkan menu minum petang yang telah diperbaharui menampilkan campuran menarik antara hidangan tradisional dan ciptaan moden- meraikan warisan kulinari Malaysia yang kaya.
Terinspirasi oleh rasa Malaysia, minum petang dengan konsep Citarasa Malaysia ini memberikan pengalaman luar biasa yang dihasilkan oleh cef berbakat. Harga minum petang ini adalah RM149 untuk dua orang yang setiap hari dari 3pm hingga 5pm.
Set menu Citarasa Malaysia mempamerkan rasa unik melalui pilihan hidangan yang disusun dengan teliti. Terdapat hidangan savory, istimewa chef, pencuci mulut tradisional dan moden, serta minuman nostalgia.
Menu Citarasa Malaysia di JPteres, Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Nikmati hidangan seperti Nasi Lemak Tempurung Kelapa, nasi yang dipenuhi dengan santan, disajikan dengan timun, telur, cili, kacang, dan ikan bilis. Ada juga Aloo Bonda, snek popular India Selatan dibuat dari kentang, cili, ketumbar, tepung gram, dan rempah kering.
Ada juga Keledek Rebus Kelapa Parut, gabungan keledek rebus, kelapa parut, dan gula melaka. Akhir sekali, daripada pilihan savory iaitu Pau Ayam BBQ adalah bun kukus lembut yang diisi dengan ayam BBQ dimasak dengan sempurna dengan campuran sos hoisin, madu, sos soya, dan daun bawang.
Dari pilihan istimewa chef pula, tetamu berpeluang menikmati Kacang Pool disajikan dengan roti putih bawang putih, telur puyuh, bawang, dan cili hijau- hidangan popular di Selatan Malaysia.
There’s always room for desserts, kan? 🙂
Pilihan pencuci mulut pasti tidak dapat ditolak bagi yang mempunyai selera manis, dengan hidangan seperti Trifle, coconut bavarois lembut dengan agar-agar kacang merah dan cendol.
Durian Swiss Roll, yang dibuat dengan kek chiffon vanila dan mousse durian D24, adalah menu yang wajib untuk anda cuba. Hidangan tradisional seperti Kuih Ketayap, crepe pandan diisi dengan gula melaka dan kelapa, dan Muah Chee, dibuat dari bijan hitam dan kacang tanah dihancurkan.
Pilihan minuman menampilkan minuman nostalgia yang mengingatkan kenangan manis, seperti Cendol Latte menyegarkan dan Milo Dinosaur, sesuai untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas.
Bagi yang lebih suka minuman panas, pilihan kegemaran Malaysia Teh Tarik dan Kopi O Kampung juga tersedia untuk melengkapkan tawaran Minum Petang.
Berbaloi dengan harga. Makanan yang ditawarkan pun penuh satu meja! :O
Nasi Ayam JPteres Yang Famous Kini Sudah Menjadi ‘Kek’. How…?!
Selain daripada set minum petang, chef berbakat di Grand Hyatt Kuala Lumpur juga telah mencipta Kek Nasi Ayam khas — satu ciptaan yang luar biasa!
Dikenali kerana popularitinya di kalangan peminat nasi ayam, hidangan ini berharga RM128 dan menawarkan tetamu pilihan antara ayam dipanggang atau direbus, dipadankan dengan nasi wangi, sup ayam yang penuh rasa, dan trio sambal: cili, halia, dan sos soya manis.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.