‘Nasi Kerabu’ Dalam Pizza, Mokky’s Perkenal Menu Baru Dengan Rasa Tradisi Sempena Bulan Kebangsaan
Mokky’s Pizza & Coffee memperkenalkan dua menu dengan sentuhan kontemparari iaitu The Kerabu Pizza dan Tempeh Melt Sticks.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Berbaki beberapa hari lagi, rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan menyertai pelbagai sambutan bertemakan kemerdekaan.
Pada masa saya yang sama, banyak premis perniagaan yang turut mengambil peluang untuk melakukan promosi bersempena dengan Hari Kemerdekaan.
Antara premis perniagaan yang turut mengambil peluang tersebut adalah Mokky’s Pizza & Coffee yang terkenal dengan piza ala-ala New York mereka.
Mokky’s Perkenal Menu Baru Dengan Rasa Kerabu & Tempeh
Mesti anda tertanya-tanya, menu apa yang ditonjolkan oleh Mokky’s bersempena dengan Hari Kebangsaan di Malaysia?
Memperkenalkan, dua hidangan inovatif yang meraikan warisan kulinari Malaysia dengan sentuhan kontemporari iaitu The Kerabu Pizza dan Tempeh Melt Sticks.
The Kerabu Pizza
Unik sungguh menu baharu ‘The Kerabu Pizza’ dari Mokky’s ini kerana mereka menggabungkan rasa tradisional Nasi Kerabu dengan gaya moden.
Bagi anda yang terfikir, bagaimana Nasi Kerabu ditranformasikan menjadi ‘The Kerabu Pizza’, jom kami rungkaikan bahan-bahan mereka.
- Doh berwarna biru: Diilhamkan oleh Nasi Kerabu di mana warna biru pada piza diinfuskan dengan bunga telang bagi menghasilkan warna biru yang menarik dan lembut.
- Asas Ayam Bakar Percik: Piza ini tidak menggunakan sos tomato, sebaliknya ia menggantikannya dengan ayam panggang yang diperap dengan campuran rempah serta santan.
- Topping: Kubis putih, kacang botol, bunga kantan, kacang panjang dan kelapa parut.
The Kerabu Pizza ini hanya tersedia dalam saiz 12 inci sahaja dan ia dijual dengan harga RM33.
Tempeh Melt Sticks
Menu kedua yang diperkenalkan adalah Tempeh Melt Sticks yang dicipta dengan menggunakan bahan yang digemari dalam masakan Malaysia.
Gabungan tempeh dan mozzarella sticks itu menunjukkan bagaimana Mokky’s cuba untuk membudayakan makanan tempatan kita dalam hidangan Barat tersebut.
[Review] Team TRP Sudah Cuba Sendiri Menu The Kerabu Pizza & Tempeh Melt Sticks
Baru-baru ini, Team TRP diberi peluang untuk mencuba sendiri dua menu baharu ini secara beramai-ramai.
Nak tahu ‘honest review’ dari kami? Jom baca perkongsian di bawah.
The Kerabu Pizza
Gigitan pertama piza berperisa kerabu ini sememangnya akan membuatkan anda terus teringat kepada Nasi Kerabu. Gabungan kesemua bahan termasuklah rasa sos ayam bakar percik pada piza ini sungguh sempurna.
Kalau anda lihat dengan lebih terperinci, doh piza ini juga berwarna biru bagi menyamai warna nasi kerabu.
Salah seorang team TRP yang dikenali sebagai seseorang yang agak cerewet dalam memilih makanan juga ‘approve’ menu ini.
Rate: 9/10 (Boleh repeat lagi)
Tempeh Melt Sticks
Untuk anda yang mahu mencari makan ‘kudap-kudap’, menu Tempeh Melt Sticks ini antara hidangan yang sesuai kerana saiz makanan tersebut yang agak besar. Kalau makan dua atau tiga ketul, confirm perut anda akan mula berasa kekenyangan.
Apa yang menjadikan menu ini lebih sedap dan menonjol adalah dengan adanya Sos Celup Bawang Karamel Pedas. Bila anda cicah Tempeh Melt Sticks ini dengan sos tersebut, rasanya cukup ‘upmh!’.
Salah satu ‘first impression’ team kami adalah ia mengingatkan mereka dengan menu ‘corn dog’ tetapi dalam versi tempeh.
Tapi bagi kami, ia lebih enak jika dimakan betul-betul selepas digoreng dalam keadaan panas kerana ia akan membuatkan keju di dalam tempeh itu mencair. Confirm akan makan tak berhenti.
Rate: 8/10
Kepada anda yang mahu mencuba sendiri dua hidangan terbaharu dari Mokky’s Pizza & Coffee, anda boleh mendapatkan menu istimewa ini dari 28 Ogos hingga 16 September 2024 di kedua-dua cawangan Mokky’s Pizza bertempat di Bukit Tunku dan Bukit Jelutong.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.