Now Reading
Ini 5 Kedai Yang Jual Cinnamon Roll Sekitar KL & Selangor

Ini 5 Kedai Yang Jual Cinnamon Roll Sekitar KL & Selangor

Cinnamon roll merupakan salah satu menu pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai rakayat Malaysia kerana rasanya yang tidak terlalu manis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak kiralah korang dah kenyang macam mana sekali pun, mesti akan ada juga ruang dalam perut untuk pencuci mulut pula.

Tapi bila fikir-fikir balik, tak tahu pula nak makan ‘dessert’ apa kerana ada pelbagai pilihan seperti kek, pudding, coklat, aiskrim, tiramisu dan sebagainya.

Kepada korang yang mengalami masalah seperti ini, jom kami cadangkan untuk anda mencuba hidangan ‘cinnamon roll’ pula dengan kawan-kawan.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba ‘cinnamon roll’, ia merupakan pastri yang dibuat dalam bentuk gulungan dan menggunakan kayu manis sebagai bahan utamanya.

Kalau tidak menggunakan kayu manis, bukan ‘cinnamon roll’ lah namanya.


5 Lokasi Yang Menjual Menu ‘Cinnamon Roll’ Di Sekitar Lembah Klang

Buat anda yang mahu mencuba sendiri hidangan pencuci mulut ini, jom kami bantu dengan menyenaraikan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menjual ‘cinnamon roll’.

Antaranya:

#1. Homebaker@Clover’s
  • Lokasi:
    • Bukit Jelutong.
    • Paradigm Mall.
    • Bangi Sentral.
    • Taman Melawati.
    • Setia City Mall.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am sehingga 10pm.
#2. Der Backmeister
  • Lokasi: 40, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka pada hari Selasa hingga Ahad (8am – 5:30pm).
#3. Duwa – Artisanal Bakery & Pizzeria
  • Lokasi: No 7, 0, Jalan 3/4c, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka pada Isnin hingga Rabu (8:30am – 8pm) dan Khamis hingga Sabtu (8:30am – 10pm).
#4. Cinnabon
  • Lokasi: The Exchange TRX dan IOI City Mall.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am hingga 10pm.
#5. Kenny Hills Bakers
  • Lokasi: 
    • Ampang.
    • KL East Mall.
    • Bukit Tunku.
    • Desa Park City.
    • IOI City Mall.
    • Taman Tun Dr Ismail.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am hingga 10pm.

Kepada anda yang sudah terliur melihat gambar-gambar cinnamon roll ini, apa tunggu lagi? Jom ke lokasi di atas untuk penuhi keinginan anda.

Baca Artikel Berkaitan: Yellow Brick Road, Monét Serta 7 Lagi Lokasi Sekitar KL & Selangor Untuk Penuhi Keinginan Tiramisu Anda

Baca Artikel Berkaitan: Nak Makan-makan Sekitar LRT SS15? Ini 7 Kedai Viral Yang Anda Perlu Cuba


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd