Donut Timbits & Kopi Tim Hortons Bakal Tersedia Buat Rakyat Malaysia Pada 15 Ogos Ini!
Tim Hortons pertama di Malaysia akan dibuka pada 15 Ogos ini di IOI City Mall, Putrajaya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Restoran Tim Hortons pertama akan dibuka di Kuala Lumpur Malaysia, pada 15 Ogos 2024 di IOI City Mall dengan cawangan kedua bakal dilancarkan di Sunway Velocity dua hari kemudian (17 Ogos).
“Always Fresh” – Tim Hortons
Diasaskan pada tahun 1964, Tim Hortons telah meraikan semangat dan kepakaran mereka dalam bidang kopi selama lebih enam dekad.
Dengan biji kopi Arabica premium yang 100% diperoleh dari petani kopi di Afrika, Asia Pasifik, dan Amerika Latin, Master Blenders dan Roaster Masters Tim Hortons memanggang setiap batch dengan penuh ketelitian.
Di Tims, ‘Always Fresh’ bukan sekadar slogan; ia adalah cara hidup.
Makanan dan pastri yang dipadankan dengan kopi mereka disediakan secara segar dan mengikut pesanan, memastikan makanan dan minuman berkualiti tinggi dan lazat.
Menu Tim Hortons di Malaysia akan menawarkan pelbagai minuman premium termasuk kegemaran ramai seperti French Vanilla, Maple Cinnamon Latte, dan minuman eksklusif Malaysia seperti Iced Capp dengan perisa tempatan seperti Butterscotch Ondeh Ondeh, dan Teh Tarik Tribute.
Menu Makanan di Tom Hortons Malaysia
Kaki makan mesti tertunggu-tunggu apa menu yang bakal diperkenalkan buat peminat Tim Hortons di Malaysia, kan?
Bagi mereka yang gemar manisan, pelbagai pastri segar tersedia termasuk pilihan global terkenal seperti Maple Dip Donuts, Boston Cream Donuts, dan Cinnamon Sugar Timbits.
Mereka juga menawarkan hidangan eksklusif Malaysia seperti Pineapple Filled Donuts, Kaya Filled Donuts, dan Kaya Filled Timbits.
REVIEW; We Tried! Hehe
Team TRP sememangnya tak akan melepaskan peluang untuk menghadiri majlis tertutup yang diadakan buat pengamal media dan juga pempengaruh pada 14 Ogos (semalam) di Sunway Velocity Mall.
Dan kami disajikan dengan kesemua menu yang ada. Termasuklah sesi ‘coffee tasting’. Walaupun saya tak minum kopi, tapi bau kopi yang dihidangkan sememangnya mampu menaikkan lagi ‘selera’ para pengunjung.
Bab makanan pula, saya amat menyukai Maple Chicken Deli Cheese Melts dan hidangan eksklusif tempatan seperti Sambal Chicken Melts dan Pasta Bakes: Truffle. Memang kena dengan tekak saya.
Kalau korang nak cuba donut, perlu diingatkan bahawa donutnya agak manis.
Jadi untuk first-timer, boleh beli Timbits dulu untuk dinikmati bersama kopi.
Overall; kami bagi 8/10 untuk makanan yang dihidangkan di Tim Hortons! <3
NOTA: Semua bahan di Tims diperoleh dari pembekal yang mempunyai sijil halal, memastikan tiada penggunaan babi, lemak babi, atau alkohol di premis Tim Hortons – selaras dengan garis panduan pemakanan di Malaysia.
Giveaway!
Untuk meraikan pelancaran Tim Hortons Malaysia di IOI City Mall dan Sunway Velocity, pihak mereka telah merancang beberapa promosi menarik seperti:
- 100 pelanggan pertama dengan sebarang pembelian akan menerima kopi latte kecil percuma setiap minggu selama 6 bulan dari 15-16 Ogos 2024 di IOI City Mall dan dari 17-18 Ogos 2024 di Sunway Velocity.
- Pelanggan yang membelanjakan RM80 ke atas dalam satu resit akan menerima beg tote eksklusif hasil seni (selagi stok masih ada!).
So, jom?!
- Tim Hortons IOI City Mall
- Lot LG-83, City, IOI City Mall, Lbh IRC, IOI Resort, 62502 Putrajaya, Selangor.
- 10AM – 10PM (Setiap hari).
- Tim Hortons Sunway Velocity
- Lot G-04 & G-05, Lingkaran Sunway Velocity, Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
- 10AM – 10PM (Setiap hari).
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.