Now Reading
Nak Makan-makan Sekitar LRT SS15? Ini 7 Kedai Viral Yang Anda Perlu Cuba

Nak Makan-makan Sekitar LRT SS15? Ini 7 Kedai Viral Yang Anda Perlu Cuba

Antara kedai makan yang berhampiran dengan stesen LRT SS15 di Subang adalah Hot Bird, Fowlboys dan Nasi Lemak Burung Hantu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain di sekitar Kuala Lumpur, Subang juga merupakan antara lokasi menarik yang menjadi pilihan pemilik premis untuk membuka cawangan baharu untuk kedai mereka.

Tapi bila sebut Subang, salah satu perkara yang menjadi kebimbangan orang ramai adalah tentang parkir mereka yang dikatakan agak terhad. Kena pusing tiga empat kali jugalah sebelum dapat parkir.

Bagi anda yang tak mahu serabut fikiran kepala dengan memikirkan mengenai parkir ada atau tidak, LRT SS15 adalah antara stesen yang berhampiran dengan pelbagai jenis kedai makan viral untuk korang ‘explore’ Subang.


7 Kedai Makan Viral Sekitar LRT SS15

Kepada korang yang tak pernah lagi turun di stesen LRT SS15, sebenarnya ada banyak tempat makan viral yang best di sini dan semuanya berada dalam jarak yang berhampiran. Boleh jalan kaki je!

Antaranya:

#1. Hot Bird

Kepada mereka yang sukakan hidangan ayam goreng, ada satu kedai ala-ala KFC dan ia adalah jenama tempatan iaitu Hot Bird.

Difahamkan, Hot Bird ini adalah restoran yang ‘Muslim-friendly’ dan merupakan premis pertama menyajikan ayam goreng gaya Nashville di Malaysia.

Sebagai info, ayam goreng gaya Nashville itu dikenali dengan rasa pedas yang pelbagai dan ia cukup popular di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Untuk korang yang sukakan makanan yang pedas, Hot Bird mempunyai pelbagai tahap kepedasan untuk dipilih selain variasi sos seperti Cool Ranch, Tangy Buffalo, Garlic Mayo dan banyak lagi.

  • Lokasi: 25, Jalan SS 15/4, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00pm sehingga 9:30pm.
#2. Fowlboys

Selain Hot Bird, ada satu lagi kedai makan yang terkenal dengan hidangan ayam goreng mereka iaitu Fowlboys.

Kalau ‘dine-in’ di sana, mesti korang akan terpesona dengan hiasan dalaman premis berkenaan yang dilihat seolah-olah seperti gaya di Amerika Syarikat.

Premis yang dimiliki oleh individu beragama Islam iaitu Shafiq dan Johann ini juga juga popular dengan hidangan burger, waffle serta minuman milkshake mereka.

Kepada korang yang suka ber-OOTD pula, Fowlboys juga memberikan anda pelbagai spot yang Instagramable untuk bergambar.

  • Lokasi: 38, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00pm hingga 3:30pm dan 6:00pm hingga 9:30pm.
#3. Big Boss HSP

Untuk korang yang selalu lapar dan sudah terfikir hidangan apa untuk ‘supper’ walaupun baru sahaja selesai makan malam, Big Boss HSP adalah salah satu pilihan tepat.

Big Boss HSP ini sememangnya dikenali dengan menu popular mereka iaitu kentang goreng yang ditaburi dengan pelbagai pilihan daging dan ayam serta diselaputi sos.

Jangan terkejut ya bila korang tengok ‘portion’ kentang goreng tersebut kerana ia memang banyak dan sangat sesuai untuk makan dengan kawan-kawan sambil melakukan sesi luahan perasaan.

  • Lokasi:  28, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari.
    • Ahad hingga Isnin (5:00pm sehingga 11:30pm)
    • Sabtu dan Ahad (5:00pm sehingga 1:30am)
#4. JIBRIL

Kalau tekak terasa nak makan nasi buttermilk chicken, JIBRIL sedang memanggil-manggil korang yang berada di sekitar SS15.

Untuk korang yang pertama kali mahu ke kedai makan ini, jangan pelik kalau dua tiga kali pusing di kawasan sama dan masih tak jumpa pintu masuknya kerana kedai ini menggunakan konsep ‘speakeasy’ yang diinspirasikan dari bar tersembunyi pada zaman ‘American Prohibition’.

Walaupun konsepnya seperti bar tersorok, tetapi jangan risau kerana tiada minuman alkohol yang dijual serta ia dijamin halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dimiliki oleh Akmyr Ahmad Azwan, JIBRIL mahu mengekalkan identiti mereka sebagai kedai makan yang mempunyai pintu rahsia. Siapa yang pernah pergi je tahu! #YTJT.

  • Lokasi: 25, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00pm sehingga 12:00am.

Baca Artikel Berkaitan: [Eksklusif] Konsep ‘Hidden’ Kedai JIBRIL Dikenali Ramai. Apa Rahsianya?

Baca Artikel Berkaitan: Suka Makan Di JIBRIL? Ini Kisah Perjalanan Mereka Yang Ramai Tak Tahu

#5. Nasi Lemak Burung Hantu
Sumber: KL Foodie

Kalau tiba-tiba craving Nasi Lemak waktu malam, korang boleh pergi ke Nasi Lemak Burung Hantu sehingga lewat malam.

Memang sesuai dengan namanya iaitu ‘Burung Hantu’ yang dikenali dengan sifat terjaga ada waktu malam.

Hidangan Nasi Lemak di sini cukup mengiurkan lebih-lebih lagi dengan ayam goreng berempah mereka yang cukup rangup dan juga sedap untuk dimakan begitu sahaja.

  • Lokasi: 26, Jalan SS 15/8b, ss15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00pm sehingga 4:00am
#6. Mixue

Walaupun perut sudah kekenyangan, tetapi perut korang akan sentiasa ada ruang lagi untuk pencuci mulut pula.

Mixue adalah salah satu lokasi yang menarik untuk mendapatkan hidangan ‘dessert’ seperti aiskrim dan minuman yang menyegarkan.

Jenama ini dikenali ramai dengan harganya yang murah dan kualiti yang sangat mengagumkan.

Jarang ya nak jumpa kedai yang menjual aiskrim kon berharga RM2 dan minuman lemonade berharga RM3. Memang berbaloi sangat dengan saiznya yang besar.

  • Lokasi: 2, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 11:00am sehingga 11:00pm.
#7. Koppiku

Untuk korang yang tak boleh ‘hidup’ satu hari tanpa kopi, Koppiku adalah antara kedai yang dibuka dalam premis comel berwarna hijau pastel di Subang Square.

Ada macam-macam menu unik yang dijual di sini seperti:

  • Bandung Latte
  • Nestum Latte
  • Coconut Latte
  • Snow White
  • Nutty Latte

Selain minuman kopi, peminat minuman ‘hijau’ iaitu Matcha Latte juga dijual di sini.

  • Lokasi: Subang Square, Jln SS 15/4G, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 7:00am sehingga 9:00pm.

Kalau korang tahu tempat makan best yang lain sekitar SS15 atau di Subang, bolehlah kongsi dengan kami.

Baca Artikel Berkaitan: 9 Lokasi Kedai Makan Best Di The Exchange TRX Yang Anda Perlu Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Warong Che Senah, Mee Tarik & 5 Lagi Tempat Makan Di Lembah Klang Yang Buka Hingga Tengah Malam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd