Anda Hantu Durian? Ini Varian Durian Yang Kurang Dikenali Tapi Kena Cuba
Asyik makan Udang Merah, Black Thorn, D24, dan Musang King je. Jom la cuba durian ‘underrated’ yang lain pula. Sedap tau.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dengan musim durian yang kini sedang ‘hangat’ berlangsung di Malaysia, bukan hanya ‘Raja Buah’ yang popular je yang patut mendapat perhatian tau. Di sebalik populariti durian Black Thorn, D24, dan Musang King, terdapat juga variasi durian lain yang kurang dikenali dari seluruh negara namun sebenarnya tidak kurang hebatnya dengan apa dengan yang korang selalu makan.
Kalau korang nak tahu, setiap satu dengan profil rasa dan tekstur unik, ‘permata’ tersembunyi ini menanti untuk ditemui dan dinikmati.
Percayalah. Sedap, berlemak.

Dari Johor ke Pulau Pinang yang dikenali sebagai ‘syurga makanan’ dan landskap subur di Pahang, setiap wilayah mempunyai variasi duriannya sendiri.
Terokai Durian Yang Kurang Terkenal (Underrated) Di Malaysia!
Jom mulakan pengembaraan durian pada musim ini dengan menerokai sendiri durian kurang dikenali ramai mengikut negeri seperti:
#1. Johor
Terkenal dengan durian “Sultan” yang juga dikenali sebagai D24, negeri di selatan Semenanjung ini mempunyai banyak khazanah varian durian yang unik.
Contohnya, Durian IOI dari Muar, Johor.
Meskipun saiznya kecil, durian ini menawarkan rasa manis dan tekstur berkrim. Dengan rasa buah yang kuat dan warna oren yang hampir sama, durian ini sering disalah anggap sebagai D101 – satu lagi varian durian yang dicari-cari dari Johor.
Dikenali dengan rasa pahit manis yang disukai rakyat Malaysia, durian D101 menonjol dengan dagingnya yang sedikit kering berbanding durian lain. Ia adalah kegemaran di kalangan mereka yang lebih suka tekstur kurang berkrim dan profil rasa seimbang.
#2. Pulau Pinang
Walaupun Pulau Pinang terkenal dengan durian “Udang Merah”, pulau ini turut menawarkan pelbagai lagi jenis durian yang menarik. Terokai durian “Hor Lor” iaitu satu permata tersembunyi yang semestinya memikat.
Nama tersebut diberikan oleh kerana bentuknya yang unik seperti labu.
Durian Hor Lor adalah satu keindahan deria, menawarkan rasa manis dengan sedikit pahit. Dagingnya berkrim dan berwarna kuning muda, satu visual yang menarik yang sepadan dengan rasanya yang memikat. Tambahan pula, dengan bijinya yang kecil hingga sederhana, terdapat lebih banyak daging yang lazat untuk dinikmati!
#3. Pahang
Selain terkenal dengan durian “Musang King”, Pahang juga mempunyai durian “Mas Hijau” atau “Emas Hijau”. Varian durian ini menonjol dengan isinya yang berwarna kuning keemasan.
Tetapi bukan hanya tentang estetik, ya.
Daging durian Mas Hijau adalah tebal, lembut, dan berkrim, menawarkan tekstur mewah. Selain itu, durian Beserah yang dikenali dengan isi berwarna kuning keemasan yang padat dan berkilat, menggabungkan manis dengan sedikit pahit, menjadikannya buah yang menjadi gilaan ramai.
Walaupun dengan harga yang agak ‘keras’, ia terus mendapat permintaan tinggi.
Varian durian ini juga dikatakan dapat mengatasi rasa durian premium seperti Musang King dan Black Thorn.
#TipBonus
Jika penceritaan tentang varian durian yang kurang dikenali ini berjaya menarik minat korang, atau korang nak meraikan musim durian dengan pemilihan klasik, GrabMart kan ada! Tak perlu nak susah-susah keluar rumah, duduk rumah pun durian boleh sampai depan pintu.
Penghantaran percuma pula tu. Uish, menarik juga tawaran GrabMart untuk kempen Apa Saja Durian kali ni.
Selain itu, dengan kempen tahunan GrabDurian ini– korang boleh menikmati diskaun hingga 50% untuk varian durian kegemaran daripada peniaga yang mengambil bahagian seperti:
- DurianMan
- DKing
- Berkeley Durian
- Sinnaco Durian Specialist, dan banyak lagi!

Eh! Bukan itu je, kalau korang berani mencuba sesuatu yang lebih ‘unik’, GrabFood ada juga menawarkan pelbagai kombinasi durian yang menarik seperti Durian Lassi eksotik dari Big Singh Chapati, Durian Burger inovatif dari KGB, atau hidangan Nasi Goreng Durian dari Cauli and Rice.

Mmm, marvelous!
Kesimpulannya, sama ada korang adalah peminat nombor satu durian atau ‘kaki’ makan yang tegar, banyak lagi jenis-jenis durian yang boleh anda rasai.
Jadi, tunggu apa lagi? Jom selami pengembaraan durian anda hari ini, dan cuba sendiri ‘Raja Buah’ kegemaran korang! 😀

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bahan Terbaik Untuk Hilangkan Bau Durian Dengan Cepat. Penggemar Raja Buah Wajib Tahu!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.