Now Reading
Take Five Coffee Brewers, Grumpy Bagels & 3 Lagi Kedai Bagel Di Lembah Klang Yang Anda Kena Cuba

Take Five Coffee Brewers, Grumpy Bagels & 3 Lagi Kedai Bagel Di Lembah Klang Yang Anda Kena Cuba

Kepada penggemar hidangan Bagel, terdapat pelbagai lokasi yang anda boleh kunjungi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun berasal dari Jerman, hidangan roti yang diperbuat daripada doh berbentuk cincin iaitu Bagel kini telah menjadi salah satu hidangan kegemaran rakyat Malaysia.

Kebiasaannya, Bagel ini akan dihidangkan dengan krim keju (cream cheese) sebagai asasnya. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah menu lain seperti kepingan ayam, salmon, sayur-sayuran dan sebagainya.

Kepada korang yang belum pernah menikmati hidangan roti Bagel ini, jom kami senaraikan beberapa lokasi yang boleh dikunjungi sekitar Lembah Klang.

Antaranya:

#1. Take Five Coffee Brewers

Bagi warga Shah Alam yang mahu menikmati sarapan pagi dengan hidangan bagel dan minuman kopi, boleh berkunjung ke Take Five Coffee Brewers. Selain bagel, ada juga beberapa menu kek yang dijual di sini.

Antara bagel yang boleh didapati dengan pelbagai jenis menu di sini adalah:

  • OG Cream Cheese – RM8
  • The Scrambled – RM12
  • Bacon Rocket – RM15
  • Steak and Cheese – RM15
  • Pepperoni – RM15
  • Bacon Egg – RM15
  • Smoked Salmon – RM18
  • PB & Banana – RM12
  • Nutella & Banana – RM12
Sumber: Instagram @takefivecb

Kepada mereka yang bukan ‘coffee lover’, jangan risau kerana minuman lain turut dijual seperti milkshake dan matcha.

Kalau nak makan di sana pun boleh kerana lokasi tersebut mempunyai beberapa tempat duduk, tetapi agak terhad dan bergantung kepada ‘siapa cepat dia dapat’.

Sumber: Instagram @takefivecb
  • Lokasi: 6g, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu operasi: 7:00AM – 7:00PM (Isnin hingaa Jumaat) dan 8:00AM – 7:00PM (Sabtu dan Ahad).

#2. Grumpy Bagels

Antara lokasi yang menjual bagel yang kini sedang viral di media sosial adalah Grumpy Bagels yang baru sahaja dibuka pada April tahun ini.

Kalau korang nak tahu, sebelum adanya Grumpy Bagels ini, lokasi tersebut merupakan sebuah banglo lama yang terbiar.

Sumber: Eat Drink KL

Tidak lama selepas itu, pengasas kedai bagel iaitu Claire Tan, 29, yang dahulunya seorang pramugari telah mengambil peluang untuk membuka perniagaannya sendiri selepas memupuk minat terhadap hidangan bagel.

Katanya dulu setiap kali mempunyai penerbangan ke Amerika Syarikat, perkara utama yang mahu dilakukan adalah membeli bagel di sana.

Siapa sangka, kini Claire sudah memiliki perniagaan bagel di Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram @grumpybagels
Sumber: Eat Drink KL

Antara menu bagel yang dijual di Grumpy Bagels adalah:

  • Garlic Cream Cheese
  • Ham & Cheese
  • Berry Crumble
  • Coffee Cream Cheee
  • Cheese & Butter

Tempat duduk di sana pun boleh tahan banyak juga. Paling penting, ada spot yang Instagramable untuk korang.

Nota: Kalau tak nak tunggu lama atau beratur panjang, kena datang awal pagi ya.

Sumber: Eat Drink KL
  • Lokasi: 5, Jalan Kamuning, Off, Jln Imbi, 55100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Selasa (9:00AM-5:00PM).

#3. Park’s Bagels

Kalau korang di pusat membeli-belah dan terasa untuk menikmati hidangan bagel, jom pergi ke Park’s Bagels.

Di sini, terdapat sembilan jenis bagel dengan 12 perisa cream cheese untuk dipilih. Banyak ya! Confirm rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu.

Sumber: Instagram @parksbagelsmy

Pilihan bagels adalah seperti berikut:

  • Plain bagel
  • Wholewheat bagel
  • Everything bagel
  • Garlic bagel
  • Poppy Seed bagel
  • Blueberry bagel
  • Cranberry bagel
  • Onion bagel
  • Jalapeno bagel

Bagi pilihan cream cheese pula:

  • Plain cream cheese
  • Spring onion cream cheese
  • Jalapeno cream cheese
  • Yuzu cream cheese
  • Basil tomato cream cheese
  • Buldak cream cheese
  • Smoke chicken ham cream cheese
  • Fig cream cheese
  • Mixed berries cream cheese
  • Maple walnut cream cheese
  • Strawberry cream cheese
  • Blueberry cream cheese
  • Earl grey cream cheese
  • Double chocolate cream cheese
Sumber: Instagram @parksbagelsmy

Selain bagel, ada juga hidangan lain yang dijual seperti Garlic Cream Cheese Bun dan kek keju.

Tak lengkaplah hidangan kalau tak ada minuman kan? Bagi ‘coffee lover’, terdapat pelbagai pilihan kopi yang boleh dibeli seperti Latte, Cappucino, Americano dan Mocha.

Untuk korang yang tak minum kopi, jangan risau ada juga pilihan minuman yang lain seperti Green Tea Latte, Lemonade dan Chocolate Latte.

Sumber: Instagram @parksbagelsmy

Nak makan terus di sana pun boleh kerana terdapat ruangan meja dan kerusi yang disediakan kepada para pelanggan Park’s Bagel.

  • Lokasi:
    • LG357 & LG358 1 Utama, New Wing.
    • CC-41, Tropicana Gardens Mall.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10:00AM sehingga 10:00PM.

#4. Bagelhaus

Kepada anda yang berada di sekitar Petaling Jaya, bolehlah cuba bagel dari Bagelhaus pula.

Bagi korang yang tertanya-tanya, bagel apa yang ada dijual di sini, jom kami senaraikan. Antaranya:

  • Original
  • Everything
  • Golden garlic
  • Cranberry cinnamon
  • Blueberry
  • Black olive & cheddar
Sumber: Eat Drink KL

Bagi pilihan cream cheese pula adalah seperti berikut:

  • Strawberry delight
  • Opera jam
  • Earlgrey milk
  • Caramel nuts
  • Creamy grilled corn
  • Honey yuzu & coconut
  • Basil pesto & sundried tomato
  • Spicy scallion & beef bacon

Kalau korang tengok dekorasi luaran kedai Bagelhaus ini, ia memang comel dan akan membuatkan pengunjung tertarik untuk masuk ke dalam premis ini.

Sumber: Eat Drink KL
Sumber: Eat Drink KL

Bila korang dah masuk ke dalam, ternyata hiasan dalamannya lebih menarik dan sangat Instagramable. Boleh bergambar sambil makan bagel di Bagelhaus.

  • Lokasi: G10, Megah Rise Mall, Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10:00AM sehingga 10:00PM.

#5. Estelle

Kalau korang nak makan bagel dan mahu berangan seperti di luar negara, bolehlah ke Estelle kerana dekorasi dalaman kedai ini seolah-olah di Eropah.

Hiasan dalamannya yang agak klasik dan ‘earthy’ mewujudkan rasa selesa kepada pelanggan.

Sumber: Eat Drink KL

Bagi pilihan menu bagel di sini pula, antaranya adalah:

  • Cheesy potato
  • Bacon cheese
  • Loch ness monster
  • Loka kaya
  • Mushroom melt
Sumber: Instagram @estelle.msia

Bagi mereka yang mahu ‘catch up’ dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu, lokasi ini memang sesuai sangat kerana premis ini menyediakan banyak tempat duduk kepada pelanggan mereka.

Selepas selesai sesi bercerita dengan ‘bestie’, boleh bergambar kerana banyak juga ruangan yang Instagramable di sini.

Sumber: Eat Drink KL
  • Lokasi: G-3A, Trion, Jalan Dua, Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 9:00AM sehingga 6:00PM.

Terliur pula tengok semua Bagel yang dijual di beberapa kedai ini. Kalau makan ketika sarapan, memang confirm akan kenyang sepanjang pagi.

Kepada korang yang pernah pergi ke kedai bagel yang lain, bolehlah kongsi tempat itu dengan kami. Tak salah kita cuba di tempat lain pula kan?

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!

Baca Artikel Berkaitan: Ferria KL @ Westin KL Tampil Dengan ‘Vibe’ Oasis Di Tengah Bukit Bintang. Menu Pun Unik! [Review]

Baca Artikel Berkaitan: Alva KL Jadi Spot Terbaharu Untuk Makan Dengan View KLCC! [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd