Secret Recipe Perkenal 2 Menu Baru Edisi Crunchy Cornflakes, Pasta Rasa Masak Lemak Pun Ada!
Dua menu baru diperkenalkan oleh Secret Recipe adalah Crunchy Cornflakes Pasta with Chicken dan Crunchy Cornflakes Chicken Chop.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Secret Recipe baru-baru ini telah memperkenalkan menu baru, Crunchy Cornflakes dengan dua set menu iaitu:
- Crunchy Cornflakes Pasta with Chicken: RM23.90
- Crunchy Cornflakes Chicken Chop: RM27.90
Kedua-dua menu tersebut dilengkapi dengan cornflakes yang menambahkan kerangupan dalam setiap suapan juadah berkenaan.
Untuk set menu ini, anda juga boleh mendapatkan minuman Teh Markisa Madu dengan harga promosi iaitu RM6.80. Harga asal untuk minuman tersebut adalah RM10.80.
Reviu Menu Crunchy Cornflakes
- Crunchy Cornflakes Chicken Chop
Bagi set menu Crunchy Cornflakes Chicken Chop anda akan dihidangkan sekali dengan sos mentega yang berlemak dan juga kentang wedges sebagai makanan sampingan.
Chicken chop itu pula akan disalutkan dengan bijirin cornflakes yang menambahkan kerangupan kepada makanan berkenaan. Namun, jika anda tanya kepada kami, ia bukanlah satu menu yang membuatkan anda mahu datang semula ke sana semata-mata untuk membelinya semula.
Penggunaan cornflakes dalam hidangan tersebut tidak menambahkan perisa ayam itu, sebaliknya membuatkan tekstur ayam berkenaan lebih rangup jika dibandingkan dengan menu chicken chop yang lain.
Secara keseluruhannya, kami rate hidangan chicken chop bersalut cornflakes ini sebanyak 5/10.
Sesuai buat anda yang ingin mendapatkan keunikan dalam makanan mereka. Tetapi mungkin bukan sebagai makanan yang akan dipesan berulang kali apabila mengunjungi ke Secret Recipe.
- Crunchy Cornflakes Pasta with Chicken
Bagi hidangan kedua iaitu Crunchy Cornflakes Pasta with Chicken, perisa pasta tersebut mungkin lain daripada yang anda biasa rasai. Kebiasaannya, pelanggan akan memesan pasta dengan kuah berasaskan pes tomato atau carbonara.
Tetapi kali ini, Secret Recipe menampilkan perisa klasik masakan tradisional dari Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api. Kuah kuning tersebut menambahkan sedikit kepedasan kepada hidangan itu.
Buat mereka yang tidak boleh tahan dengan rasa pedas, usah risau kerana tahap kepedasan tersebut masih pada skala yang sederhana.
Secara keseluruhan kami dari TRP rate hidangan ini 6/10.
Kepada mereka yang berminat, anda boleh dapatkan set hidangan tersebut di seluruh cawangan Secret Recipe di Semenanjung Malaysia kecuali pusat membeli-belah AEON Taiping.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram