Now Reading
The Spot by Chinoz Di Bangsar Jadi Lokasi Baru Untuk Kaki ‘Cafe Hunting’

The Spot by Chinoz Di Bangsar Jadi Lokasi Baru Untuk Kaki ‘Cafe Hunting’

Restoran The Spot ini dimiliki oleh pemilik Chinoz on The Park KLCC iaitu Teng Wee Jeh dan juga isteri, Sandra Samad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kafe baharu yang dibuka sekitar Kuala Lumpur dilihat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Setiap bulan ada sahaja kafe atau restoran yang menjadi tumpuan ramai.

The Spot

Pada bulan Februari lalu, sebuah restoran telah dibuka di Jalan Kemuja, Bangsar yang dipanggil sebagai ‘The Spot’. Lokasinya begitu strategik di mana ianya terletak berhadapan dengan TMC Supermarket di Jalan Ara. Jaranglah akan terlepas, confirm akan nampak satu-satunya kedai di tengah-tengah itu.

Parkir pun mudah sahaja berhadapan dengan premis berkenaan.

The Spot by Chinoz.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Oh! Untuk pengetahuan anda, The Spot ini sebenarnya dimiliki oleh pemilik Chinoz on The Park KLCC iaitu Teng Wee Jeh dan juga isteri, Sandra Samad.

Walau bagaimanapun, Chinoz On The Park telah menamatkan operasi cawangan utama mereka di KLCC pada bulan Mac 2023 setelah beroperasi lebih 25 tahun bermula 1993.

BACA SINI: Chinoz On The Park KLCC Tampil Dengan Menu Eksklusif Sempena Christmas

Selepas Chinoz on The Park, mereka turut memperkenalkan sebuah restoran yang diberi nama Chinta by Chinoz yang menawarkan hidangan tradisional Melayu. Restoran ini terletak di Jalan Kemuja, Bangsar yang membawa vibe di zaman 60an.

BACA SINI: Chinta by Chinoz ‘Hidangkan’ Vibe Istimewa Buat Pelanggan


The Spot by Chinoz

Dikenali sebagai The Spot oleh Chinoz, pembukaan terbaru restoran ini sekaligus menandakan kembalinya hidangan gaya kafe Chinoz terkenal termasuklah laksa, pelbagai jenis pizza dan sandwich daging lembu buatan sendiri.

Selangkah masuknya anda di dalam restoran tersebut, anda akan mendapati ruang selesa dan sememangnya lebih luas daripada yang dijangkakan – di mana ia merangkumi gabungan siling tinggi dan meja kecil yang disusun dengan di sepanjang dinding.

Interior yang sangat cantik. Cozy sangat.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Meja panjang komuniti membuat kehadirannya dirasai di hadapan kaunter, dan tingkap-tingkap tinggi memastikan tiada kekurangan cahaya matahari untuk dinikmati.

(Sumber: Siti Murni/TRP)

Satu-satunya item “Malaysia” dalam menu adalah Laksa Lemak. Menu ini dihasilkan menggunakan pasta jenis angel hair sebagai ganti mi beras biasa — satu penghormatan kepada laksa yang dihidangkan di Chinoz dahulu.

Antara menu yang terdapat di The Spot by Chinoz.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Team ‘TRP Eats’ Cuba Menu Signature Di The Spot by Chinoz

Bila ada sahaja kafe atau restoran baharu yang dibuka, team kami tidak melepaskan peluang untuk berkunjung dan mencuba sendiri makanan dan minuman signature yang menjadi pilihan setiap pemilik restoran.

Untuk The Spot by Chinoz, kami disantuni dengan beberapa menu yang menjadi pilihan. Antaranya:

  • Chicken + Mushroom Pie (RM29).
  • Pasta Potato Gnocchi (RM33).
  • Pasta Angel Hair Prawn Aglio Olio (RM38).
  • Pizza Funghi (RM38).

Nampak macam banyak. Tapi saiz ‘just nice’ sahaja.

Kalau nak makan bertiga, atau berempat pun boleh. Share-share. Harga pun sememangnya ‘reasonable’ dengan kualiti dan lokasi.

#1. Chicken Mushroom Pie.

Sumber: Siti Murni/TRP

Menu ini pasti digemari ramai kerana pastri pie tersebut bermentega dan rapuh di mana ia turut menampilkan warna coklat karamel di bahagian atasnya. Isi ayam dan cendawan yang dimasukkan di dalam pie itu juga sangat banyak dan besar.

Memang puas!

#2. Pasta Angel Hair Prawn Aglio Olio.

Menu pasta ini sering menjadi pilihan ramai jika ianya terdapat di dalam menu. Menu paling simple dan dihidangkan dengan empat ketul udang – memberikan ‘perasa’ ekstra kepada hidangan ini. Dan kalau boleh, jangan kongsi. Sebab confirm boleh licin walaupun dinikmati seorang diri.

Pasta Angel Hair Prawn Aglio Olio (kiri) & Pasta Potato Gnocchi (kanan).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

#3. Pasta Potato Gnocchi.

Pasta Potato Gnocchi ini adalah hidangan paling unik dan ‘rare’. Tak senang untuk dijumpai di mana-mana restoran atau kafe. Ia ibarat 10 buah kafe/restoran, hanya satu sahaja yang menawarkan hidangan ini. Menu ini diperbuat dengan bahan-bahan seperti potato dumpling bersama cendawan, diikuti dengan puree labu.

#4. Pizza Funghi.

Sumber: Siti Murni/TRP

Piza seringkali menjadi menu yang akan mendapat sambutan ramai. Bahkan, kanak-kanak juga amat menyukainya. The Spot by Chinoz ingin memastikan bahawa ‘there’s something for everyone’. Sama ada golongan kanak-kanak, muda, ataupun tua. Pasti akan ada sesuatu untuk dipesan.

Piza Funghi ini mempunyai bahan-bahan seperti cendawan, bawang, mozzarella, pesto, dan juga telur. Kombinasi yang sangat menarik untuk dinikmati. Ia juga merupakan salah satu piza ‘best-seller’ di restoran ini.


  • The Spot by Chinoz
  • Jalan Ara (berhadapan dengan TMC), Bangsar, Kuala Lumpur
  • Dibuka setiap hari. 10am-10pm
  • Tel: 03-2201 6422
  • Instagram: @thespot.by.chinoz

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd