Mokkys Pizza, Orked City, Cake Jalan Tiung & 5 Lagi ‘Spot’ Moreh Menarik Di Sekitar Shah Alam
Banyak betul lokasi moreh di Shah Alam rupanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setelah selesai menunaikan Solat Sunat Tarawih, dalam kepala masing-masing mesti akan mencari spot untuk moreh. Walaupun sudah kekenyangan selepas berbuka puasa, “There’s always room for desserts & coffee,” orang kata. 😊☕🍰
Kalau korang tengah mencari spot moreh terbaik di Shah Alam, boleh tengok senarai TRP di bawah:
Lokasi Moreh Sekitar Bandar Shah Alam
#1. Breakfastroom @ Bukit Jelutong
Kebiasaannya, Breakfast Room ini menyediakan menu untuk makan pagi. Nama pun ‘breakfast’. Tapi kali ini, sepanjang bulan Ramadan mereka turut memperkenalkan menu-menu moreh dan juga berbuka puasa.
Antara menu menarik yang korang boleh cuba:
- Siakap Stim Soy Sauce.
- Ramen.
Oh! Kopi dan Matcha Latte di Breakfast Room memang the best. Try dulu.
- Lokasi: 1-LG2-03, D’Vida, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong.
- Waktu Operasi: 5:30PM – 11:30PM (Sepanjang Ramadan 2024).
#2. Tutti Frutti @ Bukit Jelutong
Ada orang yang jenis sukakan dessert sejuk-sejuk.
Maklumlah, bulan puasa ini cuaca agak panas dan bahang. Bila dah habis Tarawih, nak berjalan ke kereta pun dah kering tekak. Jadi korang bolehlah pergi ke Tutti Frutti untuk menikmati yoghurt segar dengan pelbagai pilihan toppings.
Flavour menarik untuk bulan puasa ini adalah Creamy Kurma Hazelnut FroYo!
- Lokasi: D’Vida, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong.
- Waktu Operasi: 3PM – 12AM (Sepanjang Ramadan 2024)
#3. Take Five Coffee Brewers @ Seksyen 9, Shah Alam
Take Five Coffee Brewers ini merupakan Coffee Shop untuk penggemar bagel dan kopi. Lebih menarik, interior design kedai sangatlah simple dan minimalist. Anda boleh memesan menu bagel bermula daripada menu klasik sehinggalah kreatif.
Kalau bab kopi, takefivecb adalah salah satu kedai kopi yang terbaik di Shah Alam.
- Lokasi: 6g, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9.
- Waktu Operasi: 8:30PM – 1:30AM (Sepanjang Ramadan 2024)
#4. Hirup Cafe @ Seksyen 9, Shah Alam
Hirup Cafe menawarkan specialty coffee dan lepak ‘spot’ untuk korang yang nak catch-up dengan kawan-kawan di Shah Alam. TBH, Hirup Cafe untuk bulan Ramadan ini sentiasa ‘dibanjiri’ oleh pengunjung terutamanya selepas waktu Solat Sunat Tarawih.
Antara menu signature yang korang boleh cuba Salted Caramel Machiatto, Mahagony Latte, Rose/Lavender Latte, Military Matcha Latte, dan banyak lagi.
- Lokasi: Seksyen 7, Seksyen 13, Seksyen 9 Shah Alam.
- Waktu Operasi: 8:30PM – 2AM (Sepanjang Ramadan 2024)
#5. Orked City @ Seksyen 9, Shah Alam
Orked City merupakan kedai kopi yang baharu dibuka pada 9 Mac tahun ini. Dan lebih menarik, meskipun baru beberapa minggu mereka membuka tirai buat para pengunjung, Orked City dilihat mendapat sambutan hangat oleh warga Shah Alam.
Selepas waktu Tarawih, pasti kedai ini akan mula penuh. Antara menu must-have di Orked City ini adalah Brioche Bun Sandwiches mereka. Boleh pilih nak ayam, daging, salmon, atau lain-lain.
- Lokasi: Seksyen 9, Shah Alam (Bersebelahan dengan J&T)
- Waktu Operasi: 8:30PM – 12:30AM (Sepanjang Ramadan 2024)
#6. Commoners Space @ Seksyen 13, Shah Alam
Commoners Space terletak di Seksyen 13, Shah Alam merupakan salah satu kedai kopi “pioneer” wujud di kawasan ini. Untuk Ramadan 2024, Commoners turut menawarkan sajian berbuka puasa yang diberi nama “Santapan Warisan” khas buat mereka yang menyukai hidangan kampung asli.
Kalau nak moreh pun boleh. Menu Mushroom Grilled Cheese di Commoners Space ini sememangnya menjadi kegilaan ramai! Dinikmati pula dengan Iced Lemon Tea. #PerfectCombo
- Lokasi: Seksyen 13, 71, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park.
- Waktu Operasi: 9AM – 12AM (Sepanjang Ramadan)
#7. Cake Jalan Tiung @ Seksyen 4, Shah Alam
Cake Jalan Tiung telah menjadi salah satu kedai roti artisanal terbaik sejak tahun 2015. Bila masuk sahaja dalam kedai Cake Jalan Tiung (CJT) — korang akan dihidangkan dengan bau-bauan roti dan kek yang dibakar.
CJT juga dicipta untuk komuniti kejiranan.
Untuk korang yang masih belum pernah menjejakkan kaki di sini dan tak tahu nak pesan apa untuk sesi moreh, kami sarankan untuk cuba menu moreh baharu mereka iaitu:
- Lempeng Pisang.
- Lempeng Sambal Ijo.
- Bubur Candil Sumsum.
And OH! CJT juga baru sahaja memperkenalkan menu Nasi & Pasta untuk berbuka puasa.
Personal favourite: Aglio Olio & Tiger Prawns & Totamo Basil. *Chef’s kiss* 🤤🫱🏻🫲🏼
- Lokasi: No. 9, Jalan Sukun 4/7, Seksyen 4.
- Waktu Operasi: 3PM – 11:30PM (Sepanjang Ramadan 2024)
#8. Mokkys Pizza @ Bukit Jelutong, Shah Alam
Mokkys Pizza & Coffee adalah lokasi paling hangat di Shah Alam dengan hidangan signature mereka iaitu New York Style Pizzas (boleh feeling-feeling berada di Big Apple City) 🌆.
Sama seperti berada di New York, pelanggan boleh memesan pizza slices ataupun whole pizza dengan saiz 12 inch dan juga 16 inch.
Mokkys Pizza menawarkan 11 flavours buat masa ini — namun yang paling menjadi kegilaan ramai adalah Beef Pepperoni, Alfredo Chicken, Fake Margherita & Mellow Mushroom.
Kalau tak nak makan pizza masa moreh, don’t worry.
Mokkys turut memperkenalkan Moreh Specials iaitu S’mores Pizza, Nutella Pizza Bites, Kaya Bloom, Fried Mac & Cheese, Fried Enoki (THE BEST), dan juga Beef Nachos!
- Lokasi: 4-G-04 Dvida Shop Office, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong.
- Waktu Operasi: 5PM – 12AM (Sepanjang Ramadan 2024)
BACA JUGA: Ini 5 Bufet Ramadan Bawah RM180 Sekitar KL. Yang Penting Semua Ada Surau!
BACA JUGA: Ramadan 2024: Ini 9 Buffet Buka Puasa Sekitar KL & Selangor
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.