Now Reading
Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven? Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya!

Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven? Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya!

Antara resepi kuih raya yang boleh menggunakan air fryer adalah seperti Biskut Mazola dan Almond London.

Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven_ Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya! (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa hari menjelang musim Hari Raya Aidilfitri ini, mesti ramai yang sudah sibuk untuk membuat kuih raya di dapur dengan keluarga atau anak-anak kan?

Walaupun ada banyak kuih raya yang dijual di pasaran, tetapi sesetengah orang lebih memilih untuk membuat sendiri kuih raya mereka. Ada pelbagai resepi mudah di Internet yang anda boleh jumpa dan cuba di rumah.

Kalau nak buat kuih raya, tapi tak ada ketuhar pembakar (oven) macam mana ya? Jadi ke biskut raya kita tahun ini?

Jangan risau, ada banyak resepi kuih raya yang boleh menggunakan air fryer. Ingat air fryer boleh guna untuk goreng ayam sahaja? Buat kuih raya pun boleh ya!

Antara resepi kuih raya yang boleh menggunakan air fryer adalah:

1. Resepi Kuih Raya Guna Air Fryer: Crunchy Cornflakes Cookies

Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven? Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya!
Sumber: Facebook Eniza M. Salim

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 125 gram mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 genggam Cornflakes

Cara-caranya:

  1. Campurkan mentega , gula, shortening, kuning telur dan esen vanilla di dalam satu bekas.
  2. Gaul adunan sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder ke dalam adunan yang sama.
  4. Gaul sehingga tidak melekat di bekas.
  5. Hancurkan cornflakes dan gaul sebati.
  6. Buat adunan berbentuk bulatan dan golekkan di atas cornflakes yang sudah hancur.
  7. Susun adunan di dalam air fryer secara berjarak-jarak.
  8. Bakar di dalam air fryer pada suhu 140ºC selama 30 minit dan 130ºC selama 10 minit.

SIAP!

2. Resepi Kuih Raya Guna Air Fryer: Sarang Semut

Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven? Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya!
Sumber: Iluminasi/ Facebook Diana Muhammad Salem

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250 gram mentega
  • 100 gram gula ising
  • 100 gram tepung jagung
  • 200 gram tepung kastard
  • 150 gram tepung gandum
  • Coklat rice

Cara-caranya:

  1. Masukkan mentega dan gula ising ke dalam bekas.
  2. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastard sedikit demi sedikit.
  4. Kemudian, gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
  6. Uli menggunakan tangan sehingga doh adunan tidak melekat pada tangan.
  7. Masuk adunan ke dalam cawan kertas (paper cup).
  8. Taburkan coklat rice.
  9. Bakar di dalam air fryer pada suhu 160ºC selama 20 minit.

SIAP!

3. Resepi Kuih Raya Guna Air Fryer: Biskut Mazola

Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven? Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya!
Sumber: Facebook Nur Atikah Shahrin

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan kacang tanah 2 cawan
  • 3 cawan tepung gandum 3 cawan
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan minyak mazola atau minyak jagung
  • 1 atau 2 biji kuning telur

Cara-caranya:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak dan tumbuk kasar.
  2. Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, gula halus dan kacang tanah.
  3. Masukkan minyak ke dalam adunan dan ratakan sehingga adunan menjadi doh.
  4. Bentukkan adunan secara bulat-bulat.
  5. Sapukan kuning telur ke atas biskut sebelum dibakar.
  6. Bakar di dalam air fryer pada suhu 160ºC selama 15 sehingga 20 minit.

SIAP!

4. Resepi Kuih Raya Guna Air Fryer: Almond London

Nak Buat Kuih Raya Tapi Tak Ada Oven? Guna Air Fryer Pun Boleh. Ini 5 Resepinya!
Sumber: Facebook Nor Hazren/ Carousell

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Kacang badam
  • Badam cincang
  • 250 gram mentega
  • 125 gram gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 300 gram tepung gandum 300 gram
  • 200 gram tepung jagung 200 gram
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50 hingga 80 gram conflakes yang dikisar halus
  • Coklat masakan
  • Shortening atau minyak sayuran

Cara-caranya:

  1. Panggang kacang badam (almond) pada suhu 150ºC selama 30 minit.
  2. Kemudian, panggang pula badam cincang pada suhu 150ºC selama 5 hingga 10 minit.
  3. Masukkan mentega serta gula halus ke dalam bekas dan gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur serta esen vanilla dan gaul lagi.
  5. Masukkan tepung gadum sikit demi sedikit, diikuti tepung jagung, tepung beras serta baking powder dan gaul sehingga sebati.
  6. Apabila sudah sebati, masukkan conflakes yang sudah dikisar dan uli adunan menggunakan tangan sehingga doh sudah tidak melekat pada tangan.
  7. Masukkan kacang badam ke dalam adunan doh mengikut bentuk yang anda mahu.
  8. Bakar di dalam air fryer pada suhu 150ºC sehingga 160ºC selama 10 minit.
  9. Sementara menunggu biskut sejuk, cairkan coklat masakan bersama shortening.
  10. Celupkan biskut ke dalam coklat yang sudah dicairkan, kemudian masuk dalam cawan kertas.
  11. Taburkan badam cincang ke atas biskut.

SIAP!

5. Resepi Kuih Raya Guna Air Fryer: Biskut Suji

Sumber: Facebook Nadia Saharuddin

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak sapi
  • 1 cawan gula halus

Cara-caranya:

  1. Campurkan minyak sapi dan gula halus ke dalam bekas.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  3. Uli adunan sehingga jadi doh.
  4. Bentukkan doh secara bulat-bulat kecil.
  5. Letakkan ceri sebagai hiasan.
  6. Bakar di dalam air fryer selama 15 minit pada suhu 160ºC.

SIAP!


Siapa kata tak ada oven tak boleh buat kuih raya? Ada macam-macam resepi kuih raya yang mudah untuk anda buat kuih raya tahun ini. Tinggal rajin atau tidak je.

Kepada anda yang nak buat kuih raya menggunakan resepi-resepi di atas, selamat mencuba! 😊

BACA JUGA: Starbucks Rai Aidilfitri, Perkenal Menu Khas. Siap Ada Biskut Kurma & Biscotti Gula Melaka!

BACA JUGA: Nak Hidangkan Tetamu Dengan Kek & Cookies Sempena Raya? Ikuti 4 Resepi Mudah Ini!

BACA JUGA: 10 Modern Kuih Raya You’ll See Every Year On Eid Fitr


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd