Now Reading
Sheraton, Mardhiyyah, Botanica+Co & Pelbagai Restoran Serta Hotel Tawar Bufet Ramadan Sekitar Lembah Klang

Sheraton, Mardhiyyah, Botanica+Co & Pelbagai Restoran Serta Hotel Tawar Bufet Ramadan Sekitar Lembah Klang

Pelbagai jenis hidangan yang disajikan di bufet Ramadan di setiap hotel dan restoran sekitar Lembah Klang.

bufet ramadan lembah klang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba bulan Ramadan, mesti ramai yang terfikir nak berbuka apa nanti dan di mana lokasi yang best untuk menjamu selera dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan.

Anda tak perlu risau kerana banyak restoran dan juga hotel yang menawarkan bufet Ramadan untuk anda berbuka puasa dengan menikmati pelbagai jenis menu menarik.

Dari hidangan kegemaran rakyat Malaysia sehingga sajian antarabangsa, semuanya ada. Ada banyak pilihan lokasi yang anda boleh pergi sebenarnya di sekitar Lembah Klang. Tinggal pilih tarikh yang sesuai dan buat tempahan sahaja.

Antara lokasi hotel dan restoran yang menawarkan bufet Ramadan sekitar Lembah Klang adalah seperti berikut:

1. Bufet Ramadan: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menawarkan pelbagai menu hidangan berbuka puasa sempena bulan Ramadan pada tahun ini dengan bertemakan ‘Tradisi Semarak Rasa’.

Menu berbuka puasa tahun ini membawakan gabungan sajian tradisional dan moden di samping juadah Ramadan kegemaran ramai termasuklah:

  • Ayam Masak Rendang Hitam
  • Asam Pedas Daging Tetel Tulang Rawan
  • Gulai Udang Nangka Muda Bersama Cendawan
  • Sira Ubi Kayu
  • Gulai Daging Tete Bersama Rebung Madu
  • Ikan Bakar Bersama Sos Pilihan

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 27 Mac sehingga 17 April 2023.

  • Harga:
    • RM188 untuk seorang.
    • RM94 untuk warga emas berumur 55 tahun dan ke atas dan kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
    • Kanak-kanak bawah tiga tahun adalah percuma.
  • Alamat: Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

BACA JUGA: KLCC Tampil Dengan Menu Buka Puasa ‘Tradisi Semarak Rasa’ Sempena Ramadan 2023

2. Bufet Ramadan: Mardhiyyah Hotel & Suites 

Mardhiyyah Hotel & Suites juga tidak turut ketinggalan menyambut bulan yang mulia ini dengan menyediakan bufet berbuka puasa dengan konsep ‘Nostalgia Ramadan’.

Para tetamu akan dihidangkan dengan lebih 100 menu sajian bufet Ramadan yang cukup menyelerakan. Antara menu tersebut adalah:

  • Gulai Lemak Padang Urat Keting
  • Siakap Berlada Nenas
  • Rendang Kambung
  • Daging Hitam Manis

Selain daripada itu, Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti:

  • Salad dan Kerabu Warisan
  • Salai dan Panggang
  • Stesen Sate
  • Kawah-kawah
  • Belanga Panas
  • Selera Sakura
  • Nasi Kandar
  • Baazar Hot Selling
  • Bazaar Minuman
  • Pemanis Mulut

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 24 Mac sehingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket.

  • Harga:
    • Kanak-kanak (6-12 tahun): RM100
    • Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM120
    • Dewasa: RM155

Sementara itu, harga bufet Ramadan untuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berharga RM 222.00 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di Restoran Royale Songket.

Kalau anda mahu menempah bilik tertutup yang lebih privasi juga ada disediakan di Mardhiyyah Hotel & Suites dengan harga RM128 seorang bermula 24 Mac sehingga 20 April.

Alamat: No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

BACA JUGA: Mardhiyyah Hotel & Suites Tawar Bufet Ramadan 2023 Dengan Konsep ‘Nostalgia Ramadan’

3. Bufet Ramadan: Botanica+Co

https://www.therakyatpost.com/trpbm/makan-makan/2023/03/18/botanicaco-sambut-ramadan-2023-perkenal-2-menu-khas-baharu/
Dua menu baharu yang diperkenalkan oleh Botanica+Co sepanjang bulan Ramadan.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Kepada anda yang menggemari hidangan Timur Tengah, Botanica+Co telah mencipta dua jenis menu bermusim (seasonal) bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini.

Dua menu tersebut adalah:

  • Lamb Palov Platter.
    • Uzbek baby lamb rack, nasi basmati, jus kambing tomato berempah, yogurt cili hijau, salad timun tomato berempah.
    • RM330 untuk hidangan boleh dikongsi bersama empat (4) orang.
  • Baby Lamb Leg Platter.
    • Kambing sepanyol yang dipanggang perlahan 30 hari, rempah tempatan buatan sendiri, kentang lyonnaise, brokolini, jus kambing.
    • RM480 untuk hidangan boleh dikongsi bersama 4-6 orang.

Menu Ramadan 2023 oleh Botanica+Co juga didatangi dengan beberapa jenis minuman khas iaitu:

  • Roselle Fizz (RM19).
  • Mango Matcha (RM21).
  • Umm Ali Smoothie (RM24).

Menu khas bulan Ramadan Botanica+Co ini hanya akan tersedia bermula 20 Mac sehingga 30 April 2023. 

Alamat: P-09, Taman Bukit Bambu, Off, Lebuhraya Duta – Ulu Kelang, Taman Bamboo, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Botanica+Co Sambut Ramadan 2023, Perkenal 2 Menu Khas Baharu

4. Bufet Ramadan: Sunway Resort Hotel

Sumber: Siti Murni/TRP

Sunway Resort Hotel kini kembali dengan bufet Ramadan mereka pada tahun ini dengan tema ‘Hidangan Nostalgia Resepi Istimewa Malaysia’ yang menyediakan pelbagai jenis hidangan istimewa.

Antara hidangan yang bakal disajikan adalah:

  • Daging Bakar Harimau Menangis
  • Kambing Golek
  • Sotong Raja
  • Ayam Pasu
  • Sup Ekor
  • Soto Ayam
  • Teratak Satay
  • Lemang Bakar
  • Asam Pedas Jenahak
  • Rendang Daging Tok
  • Kerabu Udang Manga Muda
  • Kerabu Daging Salai

Selain hidangan tradisional Melayu, menu dari budaya lain seperti Jepun, Cina dan India pun ada termasuklah sushi, Dim Sum, Spring Roll, Naan, Paratha, Tandoori dan banyak lagi.

Bufet Ramadan ini yang bertempat di Sunset Terrace Sunway Resort Hotel akan berlangsung dari jam 6:30 petang sehingga 10:30 malam bermula 24 Mac dan berakhir pada 21 April 2023.

  • Harga:
    • Dewasa: RM228
    • Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun): RM114

BACA JUGA: [Review] Team TRP Cuba 7 Menu Istimewa Berbuka Puasa Di Sunway Resort

5. Bufet Ramadan: Artisan’s Playground by COOKHOUSE

Artisan’s Playground by COOKHOUSE

Artisan’s Playground by COOKHOUSE menyajikan lebih 100 hidangan antarabangsa di bawah satu bumbung sempena bulan Ramadan ini.

Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan termasuklah menu western seperti pizza, Fish and Chips sehinggalah sayur-sayuran segar dan daging panggang dari beberapa jenis restoran berbeza. Antaranya:

  • Josper Grill
  • Stefano Ferrara Oven
  • Farm to Table Salad Bar

Tak lengkap kalau berbuka puasa tanpa pencuci mulut kan? Di Artisan’s Playground by COOKHOUSE, anda boleh mendapatkan sajian kuih-muih tradsional dari Dessert Parlour.

Anda boleh berbuka puasa di Artisan’s Playground by COOKHOUSE bermula dari 25 Mac sehingga 19 April 2023 pada jam 7:00 petang sehingga 10:00 malam.

  • Harga:
    • Dewasa: (RM236)
    • Kanak-kanak (RM99)
  • Alamat: Artisan’s Playground by COOKHOUSE, Block H, 1st Floor Rivercity Plaza, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

6. Bufet Ramadan: Sheraton Petaling Jaya Hotel

Untuk Ramadan pada tahun ini, Sheraton Petaling Jaya Hotel menawarkan dua tema berbuka puasa yang berbeza iaitu:

  • Sajian Warisan di Feast
  • Iftar Nusantara di Grand Ballroom

Sheraton Petaling Jaya Hotel menawarkan bufet Raamdan dengan pelbagai hidangan tradisional seperti:

  • Sup Merah Temasik Bengkulu
  • Ayam Masak Lemak Rebung Tok Mizi
  • Gulai Daging
  • Nangka Ala Canggung

Untuk bufet Ramadan di Sajian Warisan, ia disediakan bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023 manakala untuk bufet Iftar Nusantara pula akan bermula dari 27 Mac sehingga 18 April 2023.

  • Harga:
  • Sajian Warisan di Feast
    • Dewasa: RM168
    • Kanak-kanak: RM84
  • Iftar Nusantara di Grand Ballroom
    • Dewasa: RM138
    • Kanak-kanak: RM69
  • Alamat: Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Diharapkan senarai di atas dapat membantu anda untuk memilih lokasi sesuai untuk berbuka puasa di bulan Ramadan bersama yang tersayang.

Dalam pada itu, team TRP ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia. 😉


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd