Now Reading
Ini Sejarah Sebenar Di Sebalik Nama Kafe Vietnam ‘Cộng Caphe’

Ini Sejarah Sebenar Di Sebalik Nama Kafe Vietnam ‘Cộng Caphe’

Nama “Cộng” merupakan perkataan pertama dalam nama rasmi Vietnam: Cộng hòa Xã hội chủ nghĩa Việt Nam (Republik Sosialis Vietnam).

Cộng Caphe

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Anda belum pernah menjejakkan kaki ke Vietnam? Jangan risau sebab anda kini boleh menikmati secawan kopi Vietnam beraromatik sambil ‘melancong merentasi masa’ ke Hanoi dengan suasana romantis di Malaysia.

Cộng Caphe iaitu sebuah kafe Vietnam istimewa, menjanjikan pengalaman mengasyikkan dengan reka bentuk dalaman bersejarah dan minuman aromatik yang membangkitkan pengalaman kafe jalanan yang sibuk di Hanoi.

Menarik sangat rekaan dalaman kafe ini!


Latar Belakang Cộng Caphe

Seperti yang diketahui oleh peminat Cộng Caphe, kafe ini tiada dua cawangan yang serupa. Setiap satu membawa kisah dan suasana eksklusif. Malah, persekitaran yang bertema dibuat berdasarkan kenangan zaman kanak-kanak pengasas Cộng, iaitu Linh Dung.

Dilahirkan pada 1975, Linh Dung membesar ketika Tempoh Subsidi (Subsidy Period) di Vietnam. Zaman ini merupakan waktu yang sukar untuk negara tersebut. Keperluan harian seperti makanan, barang-barang dan servis terpaksa dibeli dengan menggunakan kupon atau setem makanan.

Namun zaman kanak-kanak Linh Dung di pinggir Hanoi dikelilingi dengan berek-berek tentera, membawa kenangan indah buatnya. Bapanya membuat dan menjual alat muzik manakala ibunya mengusahakan sebuah kafe menjual minuman tempatan.

Pertembungan dunia seni dan perniagaan kafe pada peringkat awal kehidupan Linh Dung membentuk hala tuju perniagaan ciptaannya iaitu jenama Cộng Caphe.


Sejarah Nama & Tema Cộng Caphe

Ditubuhkan pada tahun 2007, Cộng Caphe membuka cawangan pertamanya di Jalan Trieu Viet Vuong, sebuah kawasan kafe yang bersejarah di Hanoi, Vietnam.

Untuk pengetahuan umum, nama “Cộng” merupakan perkataan pertama dalam nama rasmi Vietnam: Cộng hòa Xã hội chủ nghĩa Việt Nam (Republik Sosialis Vietnam).

Pengasas kafe ini sangat teliti dengan setiap perincian kecil yang membentuk kisah Cộng Caphe. Bermula dari makanan, minuman sehingga ke rekaan menu unik, malah juga warna cat dalaman dan juga reka bentuk perabot.

Visi Linh Dung yang penuh nostalgia tetapi bergaya ditampilkan pada lebih daripada 60 buah cawangan di Vietnam, tujuh di Korea dan tiga di Malaysia. Lebih menarik, setiap satunya menampilkan tema unik dan juga akan mula beroperasi di Kanada tidak lama lagi.

Sebagai contoh di Malaysia, cawangan Cộng Caphe di 1 Utama direka berdasarkan reka bentuk dalaman sebuah kilang tekstil ketika Tempoh Subsidi.

Ini bermakna perabot dan kelengkapan kafe diterangi oleh kotak cahaya malap, tenunan garis benang berwarna-warni, dan suasana klasik diselang-selikan dengan motif pakaian seragam tentera.

Persekitarannya amat berbeza berbanding Cộng Caphe di Nu Sentral Mall dibuka pada 2019 yang menyamai rupa dan suasana sebuah perpustakaan ketika Tempoh Subsidi.

Dengan setiap kafe yang kami buka, kami membawakan kisah Cộng yang berbeza, yang menjadi asas kepada pengalaman Vietnam! Suasana dan reka bentuk kafe diilhamkan oleh suasana mesra dan kehidupan masyarakat dalam persekitaran bersejarah Vietnam, seperti bilik darjah, dewan mesyuarat, dan kejiranan lama yang riuh dengan aktiviti harian.

Jaemie Lew dari Bahagian Pembangunan Perniagaan Cộng Caphe Malaysia.

Lew menjelaskan bahawa persekitaran berilhamkan masyarakat membuatkan Cộng Caphe menjadi sebuah tempat selesa dan santai untuk keluarga dan kawan-kawan untuk menghabiskan masa bersama sambil mengambil gambar untuk dikongsi di media sosial.

Sambil-sambil tu bolehlah menikmati makanan dan minuman Vietnam yang terkenal. 


Menu Signature Cộng Caphe

Penggemar kopi ditawarkan dengan pelbagai pilihan enak termasuk kopi berasaskan “Phin” Vietnam yang menggunakan biji kopi Robusta berkualiti tinggi dari daerah Lam Dong di Vietnam.

Coconut Milk with Coffee Smoothie yang istimewa wajib dicuba! Resepi luar biasa menjadikan minuman itu paling popular di Cong Caphe.

Bạc Xỉu iaitu kopi kelapa manis bersama susu pekat pahit berkrim memberikan rasa dan aroma asli dari Vietnam. Aroma dan tekstur selembut bak sutera kopi pekat ini adalah hasil resipi susu pekat khas Cộng Caphe.

Untuk mereka yang bukan peminum kopi, pemilihan teh pun ada untuk anda iaitu:

  • Honey Kumquat Tea.
  • Peach Tea with Passion Fruit.

Anda juga boleh menikmati hidangan ikonik Vietnam, Banh Mi yang boleh dipadankan dengan pilihan tofu, daging atau ayam. Nak cuba Vietnamese Rice Noodles pun boleh!

Di Cộng Caphe, kami berusaha untuk membawa budaya kafe dan rasa Vietnam yang terkenal di seluruh dunia untuk warga Malaysia supaya mereka boleh menikmatinya sekerap mungkin tanpa perlu pergi ke sana! Oleh itu, kami merancang untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan supaya kami boleh terus menghidangkan makanan dan minuman Vietnam yang asli kepada lebih ramai warga Malaysia.

Jaemie Lew dari Bahagian Pembangunan Perniagaan Cộng Caphe Malaysia.

Menu Khas Ramadan

Cộng Caphe juga teruja untuk melancarkan menu istimewa Ramadan pada Bulan Puasa. Cộng Caphe memperkenalkan kegemaran Malaysia dengan kelainan Vietnam yang unik iaitu:

  • Rendang Ayam dan Daging dalam Bahn Mi
  • Smoothie kelapa Gula Apong.
  • Smoothie kelapa Gula Apong Pandan.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd