Botanica+Co Sambut Ramadan 2023, Perkenal 2 Menu Khas Baharu
Untuk rekod, menu khas bulan Ramadan Botanica+Co ini hanya akan tersedia bermula 20 Mac sehingga 30 April 2023.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan mungkin ramai daripada umat Islam sudah mula merancang jadual harian pada bulan puasa nanti.
Mana tidaknya, bulan Ramadan adalah bulan kemaafan, dan disebabkan itu kita seharusnya mencuba sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi ibadat pada bulan mulia tersebut.
Tapi tidak dilupakan juga juadah berbuka puasa di bulan Ramadan nanti.
Setelah beberapa jam berpuasa, pastinya juadah berbuka puasa akan menjadi salah satu perkara penting di bulan Ramadan, bukan?
Botanica+Co Sambut Ramadan 2023, Perkenal 2 Menu Baharu Khas

(Sumber: Siti Murni/TRP)

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Berita baik untuk anda yang menggemari hidangan Timur Tengah untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa, Botanica+Co telah mencipta dua jenis menu bermusim (seasonal) bersempena dengan bulan Ramadan tahun ini.
Kedua-dua menu ini telah dicipta sendiri oleh Cef Eksekutif, Cef Lim Tzer Chuan dan pasukannya khas buat pelanggan yang ingin membuka puasa di ketiga-tiga outlet Botanica+Co sama ada di Bangsar South, Alila Bangsar, ataupun di cawangan flagship mereka di Bamboo Hills.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Dua menu tersebut adalah:
- Lamb Palov Platter.
- Uzbek baby lamb rack, nasi basmati, jus kambing tomato berempah, yogurt cili hijau, salad timun tomato berempah.
- Baby Lamb Leg Platter.
- Kambing sepanyol yang dipanggang perlahan 30 hari, rempah tempatan buatan sendiri, kentang lyonnaise, brokolini, jus kambing.

(kiri) Baby Lamb Leg Platter.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Walau bagaimanapun, untuk menu Lamb Palov Platter ia hanya akan tersedia di cawangan Botanica+Co Bangsar South dan Alila Bangsar. Manakala, Baby Lamb Platter pula akan disediakan di cawangan Botanica+Co Bamboo Hills.
Harga untuk kedua-dua menu ini pula adalah seperti berikut:
- Lamb Palov Platter: RM330 untuk hidangan boleh kongsi bersama empat (4) orang.
- Baby Lamb Leg Platter: RM480 untuk hidangan boleh kongsi bersama 4-6 orang.
Hidangan Air
Hidangan air juga tidak dilupakan! Menu Ramadan 2023 oleh Botanica+Co juga didatangi dengan beberapa jenis minuman khas iaitu:
- Roselle Fizz (RM19).
- Mango Matcha (RM21).
- Umm Ali Smoothie (RM24).

(Sumber: Siti Murni/TRP)

(kanan) Umm Ali Smoothie.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
VERDICT?
Team TRP diberikan peluang untuk merasai sendiri ketiga-tiga air yang ditawarkan bersempena bulan Ramadan nanti, dan ‘personal favourite’ kami adalah Mango Matcha dan juga Umm Ali Smoothie.
Mango Matcha disediakan dengan bahan-bahan seperti mango puree, susu, matcha (serbuk teh hijau), dan juga mango cubes. Campuran kesemua bahan-bahan ini memberikan satu rasa yang begitu ‘ummph’.
Dan paling kami gemari adalah keaslian mangga yang terdapat di dalam minuman ini meningkatkan lagi kesedapan hidangan minuman Mango Matcha ini. Jaranglah jumpa hidangan matcha dicampuri dengan buah mangga. Unik!
Oh! Ketiga-tiga hidangan minuman ini boleh didapati di kesemua cawangan Botanica+Co. 😉
Untuk rekod, menu khas bulan Ramadan Botanica+Co ini hanya akan tersedia bermula 20 Mac sehingga 30 April 2023. Jadi, jangan melepaskan peluang untuk merasai sendiri kelazatan kedua-dua menu khas Ramadan daripada Botanica+Co ini bersama yang tersayang!
KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
BACA JUGA: Botanica+Co Buka Cawangan Baharu Lebih Besar & ‘Instagramable’ Di Bamboo Hills
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.