Now Reading
The Coffee Bean & Tea Leaf Perkenal Semula Teh ‘Cold Brew’ Sempena Bulan Cinta

The Coffee Bean & Tea Leaf Perkenal Semula Teh ‘Cold Brew’ Sempena Bulan Cinta

Dua perisa minuman yang diperkenalkan semula oleh The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) sempena Hari Valentine adalah Watermelon Lychee Cold Brew Tea dan Sparkling Watermelon Lychee Cold Brew Tea.

The Coffee Bean & The Leaf (CBTL) Perkenal Semula Teh 'Cold Brew' Sempena Bulan Cinta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Februari dikenali sebagai bulan cinta kerana pada tanggal 14 Februari, ramai pasangan yang akan menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day.

Setiap orang ada cara masing-masing untuk meluahkan rasa cinta dan kasih sayang mereka untuk pasangan. Ada yang belikan hadiah bunga, hadiah, bawa ke tempat makan yang romantik dan sebagainya.

Malah, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) juga mempunyai cara mereka dalam menyambut bulan cinta ini iaitu dengan memperkenalkan semula minuman yang pernah mendapat sambutan hangat ketika pertama kali diwujudkan pada tahun lalu.

The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Perkenalkan Semula 2 Teh ‘Cold Brew’

Dengan tagline ‘Dare To Brew Cold’, CBTL telah memperkenalkan semula Watermelon Lychee Cold Brew Tea seiring dengan minuman sempena Tahun Baru Cina iaitu minuman sejuk Peaches & Cream.

Minuman Watermelon Lychee Cold Brew Tea itu diperkenalkan semula pada 7 Februari ini juga akan dihadirkan dengan satu lagi gandingannya iatu Sparkling Watermelon Lychee Cold Brew Tea.

Sempena Hari Valentine, kami mengajak rakyat Malaysia untuk menyerlahkan rasa cinta dan kasih sayang mereka untuk diri sendiri juga. Dengan itu, kami membawakan semula Watermelon Lychee Cold Brew Tea yang menjadi kegemaran ramai sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2022.

Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran dan Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Malaysia.

Watermelon Lychee Cold Brew Tea

Digandingkan dengan keenakan buah tembikai dan manisan buah laici serta teh hitam yang berkualiti tinggi, minuman ini akan memberikan rasa tropika yang sebenar kepada para pelanggan.

Harga:

  • Saiz kecil: RM16.50
  • Saiz biasa: RM17.80

Sparkling Watermelon Lychee Cold Brew Tea

Untuk menjadikan minuman ini lebih menyerlah, air sparkling ditambah bagi merangsang deria rasa anda.

Harga:

  • Saiz kecil: RM17.50
  • Saiz biasa: RM18.80

Bagi menjadikan minuman ini lebih istimewa, anda boleh menambah lapisan krim (Cream Cap) dengan harga RM2.50 sahaja bagi Cold Brew Sweet Tea dan juga Sparkling Cold Brew Tea.

Nikmati Pelbagai Jenis Minuman Teh Di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) Pada Setiap Hari Selasa

Lebih mengujakan lagi, rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai jenis minuman teh di CBTL dengan promosi yang hanya dilakukan pada setiap hari Selasa dan digelar sebagai ‘Tea-rific Tuesdays’.

Promosi pada setiap hari Selasa bermula 14 Februari sehingga 14 Mac akan menawarkan pelbagai jenis minuman teh.

Kepada anda yang ingin menikmati promosi ini, anda perlu mendapatkan Kad Tea-rific menerusi pembelian mana-mana minuman teh di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL).

Anda boleh mendapatkan promosi sempena ‘Tea-rific Tuesdays’ mengikut tarikh-tarikh berikut:

  • Minggu 1 (14 Februari): Nikmati Watermelon Lychee Cold Brew Tea 12oz dengan harga RM11.10 sahaja. Bagi pemegang Kad Tea-rific yang merupakan ahli kad CB, anda juga dapat menikmati harga istimewa ini (RM11.10) untuk Peaches & Cream Cold Brew Tea 12oz.
  • Minggu 2 (21 Februari): Rasai Hot Tea & Scone dengan harga RM15 sahaja.
  • Minggu 3 (28 Februari): Dapatkan Peach Jasmine atau Mango Cold Brew Tea 12oz dan dan sebiji Bagel untuk RM20 sahaja.
  • Minggu 4 (7 Mac): Hanya RM10 untuk mana-mana Tea Latte 12oz.
  • Minggu 5 (14 Mac): Rebut diskaun 20% untuk mana-mana minuman Matcha Green.

Semoga hari Selasa anda selama sebulan ini lebih indah dengan ‘Tea-rific Tuesdays’ oleh The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd