Now Reading
Pizza Hut Perkenal The Ooooooooong Party Box dan Ooooooooog Treasure Box!

Pizza Hut Perkenal The Ooooooooong Party Box dan Ooooooooog Treasure Box!

Sebagai sebahagian daripada strategi promosinya, Pizza Hut akan membuka sebuah trak pizza pada 19 dan 20 Januari bertempat di Lot 10, Bukit Bintang pada jam 11 pagi hingga 8 malam.

PIZZA HUT CNY

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pizza Hut telah memperkenalkan dua pizza sempena perayaan Tahun Baru Cina iaitu The Ooooooooong Party Box dan Ooooooooog Treasure Box yang menampilkan pizza Cheesy Poppers.

Kedua-dua menu ini menarik untuk dijadikan buah tangan dan sesuai dinikmati bersama keluarga dan orang-orang tersayang apabila berkumpul  beramai-ramai.

Pada perayaan Tahun Baharu Cina 2023 ini, kami ingin mencadangkan satu kelainan yang menyeronokkan kepada tradisi pemberian buah tangan, di mana selain dari kebiasaan membawa buah oren mandarin sebagai hadiah, apa kata ianya digantikan dengan Ooooooooong Party Box yang lazat? Bayangkan keseronokan setiap ahli keluarga apabila anda membawa pizza ini sewaktu makan besar Tahun Baru Cina.

Emily Chong, Ketua  egawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Emily dalam masa yang sama menjelaskan, Oooooooong Party Box merupakan olahan bertema Tahun Baru Cina dari pizza The Loooooooooong Party Box yang telah dilancarkan tahun lepas.

BACA SINI: Pizza Hut Tawar Menu Piza 1 Meter Iaitu ‘Looooooooong Party Box’. Panjang Ya!

Keunikan pizza ini terletak pada ukurannya sepanjang 1 meter dan sesuai untuk dikongsi bersama 10 orang atau lebih, menjadikannya sesuai untuk majlis atau keraian, terutama sewaktu makan malam besar sebelum perayaan Tahun Baru Cina.


Trak Pizza Hut Pada 19 & 20 Januari Di Lot 10, Bukit Bintang

Sebagai sebahagian daripada strategi promosinya, Pizza Hut akan membuka sebuah trak pizza pada 19 dan 20 Januari bertempat di Lot 10, Bukit Bintang pada jam 11 pagi hingga 8 malam.

Anggaran sebanyak 3,000 keping pizza akan diagihkan secara percuma untuk dicuba oleh orang ramai, di samping beberapa permainan dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi!


Harga RM99 Untuk Ala Carte

The Oooooooong Party Box boleh didapati di restoran atau bawa pulang berharga RM99.00 ala carte – dengan promosi isian semula minuman secara percuma apabila anda menikmatinya secara dine-in di restoran.

Manakala Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) berharga RM 41.90 ala carte dan juga boleh didapati dalam pelbagai kombo nilai yang berbaloi.

Pizza ini juga tersedia dengan promosi menarik di mana mulai sekarang  hingga 23 Januari 2023, anda boleh membeli Ooooooooog Treasure Box (Cheesy Poppers Pizza) dengan harga RM22 sahaja!

Pesan sekarang melalui aplikasi Pizza Hut atau kunjungi restoran Pizza Hut yang berdekatan untuk menjamu selera atau bawa pulang.

Untuk  maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.

BACA JUGA: Pizza Hut Buat Teka-teki Tapi Jawapan Netizen Menghiburkan Hati


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd