Pizza Hut Lancar Kerak Piza Nipis – The Crackin’ Thin Crust Pizza
Kerak nipis ini dicipta menggunakan “teknologi 4K” bermaksud “4KRAKKK”– iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pizza Hut telah mengumumkan gubahan inovatif baharu terhadap kerak piza jenis nipis yang digemari kebanyakan golongan muda terkini.
Crackin’ Thin Crust baharu menampilkan kerak senipis 0.5 cm rangup dan garing dengan limpahan keju memikat selera serta jaminan kerangupannya.

Tapi apa sebenarnya perbezaan “Crackin’ Thin Crust” berbanding dengan piza kerak nipis yang lain?
Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia menjelaskan, “Kerak nipis terbaharu dari kami ini terhasil dari inspirasi untuk mencipta sebuah kelainan bagi piza kerak nipis yang sedia ada di pasaran. Bayangkan kerak nipis yang anda suka, dan ia menjadi lebih rangup dan berkeju.
“Kerak nipis kami dicipta menggunakan “teknologi 4K”, dan dengan “4K”, kami maksudkan “4KRAKKK”– iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar lazat, mencipta kerangupan hebat dalam setiap gigitan.
“Inovasi hebat ini turut disertakan dengan jaminan kerangupan – anda dapat menikmati keenakan keju mozzarella di bahagian tengah piza dan ditambah dengan kegaringan keju cheddar di bahagian hujung, memberikan anda tekstur lazat iaitu lembut, cair dan rangup dalam satu gigitan.
“Kini anda boleh menikmati rasa enak berganda dengan nisbah topping, keju dan kerak yang sempurna,” tambahnya.

The Crunch Challenge
Selaras dengan pelancaran kerak baharu ini, Pizza Hut ingin menjemput anda untuk bersama-sama menyertai cabaran ‘The Crunch Challenge’ yang diadakan melalui platform media sosial.
Pelanggan hanya perlu merakam video mereka sedang menikmati piza Crackin’ Thin Crust dan memaparkannya di Instagram Story (IGS) dengan hashtag #CrunchChallenge dan #PizzaHutMalaysia dan berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti iPhone 14 dan banyak lagi!
Untuk maklumat lanjut, [KLIK SINI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.