Now Reading
Mala Mini Hotpot Jadi Syarikat Pertama Di Malaysia Tawar Steamboat ‘Bergerak’

Mala Mini Hotpot Jadi Syarikat Pertama Di Malaysia Tawar Steamboat ‘Bergerak’

Mala Mini Hotpot (MMHP) merupakan syarikat pertama di Malaysia menjual hidangan hotpot menggunakan van bergerak sehingga berjaya meraih The Malaysia Book of Records.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada anda yang sukakan makanan berkuah seperti hotpot, Mala Mini Hotpot (MMHP) merupakan salah satu rangkaian restoran yang menawarkan hidangan hotpot tradisi asli berperisa lada mala Sichuan.

Yang lebih istimewanya, setiap bahan unik yang digunakan di Mala Mini Hotpot ini dibawa khas dari China dan mempunyai sijil halal bagi membolehkan pelanggan menikmati pengalaman sebenar menu budaya Sichuan.

Apa Yang Ada Di Mala Mini Hotpot (MMHP)?

Anda boleh memilih menu seperti daging, makanan laut, sayur-sayuran dan mi serta jenis kuah.

Kalau anda datang ke Mala Mini Hotpot, jangan lupa untuk cuba kuah ‘signature’ mereka iaitu kuah Mala yang pedas.

Untuk pengetahuan anda, Mala adalah resepi yang diwarisi secara turun temurun sejak berzaman oleh masyarakat di negara China, terutamanya provinsi Sichuan dan daerah penempatan Muslim terbesar iaitu Xinjiang.

Terdapat tiga jenis Mala yang ditawarkan iaitu:

Malatang

Sumber: Azlinda Alin

“Ma-La-Tang” adalah sejenis masakan China popular di Provinsi Sichuan yang bermaksud lada dan serbuk cili pedas dengan sensasi kebas. Mala Tang berasaskan konsep “Cepat, Lazat dan Murah”.

Mala Chuan Chuan

Sumber: Facebook/IOI City Mall

Bahan Mala Chan Chuan dicucuk pada lidi, sebelum dicelup dengan pelbagai pilihan sup asli Sichuan yang digemari ramai. Kelebihan cara penyediaan Mala Chuan – Chuan adalah ia dihidangkan secara panas dari dalam periuk terus ke dalam bekas tersedia untuk dinikmati secara ‘on-the-go’.

Mala Hotpot

Sumber: Farahin Fadzil/ TRP

Campuran pelbagai pilihan daging dan makanan segar yang lain boleh dinikmati dengan kuah Mala yang pedas daripada lada Sichuan yang dimasak di dalam periuk panas (hot pot). Hidangan ini sesuai untuk dimakan secara beramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Mala Mini Hotpot Buka Hotpot ‘Bergerak’ Pertama Di Malaysia

Mala Mini Hotpot milik XLK Group ini telah membuka Premium Outlet mereka yang pertama di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini dan telah dilancarkan oleh Pengerusi Kumpulan MMHP Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor.

Lebih membanggakan lagi, Mala Mini Hotpot ini menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menjual sajian hotpot mengunakan van bergerak sehingga berjaya diperakui oleh Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) dan The Malaysia Book of Records.

Dengan adanya ‘Kiosk On The Move’ ini, hidangan hotpot boleh dirasai dan dinikmati di seluruh tempat tanpa memerlukan mereka ke lokasi yang jauh.

Walaupun kini banyak restoran hotpot mala dibuka di Malaysia, kebanyakannya tidak-halal menyebabkan pelanggan Muslim tiada pilihan menikmati hidangan unik Sichuan ini. Memang ada permintaan daripada pelanggan Muslim. Inilah faktor memotivasikan kami membawa masuk rempah dan bahan cita rasa asli mala yang dibuat segar menggunakan bahan premium halal supaya dapat dinikmati semua rakyat.

Pengerusi Kumpulan MMHP Y.A.M. Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor.
Sumber: Facebook/IOI City Mall

Walaupun baru sahaja dibuka pada tahun ini, tetapi Mala Mini Hotpot mendapat tarikan masyarakat Malaysia sehingga mereka mengumumkan bakal membuka sebuah lagi rangkaian Premium Mala Mini Hotpot kedua di Mid Valley Megamall.

Jadi kepada anda yang ingin mencuba sendiri hidangan di Mala Mini Hotpot, terdapat beberapa cawangan yang boleh dikunjungi seperti:

  • Pavillion Bukit Bintang
  • Alamanda Shopping Mall
  • IOI City Mall
  • Mid Valley Megamall
  • 1 Utama Shopping Center
  • AEON Mall Shah Alam
Sumber: Facebook/IOI City Mall

Mereka juga bercadang untuk memperluaskan lagi cawangan Mala Mini Hotpot di luar kawasan Lembah Klang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd