Now Reading
Limóne Lancar Kafe Konsep Eropah Dengan Pelbagai Pastri Di Plaza Zurich, Bukit Damansara

Limóne Lancar Kafe Konsep Eropah Dengan Pelbagai Pastri Di Plaza Zurich, Bukit Damansara

Kafe Limóne ini diasaskan oleh Sherina Binwani yang mempunyai minat dalam ‘baking’ dan Chef Tee Jiunn Hoong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kepada anda yang suka ‘cafe hunting’ setiap kali hujung minggu, apa kata anda cuba pergi ke salah satu kafe terbaharu di Bukit Damansara iaitu Limóne.

Limóne merupakan sebuah kafe yang bertemakan Eropah dan menyajikan beberapa pencuci mulut yang berkualiti termasuklah manisan Perancis.

Apa yang best di kafe ini adalah anda boleh mendapat pengalaman seolah-olah menikmati manisan ketika musim panas di Itali dengan adanya pokok lemon di bahagian tengah kafe tersebut.

Dekorasi kafe ini yang dihiasi dengan warna kuning dan hijau juga diinspirasikan dari keindahan taman di Itali.

Tempat cantik macam ini memang Instagramable sangat ya! Rasa nak bergambar di setiap sudut.

Kafe Limóne Tawar Pelbagai Hidangan Dari Menu Klasik Krismas Hingga Menu Signature

Sempena meraikan musim perayaan Krismas, Limóne turut memperkenalkan beberapa menu manisan mereka yang terdiri daripada:

  • Biskut pelbagai perisa
    • Lavender Shortbread
    • Almond Chocolate Snowball
    • Cinnamon Biscuits
  • Cupcake Krismas
  • Log Cakes
  • English Fruit Cake
  • Biskut Gingerbread
  • Brownies
Sumber: Farahin Fadzil/TRP
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Selain pencuci mulut, Limóne juga menyediakan menu makanan lain. Antaranya:

  • Poke Bowls
    • Salmon Teriyaki
    • Chicken Teriyaki
    • Ayam Percik
    • Vegan
  • Roti Sandwic
    • Avocado
    • Egg Mayo
    • Grilled Chicken Sando
    • Smoked Salmon Sourdough
  • Pasta
    • Spaghetti Mushroom Alfredo
    • Spicy Spaghetti Aglio Olio
    • Spicy Seafood Squid Ink

Kami Cuba Sendiri Menu Dari Limóne

Baru-baru ini, team TRP dijemput untuk menghadiri majlis pembukaan Kafe Limóne di Plaza Zurich, Bukit Damansara.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kami juga berpeluang untuk merasai sendiri menu pencuci mulut mereka. Antara hidangan yang sempat kami cuba adalah seperti:

Crab Taco

Bagi kami, hidangan ini agak unik kerana isi ketam tersebut dimasukkan ke dalam hidangan taco. Kepada anda yang gemarkan hidangan ‘savoury’, menu ini sesuai untuk dijadikan sebagai pembuka selera.

Rate: 7/10

Tuna Mousse In A Cone With Ikura

Pertama kali kami tengok hidangan ini, ingatkan aiskrim kerana dihidangkan dalam kon. Rupa-rupanya diisi dengan tuna.

Tetapi mungkin tekak kami kurang ‘kena’ dengan hidangan ini kerana bunga yang diletakkan di bahagian ‘topping’ menjadi makanan ini agak pahit.

Rate: 6/10

Raspberry Opera

Kek ini memang menjadi kegemaran kami kerana rasa masam dari buah raspberi itu cukup seimbang. Bertambah-tambah kami makan, sedap!

Rate: 8/10


Latar Belakang Limóne

Kafe Limóne ini diasaskan oleh Sherina Binwani yang mempunyai minat dalam ‘baking’ dan Chef Tee Jiunn Hoong.

Sherina merupakan seorang ibu dan juga usahawan yang mula menceburi bidang ‘baking’ sejak tahun 2020 ketika pandemik Covid-19.

Bermula dengan perniagaan bernama ‘Baked by Sher’, kini Sherina telah membuka kafe fizikalnya sendiri.

Kepada anda yang ingin melawat sendiri cawangan Limóne , boleh datang ke lokasi berikut:

  • Lokasi: Plaza Zúrich, Block A Lot G01-03, Jalan Gelenggang, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Selasa – Ahad (9:00AM – 6:00PM)

BACA JUGA: Elevete Patisserie Tawar Menu Menarik Sempena Krismas! [Review]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd